Friday, July 3, 2009

Pemimpin berkualiti ...ada dalam setiap diri kita

Setiap dalam diri kita ada sifat kepimpinan..ada yang sikit..ada yang banyak. Tapi mesti ada walau sedikit terutama lelaki kerana sekurang-kurangnya dia akan menjadi ketua keluarga. dan begitu juga perempuan kerana dia akan menjadi tulang belakang keluarga. jika tiada keluarga..pimpinlah diri sendiri. kerana untuk memimpin diri sendiri kapada yang lebih baik merupakan cabaran yang cukup besar. Jika tidak...dari mana datangnya pencuri, perompak, rempit dan segala yang berkaitan. jika yang disebutkan tadi itu berkisar pada belia...amalan rasuah , menipu, "menyuap", "menyapu" bersih hak org lain dan sebagainya juga menunjukkan kurangnya kepimpinan pada diri.

maka...untuk menjadi pemimpin yang berkualiti, kenal pasti dulu perkara -perkara yang berkaitan yang boleh mengurangkan kualiti diri .

1. kepimpinan tanpa kualiti
- kekal atau setia pada cara lama. Tiada pembaharuan atau tiada usaha untuk mendapatkan pembaharuan. Ada sesetengah mengatakan Jumud. tapi ...yang pasti pengekalan sesuatu perkara sehingga tidak cuba mencari pembaharuan hanya kerana takut untuk menanggung risiko atau selesa dengan apa yang sudah ada mengurangkan kualiti diri.Secara tidak langsung mengurangkan motivasi dan seri hidup kepada diri dan orang sekeliling. Sakit Jantung dibuatnya.
- sentiasa suka mengawal orang lain untuk memenuhi kehendak diri. Sedar atau tidak, sikap ini sebenarnya menyebabkan orang tidak hormat pada kita. kita rasa pelik kenapa org tak hormat pada kita dan sering kita mencari silap org ...jarang menjenguk diri sendiri. jarang memuhasabahkan diri.
- Tindas. suka menindas orang dengan tidak memberi ruang kepada orang disekeliling untuk berkongsi idea.Kurang kualiti diri kerana sikap buruk yang sebegini.
- Rakus. Pandang hanya pada untung di depan mata..tidak pandang pada untung ukhrawi. lagi teruk dari tamak. Maka, wujudkanlah Zuhud dalam diri. ini akan membantu meningkatkan kualiti diri.

2. Model " keretapi Lama" corak struktur pengurusan diri
- Imbas kembali... keretapi lama yang negara kita gunakan. Ciri-cirinya..lambat, tidak tepat masa, selalu tergelincir dari landasan dan mengharapkan kepala yang di depan sahaja.
Kenapa kita hendak jadikan keretapi lama sebagai model kita..dunia dah maju, dan sepatutnya kita ubahlah model kereta api diri kita yang lebih baik. mengikut kesesuaian zaman dan kehendak. Jangan jadikan "nostalgia" sebagai alasan. jika " nostalgia" itu satu alasan, diri kita juga akan menjadi "nostalgia" dengan lebih cepat kerana terlalu lambat untuk mengikut kemajuan. "nostalgia' biar bertempat..pada waktu dan keadaan. Dan hal ini menunjukkan kematangan kita.
- keretapi lama sering menharapkan kepala dihadapan untuk memandu arah mereka. Jangan terlalu mengharapkan orang lain menentukan tindakan dan kehidupan kita. Kita kena berusaha menentukan siapa diri kita, untuk apa kita di dunia ini dengan berpandukan Al-Quran dan Hadith, nasihat para Ulama' dan nasihat orang-orang tua. Kualiti diri bukanlah di tunggu tetapi dicari dan direalisasikan.


3. Budaya Sate menjadi -jadi.
- bayangkan sate yang enak itu...dagingnya di CUCUK- CUCUK, kemudian dimasak atas bara dan di API - API kan. Selepas itu, bagi lebih "power" , di TARUH kan MINYAK dan di KIPAS - KIPAS . sedar atau tidak..budaya sate - Cucuk-cuck, api-api, taruh minyak dan kipas - kipas ini kebanyakkan nye menjadi makanan harian segelintir kita. Jika bukan makanan harian sekalipun..ianya menjadi snek diri.

- Sikap suka mencucuk orang lain, mengapi-apikan orang, mengipas-ngipas ini sepatutnya tiada dalam diri untuk menjadikan diri berkualiti. Kerana tindakan -tindakan inilah yang menghancurkan diri kita dan orang di sekeliling kita. Hadirnya rasuah, dengki mendengki, keji mengeji bermula dari perbuatan sate ini.

Kenapa kita perlu berkualiti ?

" Manusia yang paling baik adalah manusia yang membawa manfaat kepada manusia lain"

apabila diri kita berkualiti, bermotivasi dan bermujahadah ..kita akan membawa manfaat kepada orang disekeliling kita.


bahan tulisan : rujukan motivasi Tan Sri Mohammad Ali Hashim

p.s: Sewaktu seminar QMS , MS 1900: 2005 di hotel Avillion Legacy , Melaka bersama Aqilah Ahmad Rostam.

No comments: