Skip to main content

Ke mana saya selepas ini?

Semenjak dari kecil, saya bercita -cita ingin menjadi seorang ustazah...walaupun mak cakap masa kat Taski ABIM dulu..bila orang tanya nak jadi apa? saya jawab nak jadi macam abah. Abah saya pada waktu itu bekerja sebagai Jurutera dan Pegawai Penyelidik (sehingga sekarang). Cita -cita saya sebagai ustazah, saya tanamkan dan saya berusaha menunjukkan diri saya kepada keluarga , saya mampu menjadi seorang ustazah.

Semasa di darjah 6, selepas tamat UPSR, pada waktu itu, mak dan abah sibuk memikirkan ke mana hendak dihantar anak sulungnya ini. Pernah merancang untuk menghantar saya ke Sekolah Tahfiz Perempuan.Dan saya amat gembira. Namun, itu hanyalah perancangan. Saya melanjutkan pengajian menegah saya di SMKA Pedas, N9. Sekolah Agama. Masih ada harapan untuk menjadi ustazah. Hehehe.

Setiap sekolah agama mempunyai badan dakwah atau badan kerohanian.Seperti badan Pengawas tetapi badan dakwah ini bertanggungjawab terhadap displin pelajar dari sudut kewajipan Islam. Dan saya bercita-cita agar mendapat tempat di dalam badan itu. Namun,perancangan Allah s.w.t adalah yang terbaik . Saya tidak mendapat tempat di badan Dakwah dan bukan juga di badan pengawas, sebaliknya terus menjadi ketua sekolah. Lagi besar amanah yang dipikul.

Namun, cita-cita sebagai ustazah , tidak berhenti di situ sahaja... sewaktu SPM, saya belajar bersungguh kurang lebih dalam subjek Pengajian Islam dan Bahasa Arab. Pernah saya nyatakan hasrat saya kepada keluarga untuk mengambil STAM selepas tamat SPM. tetapi...mungkin kerana saya sendiri..kurang arif dalam Bahasa Arab , mengurangkan motivasi untuk meneruskan bidan Pengajian Islam. Sebaliknya tertumpu kepada bidang Sains. Pernah juga saya mengikuti temuduga Darul Quran. Pada waktu itu...cita-cita untuk menjadi ustazah seolah-olah dekat (angan -angan) tetapi sewaktu temuduga, saya kurang berjaya. Bukan tidak berjaya, tetapi kurang. Sebab, untuk hafazan diperuntukkan satu jam untuk satu muka surat Al-quran. Saya mengambil masa 1/2 jam menguruskan sahabat -sahabat yang belum makan dan 1/2 jam untuk hafazan. Saya berjaya menghafaz 1/2 muka surat dalam masa 1/2 jam. Dan ustaz yang menemuduga saya telah menagmuk yang amat sangat kerana katanya dia yakin saya boleh hafaz 1 muka surat dalam masa 1 jam atau kurang daripada itu. Saya senyum. Dan cita-cita sebagai Ustzah telah melambai meninggalkan saya.

Pada waktu itu, apa yang ditanam dalam diri saya oleh sahabt-sahabat sekeliling saya...hanya ustaz atau ustazah yang mempunyai kekuatan dakwah yang mantap. Saya tidak nampak, selain dari itu. Tapi...pengalaman mengajar erti kematangan dan erti kehidupan.Sedikit demi sedikit..saya mula faham.Dakwah itu bukan terletak pada bahu ustaz atau ustazah.. dan bukan sahaja terletak atas bahu para ulama'. Tetapi pada setiap individu muslim. Sekurang -kurangnya untuk diri sendiri.

Hari ini saya ditemukan dengan sebuah buku travelog dakwah. Saya terus jatuh cinta. saya sememangnya menegnali penulis buku ini cumabelum berkesempatan untuk membaca tulisan beliau.Terutama bila bidang lain -lain. seperti satu alasan untuk tidak bersahabat. alasan sahaja.


Setelah pulang dari Kuala Lumpur, segera masak lauk untuk makan tengah hari keluarga, solat dan berehat -rehat, saya mula menyelak buku ini satu persatu. Apa yang ditulis oleh En Mohd Kamil amat menarik hati saya. Dari seorang profesor yang berjawatan besar, bergaji besar dan segala macam yang besar...dia menulis dengan penuh kerendahan hati menyampaikan dakwah ikhlas dari hatinya untuk mendapat keredhaan Allah.

Selepas sya baca dan saya duduk berfikir... jika penulis ini telah mendapat segala macam yang diidamkan oleh manusia lain, tidak kira pangkat ,harta , keluarga atau pengalaman, dia masih lagi mencari sesuatu dan dia masih lagi merasa kekosongan.( berdasarkan apa yang ditulis olehnya) Dan saya terfikir... saya ini yang masih belum habis mengaji, yang tidak tahu adakah selepas ini bekerja makan gaji , bekerja sendiri atau hanya duduk di rumah. Dan saya juga tidak pasti, adakah selepas ini saya mampu mempunyai sebuah rumah sendiri, keluarga sendiri, duit sendiri seperti mana yang diidamkan oleh manusia lain. Dan saya juga terfikir ...andai saya mendapat semua yang saya angan - angankan... adakah saya akan berpuas hati..adakah saya akan bergembira dan sentiasa mensyukuri nikmat yang diberi??

Sesungguhnya, Allah s.w.t telah membantu saya mengenali diri dengan lebih lagi.Ditemukan saya degan buku ini..dibukakan hati saya untuk membaca. Bukunya ringkas..tapi isinya padat.
Apa yang saya fikirkan..biarpun saya ada perancangan kehidupan untuk di dunia ini..yang tidak pasti..tetapi perancangan kehidupan untuk di akhirat kelak perlu dimantapkan lagi. Yang dikejar kemewahan syurga firdausi. Tapi..bukan senang melakukannya seperti mengatakannya.

Angan -angan menjadi ustazah sejak kecil kembali semula. Teringat sewaktu aktif persatuan Islam di universiti... sering sahabat -sahabat dan adik- adik memanggil ustazah. tetapi saya akan memarahi mereka dan kadangkala siap diberi amaran awal..Jangan panggil saya ustazah. Sedangkan itu cita - cita saya..tetapi saya tahu diri saya. saya bukanlah seperti ustazah yang ada. saya hanya manusia yang penuh dengan angan - angan yang tidak pasti adakah akan realisasi angan -angan itu...

Selepas saya membaca buku Travelog dakwah ini, saya mula merencana..ke manakah saya selepas ini? yang pastinya ke tanah kembali. Tetapi sementara untuk sampai ke tanah itu...bagaimana keadaan saya?


~ muhasabah diri~

Comments

ibn_hasbi said…
Salam ukhuwah buat ustazah.
Tahniah kerana menanam cita2 murni untuk menjadi seorang ustazah. InsyaAllah cita2 dan hasrat itu akan tercapai. bila???? hanya Allah yang tahu.

Saya suka membaca catitan sarah pasal perkara ini. selain dari berkongsi pengalaman, tulisan ini juga mengajak saya untuk merenung kembali akan perancangan yang dilakukan.

kita sering membuat perancangan untuk meneruskan kehidupan kita di dunia yang fana ini yang hakikatnya kita sudah tahu bahawa ianya tidak akan kekal. tapi, walaupun kita tahu dan yakin akan perkara itu, kita masih sibuk mengejarnya.

jarang kita merancang perkara yang bakal laksanakan di hari kemudian(akhirat). sedangkan kit thu bahawa ianya kekal buat selama-lamanya.

terima kasih atas ingatan ini. semoga cita2 ustazah dimakbulkan oleh Allah.

sahabatmu,
Fadhil
sekarang saya seorang ustazah. megajar asas Al-Quran dengan teknik Al-Baghdadi. Mengajar anak-anak kecil dan mengenalkan diri sebagai ustazah.

Malu pun ada kerana diri ini sangat kerdil. Sememangnya perancangan Allah itu sungguh hebat. terima kasih Allah.

Popular posts from this blog

Rendang Ayam Terengganu

Assalamualaikum & salam sejahtera, 
Lagi dua minggu nak ke penghujung Ramadhan...perasaan rindu pada Ramadhan yang belum pergi ni sudah mula membuak buak. Wajib manfaatkan Ramadhan sepenuhnya agar rindu itu tidak sia sia. 
En suami telefon ayah mertua, memaklumkan rancangan raya kami tahun ni. "kami malam raya di rumah ayah. Ayam nanti saya bawak balik. Rendang biar Sarah yang masak. " .... Balas ayah, "Ayah nak makan rendang mak. Rempah semua cukup." 
Sayu rasa hati. Tahun ini tahun pertama  beraya tanpa ibu mertua. Al Fatihah buat mak. Bila en Suami memaklumkan tentang rendang itu, saya terus mencari resepi rendang terengganu. Mesti usahakan rendang terengganu. Tahun lepas, sewaktu raya haji,saya masak cara saya. Rendang Minang. Komen ayah, dah lama ayah tak makan rendang minang. Ayah orang Melaka. Masakannya pun ala minang. Apabila ayah menyatakan hasratnya mahu makan rendang mak, fahamlah saya...ayah rindukan mak. 
Setelah mencari cari resepi, akhirnya saya ber…

Resepi pantang @ pantang ada resepi! : Spaghetti lada hitam bersamakiub ayam

Assalamualaikum & salam sejahtera,

Alhamdulillah...dah hampir ke penghujung waktu berpantang. Tapi takda lah pula rasa kebebasan menelan/ makan apa saja bila tamat berpantang memikirkan Insyirah ( baby comel) kembung bila aku "silap" makan. 
Sepanjang berpantang, sudah dikenal pasti bahan makanan yang berangin yang boleh menyebabkan Insyirah kembung lepas menyusu. Lain orang lain badannya, tak semua kita sama. Yang ketara angin macam pulut tu memang aku tak makanlah. Terseksa wooo anak kembung ... Dia tentu lah tapi aku tak cukup tidur jadinya..dan tak boleh buat kerja. 
Antara yang telah dikenal pasti oleh aku sebagai bahan yang perlu berjaga jaga ialah Bawang Besar,  Lada/Cili dan Santan. Tiga ni pula fevret aku ..aduhai. Tapi bila dah habis berpantang nanti, sikit sikit aku makan, latih perut anak aku untuk terima tiga fevret aku ni. Mak aku ajar makan sikit sikit. 


Masa berpantang, pening gak kepala ...asyik makan nasi je. Nak juga makan spaghetti ke macaroni ke ...a…

Bebola daging masak sos hitam. Yummy!

Hobi terbaru saya sekarang ialah menggunting resepi dari majalah. Hahahaha. Hobi tambahan. Oh ye, mug saya dari Vietnam yang ori punya sudah sampai...mug vietnam yang hari tu,kata pakcik saya bukan ori...diimport dari negara lain dan dijual di Vietnam. Senyum lebar saya macam ni (^______________^ )bila dapat mug. Hahaha...terima kasih..terima kasih buat yang sudi menghadiahkan kepada saya. Nak makan apa? cakap je..nanti saya masakkan. hehehe.


Bebola daging sos hitam

Berbalik kepada hobi terbaru saya, sebelum resepi-resepi tu digunting, saya belek dulu dan kaji bahan-bahannya..boleh agak kesedapan dan keharumannya berdasarkan bahan yang digunakan. mmmm, aromanya...harum! Jadi, resepi yang digunting hanya resepi tertentu yang saya jumpa dari majalah-majalah yang kami beli. Tak banyak sangat pun majalah yang saya beli...sekarang baru mula koleksi mengumpul resepi dari majalah ni.

Hari ini, Isnin, 4 Julai...2011, saya masak bebola daging masak sos hitam. Rujukan utama saya berdasarkan salah …