Saturday, July 25, 2009

menangis lagi

Dalam beberapa hari ini...air mata senang sangat tumpah. Terasa dengan kata -kata orang sekeliling.Malah terasa dengan perlian beberapa tulisan orang tertentu. Ditambah lagi dengan lagu-lagu yang amat dirasai maksudnya.Bertambah sayu.


Sayu sebab tak tahu amalan yang dilakukan seharian, bulanan, tahunan adakah akhirnya nanti diterima oleh Allah s.w.t. Sedih kerana tidak tahu apakah yang akan berlaku sekejap lagi diantara hubungan keluarga dan sahabat. Menangis lagi bila duduk mendengar lagu-lagu yang berkaitan terasa seolah penyanyi itu turut sama berkongsi rasa.


Sebenarnya..saya tak tahu apa yang perlu saya buat dalam memuaskan hati setiap insan tersayang.Saya berusaha untuk memenuhi kehendak mereka. juga memenuhi keperluan diri. Pada masa sama, tidak tahu apakah yang akan berlaku di masa hadapan dalam keadaan mengikut arus yang ada...dalam hati ini penuh gundah gulana tapi masih ada gula-gula. Namun, kepada Allah juga saya berserah. dan saya berusaha. Mohon petunjuk Mu Ya Allah .

3 comments:

mr cekodok said...

sarah azizul,
jgn menangis ye
kuatkn semangat
tempuh dugaan

rimbunanHati said...

saya berusaha.Insya Allah.
Terima kasih Ahmmad Shukrie
Sokongan awak amat dihargai.

:)

nur husna said...

nur husna cute: menangislah , kadang manusia berasa sombong untuk menangis , lalu untuk apa air mata itu di cipta... -aku copy lirik lagu jerr-