Monday, June 22, 2009

Johor ...singgah selalu

Kursus asas Teknik Al-Baghdadi baru-baru ni pada 21 jun 09 di UTM,Skudai,Johor. Bersama Ustaz Jalal, C.me, Faizal dan Aqilah...kami bertolak jam 3 pagi dari Gombak.

Tiba di UTM ...lebih kurang jam 8 pagi...sediakan tempat utk kursus ...dan bermulalah kursus asas Teknik Al-Baghdadi pada jam 9 pagi.

Kursus tamat jam 1.00 petang..selepas mengemas barang..kami bertolak ke Danga Bay. Hohoho. Excited sgt sebab akhirnya dapat melihat Danga Bay. Tak pernah sampai walaupun sering juga ke JB.hehe. Makan tengah hari di Restoran Singgah Selalu..(oh! ni lah yang keluar kat jalan-jalan cari makan tu). Tengah hari tu..saya menikmati Ikan Asam Pedas.Boleh tahan.

saya, C.me(pakcik sy), faizal , Aqilah - selepas kekenyangan

Selepas makan -makan... C.Jalal bawa kami bersiar -siar di kawasan Danga Bay. Nampaklah Singapura...(oh!dekat je). Singgah di tepi jalan..membeli makanan laut..sebagai buah tangan keluarga. Baru naik dari laut..fresh..ada kupang,lokan,ketam dan pisau lipat. Sebab suka sangat makan Makanan laut ni...saya beli Lokan sekilo-RM 2. dan Kupang seplastik - 2kg -RM 5.

Sewaktu membeli Kupang

Johor memang terkenal dengan Kupang. Setiap kali MAHA atau pameran makanan Halal, saya takkan lepaskan peluang mengunjungi gerai atau booth Negeri johor untuk mendapatkan Kupang. Walaupun selalu juga membeli di Pasar Borong..tapi dah hobi.nak wat macam mana.



atas ~Lokan -RM 2 sekilo bawah~ Pisau lipat -RM 7 sekilo ,

selalu kupang saya masak berlada ..tapi untuk kali ini..disebabkan dengan cengkerang nya ada sekali...saya masak Speghetti Makanan laut. Dengan rencahnya Udang dan Kupang. Mak bercerita..selalu bila makan kat Johor masakan Kupang ni selalu masin. Tapi yang saya masak ni tak masin..nak bagitau sedaplah tu.Hehehe. Puji berlapik.

Lokan pula tak pernah cuba..ini kali pertama...jadi rebus je lah. Rasanya suma manis. Pertama fresh..kedua fresh..ketiga pun fresh juga. apa pun..suma ahli keluarga saya dapat menikmati makanan laut ini bersama.

Pulang dari Johor jam 4 petang...sampai di Gombak jam 9 malam. Kononya malam tu ada rancangan nak keluar..tapi kepenatan yang amat sangat...jam 11 malam dah tidur.
Alhamdulillah..perjalanan berjalan lancar dan berakhir dengan tenang.

Selepas ini...Kursus asas teknik al-Baghdadi di Ipoh , Perak pada 28 jun 2009. Tapi saya tak dapat menyertai kerana urusan pendaftaran master saya. Insya Allah ..lain kali.


No comments: