Wednesday, May 27, 2009

risau tengok adik-adik membesar...

Saya risau tengok adik -adik saya membesar... 5 orang termasuk saya sudah memasuki pengajian tinggi..tinggal tiga orang masih di bangku sekolah.Apa yang saya risaukan ialah mereka membesar dengan muzik. Saya juga membesar dengan muzik tetapi dengan lagu - lagu nasyid. Ingat lagi lagu semasa taska dulu...ummiku sayang, sebarkan salam, ayah ibu dan beberapa lagu kanak kanak islam yang lain. Semakin saya membesar, semakin saya meminati nasyid lebih -lebih lagi pada waktu itu perkembangan industri nasyid mula meningkat dengan lonjakan jualan album Raihan, Rabbani, Inteam,Unic dan lain-lain lagi.


Di rumah, saya selalu membeli kaset nasyid (kerana waktu itu zaman kaset) , secara tidak langsung mempengaruhi adik-beradik saya yang lain turut meminati nasyid.Memasuki sekolah agama menjadikan Nasyid adalah halwa telinga. Adik-adik saya juga memasuki sekolah agama di peringkat menengah dan terlibat dengan kumpulan nasyid sekolah masing-masing secara tidak langsung sama ada penyokong, pemain alat atau menjadi penyanyi latar. Tiada masalah. 

Yang menjadi masalah saya sekarang, yang kecil-kecil ini...mereka lebih meminati lagu English. saya akui, lagu english salah satu cara untuk memahirkan bahasa Inggeris tetapi mereka ini menghafal selamba..tanpa peduli maksudnye..tanpa peduli susun atur ayat nya.Kiranya, minat mereka terhadap lagu English bukanlah kerana ingin belajar bahasa tetapi muziknya. Itu yang semakin saya risaukan. Hendak belajar pun, mendengar muzik..dan bukan sebarang yang dia dengar..lagu Miley Cyrus, lagu Westlife,lagu Linkin Park,lagu Taylor Swift..dan sape2 je yang tengah meletup lagi tu semua dia tahu. Lagu melayu tak kurang hebatnya..,Bunkface,Meet Uncle Hussien dll. Lebih cepat tahu lagu berbanding apa yang dibelajar di sekolah.

Pening-pening. Pernah kami"meting" kakak -kakak dan abang-abang bila yang kecil2 ini tidur..isunya..mcm mana mereka ni boleh hafal lagu -lagu ni berbanding sifir Matematik yang sepatutnya mahir dan cekap bukan terkial-kial mengira dengan jari. Saya pesan pada adik-adik saya , jangan download lagi lagu-lagu yang tak berkenaan. Tapi, adik-adik kecil ini lagi cekap menggunakan internet dari abang dan kakaknya. cukup hebat. 
Bukan saya sahaja yang mengalami masalah ini...kawan -kawan juga ramai...sepupu saya mengklasifikasikan saya sebagai gadis kampung..dan adik -adik saya sebagai gadis bandar. Pelabelan begitu menyokong si kecil ini untuk lebih menunjukkan minat dan agresif mereka terhadap perkembangan it masa kini sebagai bukti mereka orang bandar.
Tetapi saya bersyukur..sekurang-kurangnye mereka tidak dibagi HP seperti anak -anak murid di sekolah rendah sekarang. Sekolah Menengah apatah lagi terhadap pendedahan begitu. Pernah mereka meminta pada abah dan mak..tetapi mereka disoal semula keperluan HP tersebut. Melihat kawan -kawan ada HP, mereka cemburu juga..tetapi kalau diikut kan permintaan mereka..hal ini akan lebih memburukkan keadaan.

Sekarang..saya sendiri lebih memasang Lagu Nasyid di PC...dan bila ada lagu baru..cepat-cepat saya sebarkan dakwahnya dirumah dan sms kepada adik yang jauh ...agar mereka juga sama-sama berusaha. bagus juga bila mereka berkenalan dengan penasyid..lari sikit fokus mereka pada yang lain-lain itu. Bila ade mana-mana penasyid membuat persembahan di area Bangi, saya berusaha membawa mereka ke sana...satu pendedahan yang masih ada harapan.

3 comments:

sourplum said...

ouh. sy dgr taylor swift juga
love story~ =)

rimbunanHati said...

kita dah boleh menilai...mereka masih belum cukup matang untuk menilai..saya pun dengar juga.tp mereka menghafal.

Nusaibah said...

Salam Alayk...

Kata Hukama,” Hendaklah adab sopan anak-anak itu dibentuk sejak kecil kerana ketika kecil mudah membentuk dan mengasuhnya. Belum dirosakkan oleh adat kebiasaan yang sukar ditinggalkan”.

Tahniah atas segala usaha yang telah dilakukan. Semoga ALLAH S.W.T. memberkatinya.

~Salam Ziarah~