Skip to main content

Makam Kerbau , Makam Mahsuri

"Jom tengok makam Mahsuri",cadang si isteri kepada suaminya , salah seorang ahli rombongan ke Pulau Tuba , Langkawi ...respon si suami pula , " Makam Kerbau, makan kambing,Makam Lembu yang ado kek keliling umah kito, takdo pulak ko nak jenguk.Sibuk nak jenguk makam orang". Terdiam si isteri..tapi pasangan ini pergi juga melawat makam mahsuri tersebut.Cuma si suami menunggu di luar..tak faham kenapa perlu di lawat makam tersebut.

Pasangan di atas merupakan salah satu pasangan yang turut serta dalam rombongan ke Langkawi..anjuran orang-orang kampung ayah saya.Keluarga saya sebagai urusetia..ayah sebagai pengarah, Mak pembantu peribadi ayah dan timbalan pengarah..harmaini sebagai setiausaha, adik beradik yg lain termasuk saya sebagai urusetia bebas.

Program selama 3 hari 3 malam dengan bayaran RM 200 satu kepala termasuk Bas, Feri , Bot, Chalet Ber Air Cond selama 2 malam dan makan 3 kali sehari. Rombongan seramai 80 orang. Kami menginap di Pulau Tuba, Langkawi. Sampai di Jeti Kuah, kena naik bot pula nak ke Chalet.

Menarik sepanjang cuti-cuti di langkawi ni..dapat makan Ketam 10 Kilo, Udang Besar 10 kilo, Ikan pancing sendiri dekat 5 kilo, Sotong 6 kilo , Ikan 10 kilo. Macam -macam maak..malam pertama buat steam boat..malam kedua BBQ. huhuhu. Meriah -meriah.

Siangnya pula aktiviti sendiri..sebagai urusetia kami sediakan tempat dan pengangkutan je. Aktiviti bebas. Kebanyakkan pergi bershopping. Tapi, keluarga saya , shopping ni bukanlah yang utama ..jadi kami menjelajah ke pulau sekitar. Satu kepala RM 30.00.

Antara tempat kami pergi,Pulau Dayang Bunting, Tempat Helang Makan, Pulau Beras Basah dan Tasik Dayang Bunting. Kami tak merancang pun untuk terjun dalam Air...jadi boleh dikatakan pakaian masing-masing agak lawa lah ...tapi sampai je di Pulau Beras Basah..yang lelaki baju ntah ke mana..brg-brg terus tinggal..terjun lautlah ..ape lagi.Lupa dunia. Jangan Lupa akhirat.

Selepas itu, kami sambung sesi mandi manda di Tasik Dayang Bunting pula. Suma pakai Life Jacket..sebab mmg lah dalam. Saya seperti biasa bertugas sebagai penjaga barang, dan juga pegawai keselamatan keluarga.tak merasa nak mandi manda ni. Mak pun terjun jugak Huh.

Semua happy.Alhamdulillah, program berjalan lancar.orang kampung semua berpuas hati. siap nak merancang utk hujung tahun ni ke mana pulak ye..program yg kami anjurkan tiada keuntungan langsung.hanya untuk menggembirakan orang kampung dan memberi peluang utk sahabat-sahabat bercuti-cuti bersama keluarga dangan kos yg murah.

p.s: org kampung ajak pi Bandung, Indonesia. Aduh! ponig kepala den. org nak kumpul duit ha.




baru sampai Langkawi.tgh tggu bot nak ke pulau Tuba.




Suasana senja di Pulau Tuba. Siap berangan lagi.Hehe



Atas bot..sewaktu jelajah pulau. Mmg lah hitam.



Di Pulau Beras Basah..pantainya sgt cantik sekali.



Mandi-manda di tasik Dayang Bunting. Niat dulu sebelum mandi.Hehe



tgh Menyiang ketam.Huhu



Nana pula menyiang Udang. Hehe

Comments

sourplum said…
ade je xtvt u all kn
sedap gile g makan ketam tue..da bape tahun x makan ketam.. makan sampai mati..
sourplum said…
haha
sy pon da lama xmkn ketam
besh nye tgk
nk jgk
huhu
Anonymous said…
apa nama chalet di pulau tuba tu. tolong email pada saya nshahrizan@yahoo.com

Popular posts from this blog

Rendang Ayam Terengganu

Assalamualaikum & salam sejahtera, 
Lagi dua minggu nak ke penghujung Ramadhan...perasaan rindu pada Ramadhan yang belum pergi ni sudah mula membuak buak. Wajib manfaatkan Ramadhan sepenuhnya agar rindu itu tidak sia sia. 
En suami telefon ayah mertua, memaklumkan rancangan raya kami tahun ni. "kami malam raya di rumah ayah. Ayam nanti saya bawak balik. Rendang biar Sarah yang masak. " .... Balas ayah, "Ayah nak makan rendang mak. Rempah semua cukup." 
Sayu rasa hati. Tahun ini tahun pertama  beraya tanpa ibu mertua. Al Fatihah buat mak. Bila en Suami memaklumkan tentang rendang itu, saya terus mencari resepi rendang terengganu. Mesti usahakan rendang terengganu. Tahun lepas, sewaktu raya haji,saya masak cara saya. Rendang Minang. Komen ayah, dah lama ayah tak makan rendang minang. Ayah orang Melaka. Masakannya pun ala minang. Apabila ayah menyatakan hasratnya mahu makan rendang mak, fahamlah saya...ayah rindukan mak. 
Setelah mencari cari resepi, akhirnya saya ber…

Resepi pantang @ pantang ada resepi! : Spaghetti lada hitam bersamakiub ayam

Assalamualaikum & salam sejahtera,

Alhamdulillah...dah hampir ke penghujung waktu berpantang. Tapi takda lah pula rasa kebebasan menelan/ makan apa saja bila tamat berpantang memikirkan Insyirah ( baby comel) kembung bila aku "silap" makan. 
Sepanjang berpantang, sudah dikenal pasti bahan makanan yang berangin yang boleh menyebabkan Insyirah kembung lepas menyusu. Lain orang lain badannya, tak semua kita sama. Yang ketara angin macam pulut tu memang aku tak makanlah. Terseksa wooo anak kembung ... Dia tentu lah tapi aku tak cukup tidur jadinya..dan tak boleh buat kerja. 
Antara yang telah dikenal pasti oleh aku sebagai bahan yang perlu berjaga jaga ialah Bawang Besar,  Lada/Cili dan Santan. Tiga ni pula fevret aku ..aduhai. Tapi bila dah habis berpantang nanti, sikit sikit aku makan, latih perut anak aku untuk terima tiga fevret aku ni. Mak aku ajar makan sikit sikit. 


Masa berpantang, pening gak kepala ...asyik makan nasi je. Nak juga makan spaghetti ke macaroni ke ...a…

Bebola daging masak sos hitam. Yummy!

Hobi terbaru saya sekarang ialah menggunting resepi dari majalah. Hahahaha. Hobi tambahan. Oh ye, mug saya dari Vietnam yang ori punya sudah sampai...mug vietnam yang hari tu,kata pakcik saya bukan ori...diimport dari negara lain dan dijual di Vietnam. Senyum lebar saya macam ni (^______________^ )bila dapat mug. Hahaha...terima kasih..terima kasih buat yang sudi menghadiahkan kepada saya. Nak makan apa? cakap je..nanti saya masakkan. hehehe.


Bebola daging sos hitam

Berbalik kepada hobi terbaru saya, sebelum resepi-resepi tu digunting, saya belek dulu dan kaji bahan-bahannya..boleh agak kesedapan dan keharumannya berdasarkan bahan yang digunakan. mmmm, aromanya...harum! Jadi, resepi yang digunting hanya resepi tertentu yang saya jumpa dari majalah-majalah yang kami beli. Tak banyak sangat pun majalah yang saya beli...sekarang baru mula koleksi mengumpul resepi dari majalah ni.

Hari ini, Isnin, 4 Julai...2011, saya masak bebola daging masak sos hitam. Rujukan utama saya berdasarkan salah …