Skip to main content

cerita di permulaan Ramadhan


hari pertama puasa, kelam kabut satu rumah bangun sahur. Syukur alhamdulillah, malam tu dah siap masak , senang lah urusannya. Sahur pagi tu , panaskan lauk je, dan sahurlah.

Hari pertama puasa, sudah berjanji bersama beberapa orang sahabat untuk bergambar bersama bersempena Konvokesyen Prasiswazah baru-baru ni. Disebabkan saya tidak menghadiri ke hari konvo saya, maka hasrat sesi gambar bergambar ini , saya usaha penuhi. alhamdulillah , ada hikmah yang cukup besar disebaliknya. Meraikan sahabat- sahabat dalam menjaga ukhuwah yang ada, Insya Allah, segala kerisauan dan kegusaran di hati, diberikan ketenangan oleh Allah s.w.t asalkan niat itu baik dan kerana Allah.



sewaktu hadir ke sesi gambar bergambar, saya sedang risau memikirkan pekerja sementara Zaisara yang sepatutnya hadir tetapi tidak hadir pada pagi tersebut. Dalam keadaan, kami adik beradik sepenuhnya sedang belajar , masa yang ada agak terhad untuk membantu menyiapkan segala tempahan. Dan pada masa sama, menyerap segala tekanan. Pastinya saya menjadi singa untuk sebulan ni. Sememangnya inilah dugaan Ramadhan saya.

Syukur pada Allah, kehadiran ke sesi bergambar bersama sahabat, seorang sahabat sudi bekerja memandangkan dia sekarang "penganggur kehormat" . Segala puji bagi Allah. dimudahkan urusan di bulan yang penuh keberkatan. Semoga urusan kedua belah pihak dimudahkan dunia dan akhirat.

Tempahan sudah mula meningkat. sememangnya proses yang berlaku adalah satu rutin bagi setiap tahun. Beza di setiap cerita, pelanggan baru dan juga lama, setiapnya mempunyai hubungan yang tersendiri.

Tugasan Sarjana juga semakin bertambah. dan semakin liat juga untuk menyiapkannya. Suka membuat kerja di akhir waktu satu tabiat yang saya kena kurangkan atau sebaiknya dihapuskan dalam memastikan setiap tugasan yang diberikan dapat diselesaikan dengan baik. Sekurang-kurangnya dua tugasan yang perlu dihantar minggu depan, telah disiapkan.

Sempena bulan Ramadhan yang mulia ini, saya berharap dan berdoa agar semua urusan dimudahkan. Juga setiap kita berusaha menjadikan bulan ini bulan yang terbaik dan terindah bagi setiap kita. Selamat menghayati perjalanan Ramdhan.




Comments

sourplum said…
sy smpai2 tadi sy terus naek train yg ade
nseb baek pak cik train tu bg
klu x tatau la..nk tgu smpai kul6 busan jgk tuh
nk baca novel da xde mood

actually before kmu smpai ukm nye station tu sy da tdo da kejap
tersengguk2 kt atas kerusi
huhu

thanks la sb pnjm kn troli tu
ahad ni sy blk kl agi
nti sy pulang..
klu xde troli tu ssh jgk nk punggah brg
klu kmu antr smpai train ok je kut klu xde troli
rimbunanHati said…
alhamdulillah,perjalanan awk berjalan lancar. sy terkejut bila shukrie bgtau awk dah sampai jam 4. syukur, dimudahkan urusan.

hehehe.dah puas tido rupanye.

kalau takde troli, sape nak angkat?awak sorang lah yg angkat. sy dan mak sy mmg dah sakit pinggang.kami mmg tak angkat.biar je lah.kalau angkat pun berdua.

ok.ape2 g tau lah.kalau nak dtg bengkel pun boleh juga. =)
sourplum said…
sy bukan ade transport.
klu nk jadi driver sy pegi amik and antr dari bgkel ke komuter ape slh nye
lalala~

tp pape pon ne jmp jgk nk bg troli
shuk ckp kmu pkai troli tu nk agkut tepung
adei. rasa bslh je..
tape2 ahad ni da beli tket blk kl da
nk beli awl agi tp da abes
rimbunanHati said…
boleh je...boleh tlg wat biskut sekali.hehehehehehehehehehe

Popular posts from this blog

Rendang Ayam Terengganu

Assalamualaikum & salam sejahtera, 
Lagi dua minggu nak ke penghujung Ramadhan...perasaan rindu pada Ramadhan yang belum pergi ni sudah mula membuak buak. Wajib manfaatkan Ramadhan sepenuhnya agar rindu itu tidak sia sia. 
En suami telefon ayah mertua, memaklumkan rancangan raya kami tahun ni. "kami malam raya di rumah ayah. Ayam nanti saya bawak balik. Rendang biar Sarah yang masak. " .... Balas ayah, "Ayah nak makan rendang mak. Rempah semua cukup." 
Sayu rasa hati. Tahun ini tahun pertama  beraya tanpa ibu mertua. Al Fatihah buat mak. Bila en Suami memaklumkan tentang rendang itu, saya terus mencari resepi rendang terengganu. Mesti usahakan rendang terengganu. Tahun lepas, sewaktu raya haji,saya masak cara saya. Rendang Minang. Komen ayah, dah lama ayah tak makan rendang minang. Ayah orang Melaka. Masakannya pun ala minang. Apabila ayah menyatakan hasratnya mahu makan rendang mak, fahamlah saya...ayah rindukan mak. 
Setelah mencari cari resepi, akhirnya saya ber…

Resepi pantang @ pantang ada resepi! : Spaghetti lada hitam bersamakiub ayam

Assalamualaikum & salam sejahtera,

Alhamdulillah...dah hampir ke penghujung waktu berpantang. Tapi takda lah pula rasa kebebasan menelan/ makan apa saja bila tamat berpantang memikirkan Insyirah ( baby comel) kembung bila aku "silap" makan. 
Sepanjang berpantang, sudah dikenal pasti bahan makanan yang berangin yang boleh menyebabkan Insyirah kembung lepas menyusu. Lain orang lain badannya, tak semua kita sama. Yang ketara angin macam pulut tu memang aku tak makanlah. Terseksa wooo anak kembung ... Dia tentu lah tapi aku tak cukup tidur jadinya..dan tak boleh buat kerja. 
Antara yang telah dikenal pasti oleh aku sebagai bahan yang perlu berjaga jaga ialah Bawang Besar,  Lada/Cili dan Santan. Tiga ni pula fevret aku ..aduhai. Tapi bila dah habis berpantang nanti, sikit sikit aku makan, latih perut anak aku untuk terima tiga fevret aku ni. Mak aku ajar makan sikit sikit. 


Masa berpantang, pening gak kepala ...asyik makan nasi je. Nak juga makan spaghetti ke macaroni ke ...a…

Bebola daging masak sos hitam. Yummy!

Hobi terbaru saya sekarang ialah menggunting resepi dari majalah. Hahahaha. Hobi tambahan. Oh ye, mug saya dari Vietnam yang ori punya sudah sampai...mug vietnam yang hari tu,kata pakcik saya bukan ori...diimport dari negara lain dan dijual di Vietnam. Senyum lebar saya macam ni (^______________^ )bila dapat mug. Hahaha...terima kasih..terima kasih buat yang sudi menghadiahkan kepada saya. Nak makan apa? cakap je..nanti saya masakkan. hehehe.


Bebola daging sos hitam

Berbalik kepada hobi terbaru saya, sebelum resepi-resepi tu digunting, saya belek dulu dan kaji bahan-bahannya..boleh agak kesedapan dan keharumannya berdasarkan bahan yang digunakan. mmmm, aromanya...harum! Jadi, resepi yang digunting hanya resepi tertentu yang saya jumpa dari majalah-majalah yang kami beli. Tak banyak sangat pun majalah yang saya beli...sekarang baru mula koleksi mengumpul resepi dari majalah ni.

Hari ini, Isnin, 4 Julai...2011, saya masak bebola daging masak sos hitam. Rujukan utama saya berdasarkan salah …