Tuesday, July 7, 2009

Belajar tinggi-tinggi...akhirnya ke dapur jua

Saya agak geram sehari dua ini. Baru-baru ini, seorang kawan sudah pulang dari Mengaji di Yaman, menghubungi saya. hampir setahun kami tidak berhubung... dia bertanyakan cerita terkini tentang saya dari adik lelaki saya. Adik saya mengkhabarkan saya menyambung pengajian sarjana di UKM...dan dia telah merespon " buat ape belajar tinggi-tinggi..akhirnya duduk dapur jugak"

Geram saya rasa...Saudara ini memang tak belajar agama atau tak tau agama atau tak sedar dengan apa yang dia cakap sebenarnya. Bukankah Islam menuntut manusia untuk mecari ilmu tanpa mengira bangsa, jantina , agama. Kalau nak diikutkan..berapa banyak pepatah atau hadith nabi yang menuntut umat islam khususnya untuk mencari ilmu.
"carilah ilmu walau sampai ke negeri China"
" tuntutlah ilmu walau sampai ke liang lahad"

Menyorot kembali sejarah Islam, Saidatina Khadijah, Isteri Nabi yang tercinta... saidatina merupakan seorang usahawan yang berjaya. cumanya dia bukanlah ada master ke PhD kerna pada waktu itu perkara-perkara ini belum diwujudkan lagi secara formal. tetapi, secara tidak formal, saidatina Khadijah merupakan seorang yang pakar dalam bidang perniagaan. Masakan jolokkan nama usahawan wanita atau kegerunan masyarakat arab pada zaman itu terhadap kemahirannya itu menunjukkan tahap kualiti diri saidatina.
Bagaimana saidatina dapat mengetahui kebolahan dan kejujuran baginda S.A.W selain dari petunjuk daripa Allah...juga dari pengalaman perniagaan dan pengurusan Saidatina yang diilhamkan oleh Allah s.w.t kepada beliau dalam mengenali dan melantik Nabi Muhammad s.a.w sebagai pemegang amanah nya. Bukankah semua ini memerlukan pengalaman dan ilmu? bagaimana nak dapat..belajarlah..tuntulah ilmu..berjalanlah dan bermusafir.

saya masih geram lagi. kerana kata-kata dari kawan itu betul- betul menunjukkan pandangan negatifnya terhadap Muslimat yang menyambung pengajian ke tahap yang lebih tinggi. isu yang dia ketengahkan mudah..lelaki pemimpin dan perempuan itu pembantu..jadi tidak perlu belajar tinggi-tinggi , duduk sahaja di dapur..sudah cukup membantu.

Duhai kawan ku...walaupun saya menyambung pengajian yang lebih tinggi..tidak bermakna saya akan mendapat gaji yang besar..tidak tentu lagi saya akan bekerja..kerna itu bergantung juga pada rezeki. tidak semua yang mengaji tinggi itu akan menjadi seorang Pengarah syarikat atau Pengurus sesebuah organisasi. Mungkin saya akan menjadi suri rumah yang berjaya...ada doktor di hadapan nama saya(jika panjang umur) denga jawatan saya, isteri kepada suami tercinta, ibu kepada anak-anak tersayang, suri rumah yang bahagia. Juga perlu difikirkan , kebarangkalian yang saya tidak akan berkahwin atau lambat berkahwin kerana jodohnya yang lambat atau tiada..takkan selama-lamanya saya nak berpaut pada keluarga saya? tentulah saya perlu menyara kehidupan saya sendiri dan membantu keluarga. Duhai kawan ku...buka kanlah matamu seluas-luasnya..fikiran mu sejauh-jauhnya.

Pendidikan anak-anak bermula dari rumah...ungkapan yang sering kita ucap dan kita dengar. Namun begitu, pernah kita terikir, bagaimana untuk menjayakan nya? kita pelik melihat anak muda hari ini...perangai nya tunggang terbalik..hatinya entah dimana..akalnya tidak tahu diletakkan dimana. Hendak salahkan ibu bapa..tidak tahu pangkal hujungnya...
justeru..ibu bapa yang berpendidikan sekurang-kurang nya membantu didikan anak-anak di rumah. Menyambung pengajian yang lebih tinggi adalah nilai tambah kepda seseorang individu untuk masa depan dan keluarganya.

Namun, bukanlah bermakna mereka yang tidak menyambung pengajian yang lebih tinggi itu adalah orang yang rugi.Setiap orang mempunyai perjalanan hidup masing -masing yang penuh warna warni. setiap orang juga mempunyai rezeki yang telah ditetapkan oleh Ilahi. cuma yang saya tekilan di sini..pandangan seorang lelaki yang ilmu agamanya tinggi tehadap muslimat yang menyambung pengajian...memandang rendah dan serong pada kami. saya tak tahu nak cakap macam mana lagi. yang pasti..selagi ada peluang untuk menyambung belajar, saya cuba. andai Tuhan mentakdirkan saya berhenti pada sesuatu masa , saya berhenti dgn Izin-Nya. Saya juga ada salah nya. Maaf dipohon atas segala salah silap. ~ hanya seorang hamba~

12 comments:

Farid said...

apa nak diherankan dgn blajar tinggi kemudian ke dapur, dari harta dan pangkat yang tinggi2 akhirnya ke kubur... :-)

Tiada sebab untuk merungut sebab kerja kita ialah kerja dan hanya kerja.. Belajar juga adalah kerja...

Ke dapur juga adalah kerja...:-)

Anonymous said...

teipedulikan saje ape org kate. lagi pun bukan buat bende salah. mungkin hanye wanita cam kite je yg faham........
sya pun terasa juga.......
bukti kan kita sabagai wanita pun leh berjaya cam lekaki...

aireensamirah said...

salam..
maaf, tak sempat balas kat ym..

geram jugak la bila org kata mcm tu..
persoalan di sini ialah menuntut ilmu, bukan hanya sekadar utk bekerja..
saya pun ada cita2 tinggi, tp sy tak kata selamanya saya mahu kerja..

mmg benar akhirnya org perempuan masuk dapur juga,
tp bukan lah sehingga perlu mencacatkan dan membantutkan niat menuntut ilmu..
(membara da nih..huhu)
menuntut ilmu tu wajib, walau apa ilmu sekalipun, dan pada waktu sekarang, ilmu formal mudah untuk dimiliki, jadi mengapa perlu sia2kan?

tak kira lelaki atau perempuan WAJIB menuntut ilmu,
dan lepas ada ilmu TAK WAJIB kerja..
kan kak sarah?

aqilah said...

sabar sarah...
kalo ade orang kata kat saya mcam tu...tercabar juga rasenye...
memang betol kalo ikutkan dapur sering dikaitkan dengan wanita...
even saya jarang ke dapur...
tapi jangan merendahkan taraf wanita dan memperlekehkan bile wanita belajar tinggi2..

tak sangka ye ade laki lelaki yang masih kolot mengaitkan wanita hanya di ceruk dapur hujung pangkal hidupnye even dah ada Phd..

saya rase masalah lelaki nie mungkin perasaan hasad dengki...phd jugakla kan..hehehe..

* buktikan awak hebat di dewan peperiksaan...awak hebat di menara gading...dan awak juga hebat di dapur....

rimbunanHati said...

Farid: sememangnya hidup ini untuk bekerja.saya berusaha tidak merungut, lagipun rutin harian saya mmg di dapur tetapi terkilan dgn kata-kata yang begitu. umumnya ramai lagi masih berfikiran begitu.melainkan en farid yang saya tahu dan saya kenali seorang yang lebih matang.(hensem sekali) nanti kita turun ke dapur sama-sama ye. terima kasih atas ingatan awak.

Anonymous : Insya Allah kita buktikan sama-sama.Dengan keredhaan dari Ilahi.

aireensamirah : akak akui tulisan ini penuh emosi. kerna itu sebaik-baik pemimpin adalah lelaki.apapun , sokongan dan pandangan awk membantu sahabat-sahabat kita mengenali potensi diri dan kehidupan sebenar hari ini. masih ramai lagi berada di zon selesa. dan akak yakin ramai menganggap entri ini luahan hati semata.hohoho. ku bahagia.

rimbunanHati said...

aqilah : sahabatku..terima kasih atas doa mu.Huhuhu.tinggi sungguh harapan awak. saya juga doakan awak berjaya dalam kehidupan awak. Semoga kita menjadi anak yang soleh,pelajar yang solehah, pekerja yang terbaik , masyarakat yang penyayang. Jgn lupa..HAMBA ALLAH yang BERTAQWA.

Rantong said...

Salam ziarah. Blog dan posting yang menarik.

View Profile: Rantong™

Farid said...

semoga segala impian dipermudahkan dan menjadi kenyataan...

Jangan lupa pd pepatah "tangan yg menghayun buaian.."

Mungkin kena tukar, "tangan yang menumbuk cili.." pulak lepas ni...

Mak saya juga wanita yang berkejaya, pengorbanan dia.. Perghh... superb...sayalah hasilnya, amacam??

hahaha...(harap tak kisah kalau saya kerap melawat dan meninggalkan "bekas"kat blog ni...)

rimbunanHati said...

farid : saya tak kisah. dan saya amat mengalu-alukan kehadiran Tuan di sini.hehehe.Encik mmg super Man. ;-)

Ukhti Nazihah said...

salam sarah, aku macam agak2 dapat meneka siapakah insan dari Yaman itu.hehe. mmgla semua perempuan akan ke dapur tapi akan ada beza bentuk dapurnya. (ayat tersirat).

khairulanwar said...

tahniah.....
satu tulisan yang terbaik.
Jadikanlah ilmu itu sesuatu yang penting untuk hidup

i know.. u r on that way rite now.

goodluck dah sambung master. teruskan..... usaha

Ahmad said...

carilah ilmu walau sampai ke negeri China"
" tuntutlah ilmu walau sampai ke liang lahad"

ini adalah hadith palsu