Skip to main content

Posts

Showing posts from July, 2009

Maafkan saya

Maafkan sayaatas semua yang telah saya katakan atas semua yang saya luahkan atas semua yang saya lakukan
Maafkan saya kerna apa yang telah berlaku maafkan saya sekiranya hati awak terguris dengan segala yang telah berlaku maafkan saya sekiranya awak rimas dengan saya sekiranya awak geram dengan saya Saya akui atas segala kekurangan saya


Manusia sememangnya sentiasa ada kekurangan Tapi saya kena akui atas kekurangan itu Maafkan saya Sekiranya awak kurang mendapat perhatian saya maafkan saya kerna awak sering diganggu oleh saya bila awak sibuk kerja , saya sibuk bercerita bila awak sunyi, saya tidak bertanya Maafkan saya
Maafkan saya duhai ahli keluarga yang amat kusayangi, Maafkan saya duhai sahabat -sahabat ku yang sentiasa di ingati, Maafkan saya duhai teman - teman yang sentiasa menghubungi saya..dan maafkan saya kerna kadang-kadang menghubungi kalian Maafkan saya duhai kenalan yang kadangkala kita hanya mengangkat tangan , tidak sempat berkenalan Maafkan saya duhai muslimin dan muslimat sekalian...ker…

10 K dalam persahabatan

* KECINTAAN merupakan elemen yang paling penting sekali dalam sesebuahpersahabatan. Ikatan sesebuah persahabatan akan mudah rapuh jika tiadanya kecintaan antara dua insan yang disandarkan kepada Si Pemilikcinta itu sendiri. Sebab itu, kadang-kadang perlunya kita meluahkanrasa cinta kita terhadap sahabat kita dengan mengungkap, "uhibbuka/ifillah" (bagi sahabat-sahabat yang sama jantina sahaja) agar merekatahu betapa cintanya kita terhadap mereka, kerana Allah (insyaAllah) .

* KASIH SAYANG lebih kurang sama sahaja maksudnya dengan kecintaan. Namun, setelahkita mencintai sahabat kita, perlunya kita curahkan segala kasih sayangkita terhadap mereka. Tetapi, kadangkala kasih sayang tidak perludipamerkan secara luaran. Cukuplah sekadar kita mendoakan untuksahabat-sahabat kita, insyaAllah, itu sudah cukup membuktikan betapasayangnya kita terhadap mereka.

* KEIKHLASAN dapat menjamin sesebuah persahabatan mendapat keberkatan dan rahmatdaripada Illahi. Tidak ikhlas ketika bersahabat deng…

menangis lagi

Dalam beberapa hari ini...air mata senang sangat tumpah. Terasa dengan kata -kata orang sekeliling.Malah terasa dengan perlian beberapa tulisan orang tertentu. Ditambah lagi dengan lagu-lagu yang amat dirasai maksudnya.Bertambah sayu.

Sayu sebab tak tahu amalan yang dilakukan seharian, bulanan, tahunan adakah akhirnya nanti diterima oleh Allah s.w.t. Sedih kerana tidak tahu apakah yang akan berlaku sekejap lagi diantara hubungan keluarga dan sahabat. Menangis lagi bila duduk mendengar lagu-lagu yang berkaitan terasa seolah penyanyi itu turut sama berkongsi rasa.

Sebenarnya..saya tak tahu apa yang perlu saya buat dalam memuaskan hati setiap insan tersayang.Saya berusaha untuk memenuhi kehendak mereka. juga memenuhi keperluan diri. Pada masa sama, tidak tahu apakah yang akan berlaku di masa hadapan dalam keadaan mengikut arus yang ada...dalam hati ini penuh gundah gulana tapi masih ada gula-gula. Namun, kepada Allah juga saya berserah. dan saya berusaha. Mohon petunjuk Mu Ya Allah .

Ke mana saya selepas ini?

Semenjak dari kecil, saya bercita -cita ingin menjadi seorang ustazah...walaupun mak cakap masa kat Taski ABIM dulu..bila orang tanya nak jadi apa? saya jawab nak jadi macam abah. Abah saya pada waktu itu bekerja sebagai Jurutera dan Pegawai Penyelidik (sehingga sekarang). Cita -cita saya sebagai ustazah, saya tanamkan dan saya berusaha menunjukkan diri saya kepada keluarga , saya mampu menjadi seorang ustazah.
Semasa di darjah 6, selepas tamat UPSR, pada waktu itu, mak dan abah sibuk memikirkan ke mana hendak dihantar anak sulungnya ini. Pernah merancang untuk menghantar saya ke Sekolah Tahfiz Perempuan.Dan saya amat gembira. Namun, itu hanyalah perancangan. Saya melanjutkan pengajian menegah saya di SMKA Pedas, N9. Sekolah Agama. Masih ada harapan untuk menjadi ustazah. Hehehe.
Setiap sekolah agama mempunyai badan dakwah atau badan kerohanian.Seperti badan Pengawas tetapi badan dakwah ini bertanggungjawab terhadap displin pelajar dari sudut kewajipan Islam. Dan saya bercita-cita aga…

Teknik Pahlawan Subuh Muslim

Assalamu’alaikum w.t.w…
melalui pengalaman untuk mudah bangun solat subuh berjemaah:-
1) Tidur awal sekurang2nya sbl kul 12mlm(waktu m’sia).
2) Berwudhuk sebelum tidur.
3) Solat sunnat 2 rakaat sekurang2nya(lbh adalah lbh baik).
4) Baca doa tidur.
5) Niat untuk bangun solat subuh berjemaah.
6) Berdoalah pada Allah agar dimudahkan untuk bangkit subuh.
ini yg saya amalkan untuk istiqamah solat subuh bsecara berjamaah..
insya’Allah..boleh cuba praktikkan..
semoga dipermudahkan..p/s: semoga kebaikan sentiasa bersama..sumber: http://ms.esanstudio.net/teknik-pahlawan-subuh-muslim

Riwayat bidadari syurga

Sebulan dua ni selain membaca cerpen secara online..banyak kajian kes dan artikel yang perlu dihabiskan untuk rujukan pelajaran. Sedikit penat menghabiskan beberapa bacaan tertentu. Bagi merehatkan minda dan diri...sebuah buku yang sedang di telaah saya kongsikan bersama anda. Gambar je.hehe. Tulisan Munif Ahmad, terbitan Hijjaz Record publishing. Buku ini merupakan himpunan kisah para serikandi Islam di awal penyebaran agama Islam yang suci. Sebelum ini, saya baru sahaja menghabiskan sebuah buku bertajuk, Saydatina Zainab ,Serikandi yang disegani. Kalau tak silap lah. Apapun , pembacaan kisah-kisah serikandi ini secara tidak langsung membantu proses muhasabah diri dan mendapatkan kembali semangat dan motivasi dari perjuangan mereka. Buat sahabat-sahabat, jadikan membaca amalan kita.

Belajar tinggi-tinggi...akhirnya ke dapur jua

Saya agak geram sehari dua ini. Baru-baru ini, seorang kawan sudah pulang dari Mengaji di Yaman, menghubungi saya. hampir setahun kami tidak berhubung... dia bertanyakan cerita terkini tentang saya dari adik lelaki saya. Adik saya mengkhabarkan saya menyambung pengajian sarjana di UKM...dan dia telah merespon " buat ape belajar tinggi-tinggi..akhirnya duduk dapur jugak"
Geram saya rasa...Saudara ini memang tak belajar agama atau tak tau agama atau tak sedar dengan apa yang dia cakap sebenarnya. Bukankah Islam menuntut manusia untuk mecari ilmu tanpa mengira bangsa, jantina , agama. Kalau nak diikutkan..berapa banyak pepatah atau hadith nabi yang menuntut umat islam khususnya untuk mencari ilmu. "carilah ilmu walau sampai ke negeri China" " tuntutlah ilmu walau sampai ke liang lahad"
Menyorot kembali sejarah Islam, Saidatina Khadijah, Isteri Nabi yang tercinta... saidatina merupakan seorang usahawan yang berjaya. cumanya dia bukanlah ada master ke PhD kerna…

Pemimpin berkualiti ...ada dalam setiap diri kita

Setiap dalam diri kita ada sifat kepimpinan..ada yang sikit..ada yang banyak. Tapi mesti ada walau sedikit terutama lelaki kerana sekurang-kurangnya dia akan menjadi ketua keluarga. dan begitu juga perempuan kerana dia akan menjadi tulang belakang keluarga. jika tiada keluarga..pimpinlah diri sendiri. kerana untuk memimpin diri sendiri kapada yang lebih baik merupakan cabaran yang cukup besar. Jika tidak...dari mana datangnya pencuri, perompak, rempit dan segala yang berkaitan. jika yang disebutkan tadi itu berkisar pada belia...amalan rasuah , menipu, "menyuap", "menyapu" bersih hak org lain dan sebagainya juga menunjukkan kurangnya kepimpinan pada diri.
maka...untuk menjadi pemimpin yang berkualiti, kenal pasti dulu perkara -perkara yang berkaitan yang boleh mengurangkan kualiti diri .
1. kepimpinan tanpa kualiti - kekal atau setia pada cara lama. Tiada pembaharuan atau tiada usaha untuk mendapatkan pembaharuan. Ada sesetengah mengatakan Jumud. tapi ...yang pas…