Skip to main content

berdakwah melalui masakan. . Yeah!

Bulan Ramadhan ni , bila bercerita tentang makanan satu cabaran dan dugaan sebenarnya kerana secara umum nya puasa itu menahan lapar dan dahaga. Apatah lagi buat mereka yang berada dalam industri makanan seperti peniaga makanan bazar Ramadhan juga peniaga kuih raya. Macam saya. Hehehe. Sememangnya dugaan tetapi untuk biskut-biskut saya, saya dah tak pandang sebab menghadap mereka hari-hari dari jam 8 pagi hingga jam 1 pagi. Kecuali pada jam yang ada kuliah, saya bercuti. Cuma bagi mereka yang sekali sekala menyinggah ke Bengkel Zaisara , tak tahan duk lama-lama kata seorang pakcik, sebab ni bulan puasa..ada yang puasa setengah hari je nanti. Hehe. Tersenyum sendiri.

Lewat sore, saya menghantar pulang ssahabat saya yang membantu Zaisara ke asramanya. Sepajang perjalanan , tidak banyak dibualkan..masing-masing keletihan. Tapi ade juga perkara yang dibincangkan.

" Lin, setiap kita mesti berdakwah kepada mereka yang bukan beragama Islam, sekurang-kurangnya memperkenalkan Islam kepada mereka. Jika tidak, di akhirat kelak, mereka ini memang tidak ada harapan untuk masuk ke syurga..dan mereka akan menyesal..yang teramat menyesal. Dan kita juga akan menyesal dan teramat menyesal kerana kita tidak membantu mereka menunjukkan betapa indahnya Islam dan menceritakan tentang Islam juga menarik mereka kepada Islam. Kita akan menyesal kerana mereka akan memohon pada Tuhan untuk menarik si polan si polan yang rapat dgn mereka tetapi tidak bercerita tentang Islam untuk bersama-sama mereka menerima azab siksa neraka. dan kita juga kemungkinan besar turut sama merasai siksaan api neraka kerana permintaan mereka itu.

Kita juga akan menyesal kerana kurangnya berzikir..saya tak berapa hafal maksud ayat Al-Quran dan hadith, tapi saya difahamkan, sekali kita sebut kalimah Lailahaillah, sebijik banglo akan kita peroleh di syurga kelak, andai kita masuk syurga. Dan kita menyesal kerana kita kurang membasahkan lidah kita dengan zikrullah. "

Saya tidak tahu bagaimana untuk mengajak kawan-kawan yang belum memeluk Islam untuk bercerita tentang nya. Ada yang bagi cadangan , di sambutan hari kelahiran mereka hadiahkanlah Tafsir Al-Quran mengikut bahasa mereka seperti Mandarin, Tamil dan English. Ade ke yang tamil punya?

Tetapi, saya tidak pandai berbahasa..sememangnya cabaran buat saya. apa yang saya nampak..dakwah melalui masakan dan makanan.

Definisi masakan ialah yang memasak itu merasa bahagia, dan yang memakan masakan itu juga merasa bahagia. Saya petik dari cerita Korea. Tapi ada kebenarannya. Keikhlasan seseorang sewaktu memasak akan mengalir ke makanan yang di masak dan keikhlasan itu boleh dirasai oleh si tukang makan yang memakan masakan itu. Kalau tidak, masakan kita merindui masakan ibu kita yang penuh dengan kasih sayang, biarpun telur mata kerbau sekalipun , ia tetap sedap kerana ia dimasak oleh ibu kita.

Sepanjang saya dalam bidang makanan, banyak saya belajar dan amalkan...juga sebolehnya saya kongsikan dan saya sampaikan pada kenalan. Sewaktu memasak :-

1. Niat kerana Allah ta'ala
2. Ikhlas kerana Allah
3. Target untuk siapa kita masak dan pastikan diri kita dalam keadaan senang tanpa dipaksa untuk menyediakan makanan.
4. Senyum sewaktu merancang-merancang untuk memasak kerana ia akan mendorong kepada kesenangan.
5. Bayangkan perasaan orang yang akan menikmati masakan kita..betapa dia akan berasa gembira dan berlapang dada. Nasi hangit pun sedap.
6. Mulakan dengan Bismillah.
7. Sebaiknya berzikir dan berselawat sewaktu penyediaan makanan sehinggalah memasak.
8. Indah lagi kalau kita boleh mengalunkan ayat Al-Quran sepanjang proses itu berlangsung.
9.Jika memasak bersama para sahabat dan rakan -rakan..apatah lagi bersama ahli keluarga, wujudkan suasana senang dan ceria.
10. Jangan merungut walau sekali. berusahalah menyediakan yang terbaik.

Dan kita kongsikan perasaan kebahagiaan kita dengan berkongsi makanan yang kita ada lebih - lebih lagi makanan yang kita masak. Lagi syok!.

Hantar gambar pun jadilah. kalau berjauhan. sekurang-kurangnya tanda ingatan.

Tetapi, secara tidak langsung kita berdakwah dengan teman-teman melalui makanan. Juga, sambil kita mengadun atau menggoreng jua apa cara kaedah masakan yang kita guna, berdoalah agar makanan yang dimasak kita ini apabila dimakan oleh teman-teman, ukhuwah bertaut bertambah erat, dimudahkan urusan dan diberikan hidayah. apa sahaja doa anda berniatlah dengan sepenuh hati sepanjang dalam proses memasak.

Jangan lupa ye..bahan-bahan masakan yang digunakan juga dalam keadaan baik, bersih dan suci.

anda akan merasai, teman anda juga akan merasainya. saya juga sedang berusaha. kita usaha sama-sama yuk!

Comments

Popular posts from this blog

Rendang Ayam Terengganu

Assalamualaikum & salam sejahtera, 
Lagi dua minggu nak ke penghujung Ramadhan...perasaan rindu pada Ramadhan yang belum pergi ni sudah mula membuak buak. Wajib manfaatkan Ramadhan sepenuhnya agar rindu itu tidak sia sia. 
En suami telefon ayah mertua, memaklumkan rancangan raya kami tahun ni. "kami malam raya di rumah ayah. Ayam nanti saya bawak balik. Rendang biar Sarah yang masak. " .... Balas ayah, "Ayah nak makan rendang mak. Rempah semua cukup." 
Sayu rasa hati. Tahun ini tahun pertama  beraya tanpa ibu mertua. Al Fatihah buat mak. Bila en Suami memaklumkan tentang rendang itu, saya terus mencari resepi rendang terengganu. Mesti usahakan rendang terengganu. Tahun lepas, sewaktu raya haji,saya masak cara saya. Rendang Minang. Komen ayah, dah lama ayah tak makan rendang minang. Ayah orang Melaka. Masakannya pun ala minang. Apabila ayah menyatakan hasratnya mahu makan rendang mak, fahamlah saya...ayah rindukan mak. 
Setelah mencari cari resepi, akhirnya saya ber…

Resepi pantang @ pantang ada resepi! : Spaghetti lada hitam bersamakiub ayam

Assalamualaikum & salam sejahtera,

Alhamdulillah...dah hampir ke penghujung waktu berpantang. Tapi takda lah pula rasa kebebasan menelan/ makan apa saja bila tamat berpantang memikirkan Insyirah ( baby comel) kembung bila aku "silap" makan. 
Sepanjang berpantang, sudah dikenal pasti bahan makanan yang berangin yang boleh menyebabkan Insyirah kembung lepas menyusu. Lain orang lain badannya, tak semua kita sama. Yang ketara angin macam pulut tu memang aku tak makanlah. Terseksa wooo anak kembung ... Dia tentu lah tapi aku tak cukup tidur jadinya..dan tak boleh buat kerja. 
Antara yang telah dikenal pasti oleh aku sebagai bahan yang perlu berjaga jaga ialah Bawang Besar,  Lada/Cili dan Santan. Tiga ni pula fevret aku ..aduhai. Tapi bila dah habis berpantang nanti, sikit sikit aku makan, latih perut anak aku untuk terima tiga fevret aku ni. Mak aku ajar makan sikit sikit. 


Masa berpantang, pening gak kepala ...asyik makan nasi je. Nak juga makan spaghetti ke macaroni ke ...a…

Bebola daging masak sos hitam. Yummy!

Hobi terbaru saya sekarang ialah menggunting resepi dari majalah. Hahahaha. Hobi tambahan. Oh ye, mug saya dari Vietnam yang ori punya sudah sampai...mug vietnam yang hari tu,kata pakcik saya bukan ori...diimport dari negara lain dan dijual di Vietnam. Senyum lebar saya macam ni (^______________^ )bila dapat mug. Hahaha...terima kasih..terima kasih buat yang sudi menghadiahkan kepada saya. Nak makan apa? cakap je..nanti saya masakkan. hehehe.


Bebola daging sos hitam

Berbalik kepada hobi terbaru saya, sebelum resepi-resepi tu digunting, saya belek dulu dan kaji bahan-bahannya..boleh agak kesedapan dan keharumannya berdasarkan bahan yang digunakan. mmmm, aromanya...harum! Jadi, resepi yang digunting hanya resepi tertentu yang saya jumpa dari majalah-majalah yang kami beli. Tak banyak sangat pun majalah yang saya beli...sekarang baru mula koleksi mengumpul resepi dari majalah ni.

Hari ini, Isnin, 4 Julai...2011, saya masak bebola daging masak sos hitam. Rujukan utama saya berdasarkan salah …