Skip to main content

dia merajuk..saya tak tau nak pujuk

Alhamdulillah, dah beberapa hari kita sudah berpuasa. Semoga ibadah kita diterima oleh Allah s.w.t.

Hari ini , kami adik beradik semua berkumpul di rumah..hujung minggu... kecuali Aqim yang sedang belajar di Pendang, Kedah. HAri ni, tak masak juga..tak sempat..pinar biji mata, satu hari duk bengkel..so just beli makanan di Bazar je.

Adalah nasi ayam berempah, nasi lemak ayam beremaph, Keow Teow Sup Utara penuh dengan daging, laksam dan sedikit kuih muih. Masuklah waktu Maghrib dan suma bersedia untuk berbuka puasa. Ttetapi sesuatu telah berlaku..adik lelaki tiba-tiba merajuk.Dia sangat suka makan daging. Keow teow Sup Utara tu sememangnya pilihan dia...tapi sebab semua makan kongsi-kongsi..dia pun kongsi jugaklah.sekali daging yang dia nak kongsi tu..adik yang lagi sorang telah amik semua sebab ingat abg dia nak bagi semua.Terus dia tak nak makan..dan just berbuka dengan karipap dan air oren. Huhuhu. Dia merajuk..saya tak tau nak pujuk.

Kami terus tak berani nak usik makanan dia. Dan dia diam sahaja. Susahnya bila lelaki merajuk..atau memang saya tak pandai pujuk. Tapi rasanya memang susah bila lelaki merajuk.

Apapun..mereka sedang bersiap nak g Masjid. Yang pasti..dalam setiap hubungan yang baik adalah komunikasi yang baik. Seharusnya ada soal dan jawab , ada ijab dan qabul, ada akadnya. dan seangkatan dengannya.

Comments

sourplum said…
ala sian nye die
ibn_hasbi said…
Salam ramadhan...
betul ke lelaki merajuk susah nak pujuk...
kalau nak tahu rahsia utk pujuk lelaki.... kena tanya makcik saya...

tapi kadang2 dia biarkan saja bila say merajuk, sb dia kata dah tahu....
rimbunanHati said…
entahlah..sy pun tak tau..sbb sy pun tak perasan org merajuk ke tak. tapi selalu yg sy lihat org merajuk ahli keluarga sy.kwn2 sy tak perasan.Ouh.teruknya saya. Tak peka pada sahabt2.

Kalau merajuk..sediakan makanan dgn penuh kasih syg.

~ dunia yang penuh dengan masakan~
sourplum said…
kena la tau jgk
pnting kn nti2
rimbunanHati said…
itulah..kena lah baca buku. penuh dgn teori. implementnye belum pasti berjaya atau tidak. nak beli stu buku ni..tapi segan.hehehe.
sourplum said…
buku ape ek
btw nk share blog ni http://buatmuanakku.blogspot.com/
blog kwn sy
dorg tgh tgu baby first
rimbunanHati said…
owh.terima kasih. Cukup bermakna sekali. syukran jazilan.

Popular posts from this blog

Rendang Ayam Terengganu

Assalamualaikum & salam sejahtera, 
Lagi dua minggu nak ke penghujung Ramadhan...perasaan rindu pada Ramadhan yang belum pergi ni sudah mula membuak buak. Wajib manfaatkan Ramadhan sepenuhnya agar rindu itu tidak sia sia. 
En suami telefon ayah mertua, memaklumkan rancangan raya kami tahun ni. "kami malam raya di rumah ayah. Ayam nanti saya bawak balik. Rendang biar Sarah yang masak. " .... Balas ayah, "Ayah nak makan rendang mak. Rempah semua cukup." 
Sayu rasa hati. Tahun ini tahun pertama  beraya tanpa ibu mertua. Al Fatihah buat mak. Bila en Suami memaklumkan tentang rendang itu, saya terus mencari resepi rendang terengganu. Mesti usahakan rendang terengganu. Tahun lepas, sewaktu raya haji,saya masak cara saya. Rendang Minang. Komen ayah, dah lama ayah tak makan rendang minang. Ayah orang Melaka. Masakannya pun ala minang. Apabila ayah menyatakan hasratnya mahu makan rendang mak, fahamlah saya...ayah rindukan mak. 
Setelah mencari cari resepi, akhirnya saya ber…

Resepi pantang @ pantang ada resepi! : Spaghetti lada hitam bersamakiub ayam

Assalamualaikum & salam sejahtera,

Alhamdulillah...dah hampir ke penghujung waktu berpantang. Tapi takda lah pula rasa kebebasan menelan/ makan apa saja bila tamat berpantang memikirkan Insyirah ( baby comel) kembung bila aku "silap" makan. 
Sepanjang berpantang, sudah dikenal pasti bahan makanan yang berangin yang boleh menyebabkan Insyirah kembung lepas menyusu. Lain orang lain badannya, tak semua kita sama. Yang ketara angin macam pulut tu memang aku tak makanlah. Terseksa wooo anak kembung ... Dia tentu lah tapi aku tak cukup tidur jadinya..dan tak boleh buat kerja. 
Antara yang telah dikenal pasti oleh aku sebagai bahan yang perlu berjaga jaga ialah Bawang Besar,  Lada/Cili dan Santan. Tiga ni pula fevret aku ..aduhai. Tapi bila dah habis berpantang nanti, sikit sikit aku makan, latih perut anak aku untuk terima tiga fevret aku ni. Mak aku ajar makan sikit sikit. 


Masa berpantang, pening gak kepala ...asyik makan nasi je. Nak juga makan spaghetti ke macaroni ke ...a…

Bebola daging masak sos hitam. Yummy!

Hobi terbaru saya sekarang ialah menggunting resepi dari majalah. Hahahaha. Hobi tambahan. Oh ye, mug saya dari Vietnam yang ori punya sudah sampai...mug vietnam yang hari tu,kata pakcik saya bukan ori...diimport dari negara lain dan dijual di Vietnam. Senyum lebar saya macam ni (^______________^ )bila dapat mug. Hahaha...terima kasih..terima kasih buat yang sudi menghadiahkan kepada saya. Nak makan apa? cakap je..nanti saya masakkan. hehehe.


Bebola daging sos hitam

Berbalik kepada hobi terbaru saya, sebelum resepi-resepi tu digunting, saya belek dulu dan kaji bahan-bahannya..boleh agak kesedapan dan keharumannya berdasarkan bahan yang digunakan. mmmm, aromanya...harum! Jadi, resepi yang digunting hanya resepi tertentu yang saya jumpa dari majalah-majalah yang kami beli. Tak banyak sangat pun majalah yang saya beli...sekarang baru mula koleksi mengumpul resepi dari majalah ni.

Hari ini, Isnin, 4 Julai...2011, saya masak bebola daging masak sos hitam. Rujukan utama saya berdasarkan salah …