Sunday, July 12, 2009

Riwayat bidadari syurga

Sebulan dua ni selain membaca cerpen secara online..banyak kajian kes dan artikel yang perlu dihabiskan untuk rujukan pelajaran. Sedikit penat menghabiskan beberapa bacaan tertentu. Bagi merehatkan minda dan diri...sebuah buku yang sedang di telaah saya kongsikan bersama anda. Gambar je.hehe.
Tulisan Munif Ahmad, terbitan Hijjaz Record publishing. Buku ini merupakan himpunan kisah para serikandi Islam di awal penyebaran agama Islam yang suci.
Sebelum ini, saya baru sahaja menghabiskan sebuah buku bertajuk, Saydatina Zainab ,Serikandi yang disegani. Kalau tak silap lah. Apapun , pembacaan kisah-kisah serikandi ini secara tidak langsung membantu proses muhasabah diri dan mendapatkan kembali semangat dan motivasi dari perjuangan mereka. Buat sahabat-sahabat, jadikan membaca amalan kita.

No comments: