Skip to main content

Posts

Showing posts from June, 2009

Tak semua kita akan dapat...

Tak semua yang kita rancangkan akan berjaya seperti yang kita bayangkan.Tak semua yang kita inginkan akan kita peroleh seperti yang kita harapkan. Tak semua yang kita mahukan akan direalisasikan seperti yang kita idamkan. Kerna semuanya ketentuan tuhan. Namun setiapnya perlu usaha dan doa yang penuh keyakinan.
Kadang kala..rasa berputus asa...penat tak terkira ...melihat usaha yang dilakukan seolah sia-sia belaka namun, Allah itu maha Mengetahui..setiap hamba yang merayu dan merintih padaNya. setiap nya ada hikmah, setiapnya ada mahabbah.
yang penting yakin pada janji Allah.
( penat..sedih..letih..putus asa...selepas yang diusahakan tidak tahu akan dapat hasilnya seperti yang diharapkan. luahan ini motivasi diri..untuk terus berusaha.Kadangkala perlu juga penat begini..untuk merintih kepada Ilahi.)

Wasiat untuk Isteri tersayang ( muhasabah Diri)

Semoga cerita ini dapat kita ambil sebagai pengajaran. InsyaAllah. Buat semua, pada yang dah berkahwin, baru nak kawin ataupun akan kawin nanti, kisah nie biarlah tersemat di dalam jiwa.Kira-Kira 15 hari yang lalu, seorang hamba Allah , telah pun kembali ke rahmatullah secara mengejut (kerana sakit jantung). Allahyarham adalah merupakan seorang yang amat dihormati dan disegani di kampung beliau. Semasa jenazah Allahyarham diletakkan di ruang tamu rumahnya sementara menunggu untuk diuruskan oleh saudara mara dan sahabat handai, isteri Allahyarham tidak berhenti-henti meratapi jenazahnya sambil merungut-rungut.Si penulis (penulis asal cerita ini) yang kebetulan anak saudara Allahyarham, ada di sebelah balu Allahyarham pada ketika itu. Beliau merasa amat hairan dengan sikap balu arwah itu. Si balu sepatutnya membaca ayat-ayat suci al-Quran untuk dihadiahkan kepada arwah. Kira-kira 10 minit kemudian, kakak ipar arwah (kakak balunya) pun sampai.Beliau turut merasa hairan dengan sikap adikn…

Anak dara tunggal ...teruna tunggal

Sememangnya suasana muda mudi hari ini lebih mendahulukan cinta sebelum perkara lain. Andai kewangan atau pelajaran dijadikan alasan ..realitinya hati masing-masing saling mengungkap rindu dan sayang antara satu sama lain. Saya pun tak berapa nak pandai mengulas isu ini. Saya kongsikan bersama perenggan artikel yang ditulis oleh Abu Saif. Mudahnya lagi..anda klik sahaja perenggan di bawah. Dapatlah anda memahami apa yang Abu Saif maksudkan.dan saya menytujuinya. "Mungkin kerana kurangnya teruna tunggal dan anak dara tunggal sebelum mereka berkahwin, menjadi punca membiaknya ibu tunggal dan bapa tunggal selepas mereka berkahwin."

Johor ...singgah selalu

Kursus asas Teknik Al-Baghdadi baru-baru ni pada 21 jun 09 di UTM,Skudai,Johor. Bersama Ustaz Jalal, C.me, Faizal dan Aqilah...kami bertolak jam 3 pagi dari Gombak.
Tiba di UTM ...lebih kurang jam 8 pagi...sediakan tempat utk kursus ...dan bermulalah kursus asas Teknik Al-Baghdadi pada jam 9 pagi.
Kursus tamat jam 1.00 petang..selepas mengemas barang..kami bertolak ke Danga Bay. Hohoho. Excited sgt sebab akhirnya dapat melihat Danga Bay. Tak pernah sampai walaupun sering juga ke JB.hehe. Makan tengah hari di Restoran Singgah Selalu..(oh! ni lah yang keluar kat jalan-jalan cari makan tu). Tengah hari tu..saya menikmati Ikan Asam Pedas.Boleh tahan.
saya, C.me(pakcik sy), faizal , Aqilah - selepas kekenyangan
Selepas makan -makan... C.Jalal bawa kami bersiar -siar di kawasan Danga Bay. Nampaklah Singapura...(oh!dekat je). Singgah di tepi jalan..membeli makanan laut..sebagai buah tangan keluarga. Baru naik dari laut..fresh..ada kupang,lokan,ketam dan pisau lipat. Sebab suka sangat makan Mak…

Tiramisu Utk Ibah

Tiramisu utk Ibah
Seorang sahabat saya, Khotibah , menyambut hari lahirnya pada 5 Jun 2009 yang lalu. Namun disebabkan kekangan masa...nak jumpa untuk makan bersama pun tak sempat. Hanya sekadar menghantar pesanan ringkas sahaja.
Setelah dua minggu, kesibukkan program semakin kurang...terasa lapang sikit..semalam , saya berkesempatan membuat kek khas utk Khotibah @ ibah. Nak bagi hadiah tak sempat. Buat kek je utk dia.Air tangan sendiri. Biar mengalir kasih sayang antara sahabat dan dikekalkan ukhuwah kami.
Saya buatkan Tiramisu sebab dia suka makan Cheese. Sambil membancuh adunan, dibacakan ayat-ayat Al-Quran , salah satu cara nak bagi Kek rasa lebih sedap dan didoakan juga mereka yang makan kek ni agar terus bermujahadah di jalan Allah , diteguhkan iman dan dimudahkan urusan. Insya Allah.

Ibah "semoga panjang umur"
Selain buat kek untuk Khotibah, sahabat di gombak tak dilupa juga,Aqilah. Dia teringin nak makan Tiramisu...dan nak beli di kedai tertentu.Saya tak benarkan di sebab…

Generasi Masa Depan

Wajah generasi masa depan anak-anak Islam Kemboja
Sewaktu program Kem Smart Quran baru-baru ini, saya mengambil peluang masa senggang adik-adik peserta dengan bercerita serba sedikit pasal Kekejaman Rejim Pol Pot dan juga cerita saudara Kemboja di Kemboja.
Bermula dengan cara kehidupan , pengalaman mengajar di Phnom Penh selama 10 hari, dan juga penyiksaan kekejaman polPot...saya kaitkan satu persatu dengan kehidupan mereka (adik-adik peserta) yang boleh dikatakan kemewahan nya melimpah ruah setiap hari. Dibandingkan dengan sahabat-sahabat yang berada di negara Jiran, kurang kemampuan untuk meneruskan pengajian, cuti yang ada di isi dengan mencari rezeki,kais pagi makan pagi, kais petang makan petang, kurangnya pendedahan tentang pencapaian matlamat dan tujuan kehidupan.
Anak-anak yang sempat saya berkenalan sewaktu kembara di bumi Kemboja
Adik-adik saya ingatkan mereka berkesempatan menyertai kem untuk menuntut dan menambah ilmu, siap fasilitator pening -pening kepala bagaimana hendak …

Makam Kerbau , Makam Mahsuri

"Jom tengok makam Mahsuri",cadang si isteri kepada suaminya , salah seorang ahli rombongan ke Pulau Tuba , Langkawi ...respon si suami pula , " Makam Kerbau, makan kambing,Makam Lembu yang ado kek keliling umah kito, takdo pulak ko nak jenguk.Sibuk nak jenguk makam orang". Terdiam si isteri..tapi pasangan ini pergi juga melawat makam mahsuri tersebut.Cuma si suami menunggu di luar..tak faham kenapa perlu di lawat makam tersebut.
Pasangan di atas merupakan salah satu pasangan yang turut serta dalam rombongan ke Langkawi..anjuran orang-orang kampung ayah saya.Keluarga saya sebagai urusetia..ayah sebagai pengarah, Mak pembantu peribadi ayah dan timbalan pengarah..harmaini sebagai setiausaha, adik beradik yg lain termasuk saya sebagai urusetia bebas.
Program selama 3 hari 3 malam dengan bayaran RM 200 satu kepala termasuk Bas, Feri , Bot, Chalet Ber Air Cond selama 2 malam dan makan 3 kali sehari. Rombongan seramai 80 orang. Kami menginap di Pulau Tuba, Langkawi. Sampai …