Monday, July 27, 2009

10 K dalam persahabatan

* KECINTAAN merupakan elemen yang paling penting sekali dalam sesebuahpersahabatan. Ikatan sesebuah persahabatan akan mudah rapuh jika tiadanya kecintaan antara dua insan yang disandarkan kepada Si Pemilikcinta itu sendiri. Sebab itu, kadang-kadang perlunya kita meluahkanrasa cinta kita terhadap sahabat kita dengan mengungkap, "uhibbuka/ifillah" (bagi sahabat-sahabat yang sama jantina sahaja) agar merekatahu betapa cintanya kita terhadap mereka, kerana Allah (insyaAllah) .

* KASIH SAYANG lebih kurang sama sahaja maksudnya dengan kecintaan. Namun, setelahkita mencintai sahabat kita, perlunya kita curahkan segala kasih sayangkita terhadap mereka. Tetapi, kadangkala kasih sayang tidak perludipamerkan secara luaran. Cukuplah sekadar kita mendoakan untuksahabat-sahabat kita, insyaAllah, itu sudah cukup membuktikan betapasayangnya kita terhadap mereka.

* KEIKHLASAN dapat menjamin sesebuah persahabatan mendapat keberkatan dan rahmatdaripada Illahi. Tidak ikhlas ketika bersahabat dengan seseorang akanmengundang permusuhan antara sahabat. Bersahabatlah dengan seseorangkerana keluhuran hati budinya, bukan kerana rupa, pangkat atau hartayang dimilikinya.

* KESETIAAN terhadap seseorang sahabat mampu memanjangkan tali persahabatanwalaupun jarang bertemu. Apabila kita setia terhadap kita, kita akandiingati oleh mereka sehingga akhir hayat mereka, kerana tidak kirasusah atau senang, kita setia berada di sisinya memberi sokongan,insyaAllah.

* KEBERANIAN dalam berkata benar. Dalam persahabatan juga, kita hendaklah berani apabila ingin mengatakan sesuatu. Lebih-lebih lagi jika kita telah melakukan sesuatu yang menyakiti hatinya, kita kena berani mengaku padanya atas kesilapan yang dilakukan. Selain itu, berani juga dalammenasihati sahabat kita. kerana sebagai sahabat, kita mesti mahukanyang terbaik untuk mereka kan?

* KEJUJURAN juga perlu dalam persahabatan. Jangan sesekali menipu atau
menyembunyikan apa-apa daripada pengetahuan sahabat kita. Mereka jugaperlu tahu apa yang kita lalui dalam kehidupan kita. Jangan berahsia,melainkan pada perkara yang benar-benar perlu dirahsiakan (hehehe).

* KEMAAFAN.Sekiranya sahabat kita pernah melakukan sebarang kesilapan, bersedialah
untuk memaafkannya, tidak kira sebesar manapun kesalahan merekaterhadap kita kerana sahabat yang baik adalah sahabat yang bersediauntuk memaafkan sahabatnya. Jika kita yang bersalah, janganlah malu untuk meminta maaf daripada mereka kerana orang yang dahulu memintamaaf adalah orang yang hebat.

* KESEDIHAN.Apabila kita sedar bahawa sahabat kita sedang bersedih, maka, ikutlah sedih bersama-sama dengan mereka. Tawarkanlah bahu kita untuk dijadikantadahan air mata mereka. Kerana tiada siapa yang akan mereka cariselain kita sahabat mereka.

* KEGEMBIRAAN.Begitu juga dengan kegembiraan. Jika kita gembira, maka marilahberkongsi kegembiraan itu bersama sahabat-sahabat tercinta. Tidakmahukah kita bergelak tawa dengan mereka? Tidak mahukah kita melihatukiran-ukiran senyuman indah di raut wajah mereka? Kegembiraan kita,kegembiraan mereka jua.

* KESERASIAN di sini bukanlah bermaksud, "Kau cantik, aku mesti cantik," "Kau kaya,aku pun kena kaya". Tidak sama sekali. Sememangnya manusia dijadikanoleh Allah berbeza-beza, namun, dalam persahabatan keserasian dapatdiwujudkan apabila terbinanya persefahaman antara dua pihak. Apabilaada persefahaman, barulah hubungan kita dengan sahabat kita akanmenjadi lebih baik dan akan berkurangnya pergaduhan disebabkan salahfaham (hehehe).

http://pokoksena85. blogspot. com/

No comments: