Skip to main content

Tiramisu Utk Ibah

Tiramisu utk Ibah

Seorang sahabat saya, Khotibah , menyambut hari lahirnya pada 5 Jun 2009 yang lalu. Namun disebabkan kekangan masa...nak jumpa untuk makan bersama pun tak sempat. Hanya sekadar menghantar pesanan ringkas sahaja.

Setelah dua minggu, kesibukkan program semakin kurang...terasa lapang sikit..semalam , saya berkesempatan membuat kek khas utk Khotibah @ ibah. Nak bagi hadiah tak sempat. Buat kek je utk dia.Air tangan sendiri. Biar mengalir kasih sayang antara sahabat dan dikekalkan ukhuwah kami.

Saya buatkan Tiramisu sebab dia suka makan Cheese. Sambil membancuh adunan, dibacakan ayat-ayat Al-Quran , salah satu cara nak bagi Kek rasa lebih sedap dan didoakan juga mereka yang makan kek ni agar terus bermujahadah di jalan Allah , diteguhkan iman dan dimudahkan urusan.
Insya Allah.


Ibah "semoga panjang umur"

Selain buat kek untuk Khotibah, sahabat di gombak tak dilupa juga,Aqilah. Dia teringin nak makan Tiramisu...dan nak beli di kedai tertentu.Saya tak benarkan di sebabkan beberapa faktor bahan yang tidak diyakini dalam membuat kek tiramisu ni. Lama dah Aqilah nak makan..akhirnya dapat saya buatkan.

Untuk Aqilah, saya buatkan cupcake Tiramisu. Juga untuk C.Me, pakcik saya di gombak. Untuk yang tolong bawakan ke Gombak..En Halim Song Ha..turut saya sediakan dua kotak untuknya. Hehe. Terima kasih ya En Halim Song Ha. Juga " org rumah" nya.

Bila membuat kek atau memasak untuk keluarga dan sahabat , rasa seronok sekali. Harap-harap..kek yang dimakan ni sedap dan senang hati bila menikmatinya.Huhu. Tak sedap minta maaf lah ye.Dah cuba sebaik mungkin dengan penuh keikhlasan. Keluarga saya...terima kasih. Sarapan pagi pun Tiramisu.Wow! macam org putih tu..hehe.

oh ya..boleh juga buat tempahan. www.zaisara.com

P.S: Sa'adiah pula makan durian kampung.Amboi!

Comments

wardah_asrar said…
Salam..
untuk besday saya xde k?
forget lah besday ibah...sibuk bmuktamar...
rimbunanHati said…
hehehe...sempat wish aje.tak sempat nak wat kek.hehe
Pejei Eshak said…
sarah..nk kek jgk..hahaha..jp ek nk pilih flavour ape yg sdp..emmm..tak nakla kek pisang lg.haha.
rimbunanHati said…
hehehe...boleh2.sebelum pejei tamat praktikal. Harap2 sempat.

Popular posts from this blog

Rendang Ayam Terengganu

Assalamualaikum & salam sejahtera, 
Lagi dua minggu nak ke penghujung Ramadhan...perasaan rindu pada Ramadhan yang belum pergi ni sudah mula membuak buak. Wajib manfaatkan Ramadhan sepenuhnya agar rindu itu tidak sia sia. 
En suami telefon ayah mertua, memaklumkan rancangan raya kami tahun ni. "kami malam raya di rumah ayah. Ayam nanti saya bawak balik. Rendang biar Sarah yang masak. " .... Balas ayah, "Ayah nak makan rendang mak. Rempah semua cukup." 
Sayu rasa hati. Tahun ini tahun pertama  beraya tanpa ibu mertua. Al Fatihah buat mak. Bila en Suami memaklumkan tentang rendang itu, saya terus mencari resepi rendang terengganu. Mesti usahakan rendang terengganu. Tahun lepas, sewaktu raya haji,saya masak cara saya. Rendang Minang. Komen ayah, dah lama ayah tak makan rendang minang. Ayah orang Melaka. Masakannya pun ala minang. Apabila ayah menyatakan hasratnya mahu makan rendang mak, fahamlah saya...ayah rindukan mak. 
Setelah mencari cari resepi, akhirnya saya ber…

Resepi pantang @ pantang ada resepi! : Spaghetti lada hitam bersamakiub ayam

Assalamualaikum & salam sejahtera,

Alhamdulillah...dah hampir ke penghujung waktu berpantang. Tapi takda lah pula rasa kebebasan menelan/ makan apa saja bila tamat berpantang memikirkan Insyirah ( baby comel) kembung bila aku "silap" makan. 
Sepanjang berpantang, sudah dikenal pasti bahan makanan yang berangin yang boleh menyebabkan Insyirah kembung lepas menyusu. Lain orang lain badannya, tak semua kita sama. Yang ketara angin macam pulut tu memang aku tak makanlah. Terseksa wooo anak kembung ... Dia tentu lah tapi aku tak cukup tidur jadinya..dan tak boleh buat kerja. 
Antara yang telah dikenal pasti oleh aku sebagai bahan yang perlu berjaga jaga ialah Bawang Besar,  Lada/Cili dan Santan. Tiga ni pula fevret aku ..aduhai. Tapi bila dah habis berpantang nanti, sikit sikit aku makan, latih perut anak aku untuk terima tiga fevret aku ni. Mak aku ajar makan sikit sikit. 


Masa berpantang, pening gak kepala ...asyik makan nasi je. Nak juga makan spaghetti ke macaroni ke ...a…

Bebola daging masak sos hitam. Yummy!

Hobi terbaru saya sekarang ialah menggunting resepi dari majalah. Hahahaha. Hobi tambahan. Oh ye, mug saya dari Vietnam yang ori punya sudah sampai...mug vietnam yang hari tu,kata pakcik saya bukan ori...diimport dari negara lain dan dijual di Vietnam. Senyum lebar saya macam ni (^______________^ )bila dapat mug. Hahaha...terima kasih..terima kasih buat yang sudi menghadiahkan kepada saya. Nak makan apa? cakap je..nanti saya masakkan. hehehe.


Bebola daging sos hitam

Berbalik kepada hobi terbaru saya, sebelum resepi-resepi tu digunting, saya belek dulu dan kaji bahan-bahannya..boleh agak kesedapan dan keharumannya berdasarkan bahan yang digunakan. mmmm, aromanya...harum! Jadi, resepi yang digunting hanya resepi tertentu yang saya jumpa dari majalah-majalah yang kami beli. Tak banyak sangat pun majalah yang saya beli...sekarang baru mula koleksi mengumpul resepi dari majalah ni.

Hari ini, Isnin, 4 Julai...2011, saya masak bebola daging masak sos hitam. Rujukan utama saya berdasarkan salah …