Skip to main content

Generasi Masa Depan

Wajah generasi masa depan anak-anak Islam Kemboja

Sewaktu program Kem Smart Quran baru-baru ini, saya mengambil peluang masa senggang adik-adik peserta dengan bercerita serba sedikit pasal Kekejaman Rejim Pol Pot dan juga cerita saudara Kemboja di Kemboja.

Bermula dengan cara kehidupan , pengalaman mengajar di Phnom Penh selama 10 hari, dan juga penyiksaan kekejaman polPot...saya kaitkan satu persatu dengan kehidupan mereka (adik-adik peserta) yang boleh dikatakan kemewahan nya melimpah ruah setiap hari. Dibandingkan dengan sahabat-sahabat yang berada di negara Jiran, kurang kemampuan untuk meneruskan pengajian, cuti yang ada di isi dengan mencari rezeki,kais pagi makan pagi, kais petang makan petang, kurangnya pendedahan tentang pencapaian matlamat dan tujuan kehidupan.
Anak-anak yang sempat saya berkenalan sewaktu kembara di bumi Kemboja

Adik-adik saya ingatkan mereka berkesempatan menyertai kem untuk menuntut dan menambah ilmu, siap fasilitator pening -pening kepala bagaimana hendak memastikan adik-adik ini lancar dalam membaca Al-Quran , memastikan mereka tidur bukan dalam kelaparan , mendodoikan adik-adik yang merindukan ibu bapa mereka (walau 5 hari je tak jumpa) dan berbagai lagi.

Sewaktu bercerita tentang kepayahan saudara Islam di Kemboja, saya sendiri tak menyangka sebak di dada.Mungkin dah lama saya tahan ..tumpah juga air mata saya sewaktu bercerita dgn adik-adik ni. Belum lagi buka cerita sahabat-sahabat yang berjuang di Palestine, Afghanistan,Pakistan, di ceruk-ceruk Dunia yang berusaha menjadikan Islam sebagai cara hidup...negara jiran yang dekat ini pun banyak kisahnya yang perlu dikongsi dan dibantu.

Kesempatan yang ada, saya tanyakan cita-cita adik -adik ini...Adik dah besar nanti nak jadi apa?
jawab mereka " Doktor. Cikgu, Angkasawan , Ketua Tentera, Doktor Haiwan dan lain -lain lagi" ada juga yang tidak pasti ingin menjadi apa..cuma saya katakan kepada yang tidak pasti itu ..tanamkan ingin menjadi anak yang soleh.

" adik-adik tahu tak apa cita-cita sahabat adik -adik yang di Kemboja ini ? ", tanya saya selepas mereka bercerita tentang cita-cita mereka. Semuanya diam sebab tak tahu dan ingin tahu. " cita-cita mereka ialah..." jawab saya " ingin menjadi nelayan seperti ibu bapa mereka, ingin menjadi petani seperti ayah nya, ingin menjadi pengembala kambing seperti ibunya, ingin menjadi pengemis berjaya seperti pakciknya"..tapi tidak semua bercita begitu sebab ada yang tak tahu apa rancangan masa depannya.Yang penting cukup pakaian, makan, minum, ada tempat tidur dan kawan-kawan.

Ada juga yang berusaha ingin menjadi seorang ustaz, doktor, guru, ahli politik...dan mereka ini sedang berusaha belajar sedaya upaya agar dapat membantu membangunkan negara mereka , umat Islam dan pastinya kebanggaan kedua ibu bapa mereka.

saya katakan pada adik -adik Kem, " andai adik ingin menjadi Doktor..pastikan adik Doktor yang berjaya,yang khidmatnya kerana Islam...andai adik ingin menjadi seorang guru, pastikan adik seorang guru yang tidak mengenal putus asa, berusaha mendidik anak-anak murid yang tahu berfikir ,membezakan hak dan batil. Andai adik ingin menjadi ketua tentera,pastikan adik seorang ketua yang adil, yang tidak dipengaruhi dakyah-dakyah. "" yang pasti..matlamat hidup kita ialah mati dalam Islam..bagaimana nak mati dalam Islam..semua yang kita buat, yang kita lakukan kerana Allah s.w.t . Bukan harta yang dikejar, bukan glamour yang dicari tapi Keredhaan Allah yang utama"

di akhir slot..tak sempat nak bercerita panjang...tapi sekurang-kurangnya adik-adik itu sedar bahawa dalam kehidupan ini..bukan mereka dan keluarga mereka sahaja yang ada tetapi sahabat -sahabat yang bersusah payah menempuh dan berjuang untuk hidup perlu mereka sedar dan mereka kenali.


Comments

d-raSt said…
mcm best jerk program2 cmni... rase nk join la plak... klu nk ikut join skli leh x?? huhuhuh
rimbunanHati said…
boleh ..jika ada kosong. just bg nama dan no tepon.bila ada kekosongan ..akan dihubungi. if, ternampak iklan kat mana-mana, cntact sy .

Popular posts from this blog

Rendang Ayam Terengganu

Assalamualaikum & salam sejahtera, 
Lagi dua minggu nak ke penghujung Ramadhan...perasaan rindu pada Ramadhan yang belum pergi ni sudah mula membuak buak. Wajib manfaatkan Ramadhan sepenuhnya agar rindu itu tidak sia sia. 
En suami telefon ayah mertua, memaklumkan rancangan raya kami tahun ni. "kami malam raya di rumah ayah. Ayam nanti saya bawak balik. Rendang biar Sarah yang masak. " .... Balas ayah, "Ayah nak makan rendang mak. Rempah semua cukup." 
Sayu rasa hati. Tahun ini tahun pertama  beraya tanpa ibu mertua. Al Fatihah buat mak. Bila en Suami memaklumkan tentang rendang itu, saya terus mencari resepi rendang terengganu. Mesti usahakan rendang terengganu. Tahun lepas, sewaktu raya haji,saya masak cara saya. Rendang Minang. Komen ayah, dah lama ayah tak makan rendang minang. Ayah orang Melaka. Masakannya pun ala minang. Apabila ayah menyatakan hasratnya mahu makan rendang mak, fahamlah saya...ayah rindukan mak. 
Setelah mencari cari resepi, akhirnya saya ber…

Resepi pantang @ pantang ada resepi! : Spaghetti lada hitam bersamakiub ayam

Assalamualaikum & salam sejahtera,

Alhamdulillah...dah hampir ke penghujung waktu berpantang. Tapi takda lah pula rasa kebebasan menelan/ makan apa saja bila tamat berpantang memikirkan Insyirah ( baby comel) kembung bila aku "silap" makan. 
Sepanjang berpantang, sudah dikenal pasti bahan makanan yang berangin yang boleh menyebabkan Insyirah kembung lepas menyusu. Lain orang lain badannya, tak semua kita sama. Yang ketara angin macam pulut tu memang aku tak makanlah. Terseksa wooo anak kembung ... Dia tentu lah tapi aku tak cukup tidur jadinya..dan tak boleh buat kerja. 
Antara yang telah dikenal pasti oleh aku sebagai bahan yang perlu berjaga jaga ialah Bawang Besar,  Lada/Cili dan Santan. Tiga ni pula fevret aku ..aduhai. Tapi bila dah habis berpantang nanti, sikit sikit aku makan, latih perut anak aku untuk terima tiga fevret aku ni. Mak aku ajar makan sikit sikit. 


Masa berpantang, pening gak kepala ...asyik makan nasi je. Nak juga makan spaghetti ke macaroni ke ...a…

Bebola daging masak sos hitam. Yummy!

Hobi terbaru saya sekarang ialah menggunting resepi dari majalah. Hahahaha. Hobi tambahan. Oh ye, mug saya dari Vietnam yang ori punya sudah sampai...mug vietnam yang hari tu,kata pakcik saya bukan ori...diimport dari negara lain dan dijual di Vietnam. Senyum lebar saya macam ni (^______________^ )bila dapat mug. Hahaha...terima kasih..terima kasih buat yang sudi menghadiahkan kepada saya. Nak makan apa? cakap je..nanti saya masakkan. hehehe.


Bebola daging sos hitam

Berbalik kepada hobi terbaru saya, sebelum resepi-resepi tu digunting, saya belek dulu dan kaji bahan-bahannya..boleh agak kesedapan dan keharumannya berdasarkan bahan yang digunakan. mmmm, aromanya...harum! Jadi, resepi yang digunting hanya resepi tertentu yang saya jumpa dari majalah-majalah yang kami beli. Tak banyak sangat pun majalah yang saya beli...sekarang baru mula koleksi mengumpul resepi dari majalah ni.

Hari ini, Isnin, 4 Julai...2011, saya masak bebola daging masak sos hitam. Rujukan utama saya berdasarkan salah …