Skip to main content

Kembali menceriakan diri

1 ogos 2009, hari ni ada jemputan kenduri kahwin di Temerloh. Jiran Cik Mah. Sepatutnya mak pergi sekali, tapi kesihatan diri mak yang tidak mengizinkan, maka saya dan adik-adik yang pergi. Berlima semuanya, saya, Harmaini, Arfan, Fathiah dan Aimi. Bertolak jam 8.30 pagi, tiba di Temerloh jam 11 lebih ...berlaku beberapa perkara sebelum tiba di Kenduri.
Seronok kendurinya sebab ada cendol. Hehehe. Tak makan pun tapi rasa meriah. Selesai makan minum,kami pulang.Tapi, huhuhu, rasa-rasanya sesat sebab tak jumpa highway yang sepatutnya.Apapun, perjalanan diteruskan dengan mengikut papan tanda ke Kuala Lumpur yang ada. Akhirnya tiba di Tol Lanchang.
Sepanjang perjalanan, Harmaini yang drive.Nak tukar , rasanye dia memamng tak lepaskan. Tiba di Tol Gombak lagi sakit ati..huhuhu.. road block. Sebelum tu dah road block kat Tol KArak.Aduh! memanglah sangat penat.Lagi penat Harmaini. Spenajang perjalanan, nak borak-borak pun penat...just dgr lagu , sembang-sembang gitu je..supaya Harmaini tak mengantuk.

Tiba di rumah jam 4 lebih..siap-sipa ke Pameran Bunga Taman. Mak nak ke sana.Dah penat duk rumah satu hari katanya..lagipun memamng kami nak ke sana.Just tunggu lampu Hijau.Hehehe.

Pameran Bunga Taman bermula 1 0g0s hingga 9 ogos 2009. Berlangsung di Tasik Percint 2 Putrajaya. Masa sampai tadi..orang dah mula ramai. Tahun lepas ramai jugak tapi kali ini terasa macam tempat yang disediakan sempit. Apa pun sempat jugak amik gambar.
ape tu?yang pasti Tapir ni penuh bunga.


bersama Mak...konon-konon macam kat air terjun.


Asif dan Sarah tengah wat ape tu?


Sempena pesta Bunga..ada orang Jual Kek penuh dengan Bunga.
Kek ni jugak lah saya Cadangb (tak semestinya) nak bagi dekat kawan-kawan yang akan kahwin tahun ni. hehehe.



Ini pula suasana di rimba. Aqim dan Asif berehat-santai.


Sebenarnye..ni temapt org jual bunga orkid.Tapi cantik, amik lah gambar.heheh


Kembali ceria..tak nangis dah.Hehehe. Kalau nangis lagi...



Antara cupcake yang dijual sempena pesta bunga


Pesta bunga kali ni..saya tak sempat abes bersiar-siar lagi. Penat sangat. Yang pasti ada banyak gerai jualan tahun ni.Oh ye..ade Belon Udara..tapi tak pasti berapa ringgit seorang. Kalau dating atas langit best jugak tu.Pastu kena panah petir.Hehehe. Nak ajak mak dating kat situlah. hehe.






Comments

nur husna said…
nur husna cute: ak pon nak dating gakla ngan pakwe ak yg berlambak2 neh.. yg p dgn no bape dlu ek.. cnfius nehh nak pilih ~

Popular posts from this blog

Rendang Ayam Terengganu

Assalamualaikum & salam sejahtera, 
Lagi dua minggu nak ke penghujung Ramadhan...perasaan rindu pada Ramadhan yang belum pergi ni sudah mula membuak buak. Wajib manfaatkan Ramadhan sepenuhnya agar rindu itu tidak sia sia. 
En suami telefon ayah mertua, memaklumkan rancangan raya kami tahun ni. "kami malam raya di rumah ayah. Ayam nanti saya bawak balik. Rendang biar Sarah yang masak. " .... Balas ayah, "Ayah nak makan rendang mak. Rempah semua cukup." 
Sayu rasa hati. Tahun ini tahun pertama  beraya tanpa ibu mertua. Al Fatihah buat mak. Bila en Suami memaklumkan tentang rendang itu, saya terus mencari resepi rendang terengganu. Mesti usahakan rendang terengganu. Tahun lepas, sewaktu raya haji,saya masak cara saya. Rendang Minang. Komen ayah, dah lama ayah tak makan rendang minang. Ayah orang Melaka. Masakannya pun ala minang. Apabila ayah menyatakan hasratnya mahu makan rendang mak, fahamlah saya...ayah rindukan mak. 
Setelah mencari cari resepi, akhirnya saya ber…

Resepi pantang @ pantang ada resepi! : Spaghetti lada hitam bersamakiub ayam

Assalamualaikum & salam sejahtera,

Alhamdulillah...dah hampir ke penghujung waktu berpantang. Tapi takda lah pula rasa kebebasan menelan/ makan apa saja bila tamat berpantang memikirkan Insyirah ( baby comel) kembung bila aku "silap" makan. 
Sepanjang berpantang, sudah dikenal pasti bahan makanan yang berangin yang boleh menyebabkan Insyirah kembung lepas menyusu. Lain orang lain badannya, tak semua kita sama. Yang ketara angin macam pulut tu memang aku tak makanlah. Terseksa wooo anak kembung ... Dia tentu lah tapi aku tak cukup tidur jadinya..dan tak boleh buat kerja. 
Antara yang telah dikenal pasti oleh aku sebagai bahan yang perlu berjaga jaga ialah Bawang Besar,  Lada/Cili dan Santan. Tiga ni pula fevret aku ..aduhai. Tapi bila dah habis berpantang nanti, sikit sikit aku makan, latih perut anak aku untuk terima tiga fevret aku ni. Mak aku ajar makan sikit sikit. 


Masa berpantang, pening gak kepala ...asyik makan nasi je. Nak juga makan spaghetti ke macaroni ke ...a…

Bebola daging masak sos hitam. Yummy!

Hobi terbaru saya sekarang ialah menggunting resepi dari majalah. Hahahaha. Hobi tambahan. Oh ye, mug saya dari Vietnam yang ori punya sudah sampai...mug vietnam yang hari tu,kata pakcik saya bukan ori...diimport dari negara lain dan dijual di Vietnam. Senyum lebar saya macam ni (^______________^ )bila dapat mug. Hahaha...terima kasih..terima kasih buat yang sudi menghadiahkan kepada saya. Nak makan apa? cakap je..nanti saya masakkan. hehehe.


Bebola daging sos hitam

Berbalik kepada hobi terbaru saya, sebelum resepi-resepi tu digunting, saya belek dulu dan kaji bahan-bahannya..boleh agak kesedapan dan keharumannya berdasarkan bahan yang digunakan. mmmm, aromanya...harum! Jadi, resepi yang digunting hanya resepi tertentu yang saya jumpa dari majalah-majalah yang kami beli. Tak banyak sangat pun majalah yang saya beli...sekarang baru mula koleksi mengumpul resepi dari majalah ni.

Hari ini, Isnin, 4 Julai...2011, saya masak bebola daging masak sos hitam. Rujukan utama saya berdasarkan salah …