Skip to main content

Seramik dan manusia

Kelas rekabentuk eksperimen baru -bru ini, kami banyak berkongsi cerita , pengalaman dan muhasabah diri bersama-sama.Sungguh saya mensyukuri nikmat Allah yang amat besar sekali apabila bersama-sama dalam kelas ini.

Kelas bermula seperti biasa,perbincangan demi perbincangan kami jalankan. Satu soalan telah ditanya oleh pensyarah kami,

Masak nasi guna periuk besi. Masak besi guna periuk apa? kenapa nak masak besi? untuk menghasilkan sesuatu , besi juga perlu berada dalam bentuk cair. Maka, masak besi guna periuk apa?

Jawapannya:

Ramai yang tahu,mungkin tak tahu. takpe.saya kongsikan bersama.

Masak besi guna periuk tembikar. Tembikar itu datang asasnya tanah. Bila kita masak nasi, kadangkala berkerak, kerak itu kita boleh bersihkan. Tapi bila leburkan besi, dia juga boleh berkerak, tetapi kerak itu payah untuk dibersihkan dan memerlukan haba yang amat tinggi.dan perkara ni menyebabkan modal pun besar sekali. Jadi...tembikar yang telah berkerak itu tidak boleh diguna. Tapi, adakah tembikar itu boleh dilebur?

Penghasilan Tembikar menjadikan ia satu bahan yang lain.Asasnya tanah liat. Tetapi bagaimana untuk meleburkan tembikar? Satu kajian telah dibuat... oleh satu jabatan kerajaan, tembikar tersebut dipecah-pecahkan dan dimasukkan dalam satu oven.Oven itu bukanlah oven bakar sebaliknya Oven yang menggunakan gelombang radio. Tembikar itu boleh lebur dengan menggunakan gelombang radio.

mengaitkan tentang manusia, kita berasal dari tanah.Sifat seramik itu juga ada terdapat pada manusia. Mengimbas sejarah, KaumThamud merupakan satu kaum yang mahir dalam pertukangan.Hasilnya masih kekal hingga sekarang jika kita lihat di Timur Tengah, hasil bangunan yang dibina di bukit-bukit. Kaum Thamud ini dikenakan bala oleh Allah s.w.t diatas keingkaran mereka. Sejarah membuktikan, tubuh mereka normal tetapi tulang di dalamnya hancur berkecai. hukuman yang ditimpa ke atas mereka tak silap adalah ribut taufan dan sebagaimana yang kita tahu, ribut itu mempunyai bunyinya tersendiri. (betulkan saya jika salah)

Kerna itu, bunyi ini memainkan peranan penting dalam kehidupan. Mengasuh diri dan anak-anak dengan bunyi kena berpada-pada. Justeru, kita amat sangat digalakkan membaca Al-Quran, suara yang kita dengar untuk kesihatan rohani dan jasmani kita sebenarnya. Sekurang-kurangnya dengarlah bacaan al-Quran. Kita juga digalakkan mendengar lagu-lagu berbentuk perjuangan dan bunyi-bunyian inilah yang memberikan semangat dan mempamerkan keadaan jiwa kita.

panjang lagi sebenarnya penceritaan antara kaitan seramik dan manusia. Lepas ni saya rakamlah perbincangan kelas. hehehe.

Comments

Popular posts from this blog

Rendang Ayam Terengganu

Assalamualaikum & salam sejahtera, 
Lagi dua minggu nak ke penghujung Ramadhan...perasaan rindu pada Ramadhan yang belum pergi ni sudah mula membuak buak. Wajib manfaatkan Ramadhan sepenuhnya agar rindu itu tidak sia sia. 
En suami telefon ayah mertua, memaklumkan rancangan raya kami tahun ni. "kami malam raya di rumah ayah. Ayam nanti saya bawak balik. Rendang biar Sarah yang masak. " .... Balas ayah, "Ayah nak makan rendang mak. Rempah semua cukup." 
Sayu rasa hati. Tahun ini tahun pertama  beraya tanpa ibu mertua. Al Fatihah buat mak. Bila en Suami memaklumkan tentang rendang itu, saya terus mencari resepi rendang terengganu. Mesti usahakan rendang terengganu. Tahun lepas, sewaktu raya haji,saya masak cara saya. Rendang Minang. Komen ayah, dah lama ayah tak makan rendang minang. Ayah orang Melaka. Masakannya pun ala minang. Apabila ayah menyatakan hasratnya mahu makan rendang mak, fahamlah saya...ayah rindukan mak. 
Setelah mencari cari resepi, akhirnya saya ber…

Resepi pantang @ pantang ada resepi! : Spaghetti lada hitam bersamakiub ayam

Assalamualaikum & salam sejahtera,

Alhamdulillah...dah hampir ke penghujung waktu berpantang. Tapi takda lah pula rasa kebebasan menelan/ makan apa saja bila tamat berpantang memikirkan Insyirah ( baby comel) kembung bila aku "silap" makan. 
Sepanjang berpantang, sudah dikenal pasti bahan makanan yang berangin yang boleh menyebabkan Insyirah kembung lepas menyusu. Lain orang lain badannya, tak semua kita sama. Yang ketara angin macam pulut tu memang aku tak makanlah. Terseksa wooo anak kembung ... Dia tentu lah tapi aku tak cukup tidur jadinya..dan tak boleh buat kerja. 
Antara yang telah dikenal pasti oleh aku sebagai bahan yang perlu berjaga jaga ialah Bawang Besar,  Lada/Cili dan Santan. Tiga ni pula fevret aku ..aduhai. Tapi bila dah habis berpantang nanti, sikit sikit aku makan, latih perut anak aku untuk terima tiga fevret aku ni. Mak aku ajar makan sikit sikit. 


Masa berpantang, pening gak kepala ...asyik makan nasi je. Nak juga makan spaghetti ke macaroni ke ...a…

Bebola daging masak sos hitam. Yummy!

Hobi terbaru saya sekarang ialah menggunting resepi dari majalah. Hahahaha. Hobi tambahan. Oh ye, mug saya dari Vietnam yang ori punya sudah sampai...mug vietnam yang hari tu,kata pakcik saya bukan ori...diimport dari negara lain dan dijual di Vietnam. Senyum lebar saya macam ni (^______________^ )bila dapat mug. Hahaha...terima kasih..terima kasih buat yang sudi menghadiahkan kepada saya. Nak makan apa? cakap je..nanti saya masakkan. hehehe.


Bebola daging sos hitam

Berbalik kepada hobi terbaru saya, sebelum resepi-resepi tu digunting, saya belek dulu dan kaji bahan-bahannya..boleh agak kesedapan dan keharumannya berdasarkan bahan yang digunakan. mmmm, aromanya...harum! Jadi, resepi yang digunting hanya resepi tertentu yang saya jumpa dari majalah-majalah yang kami beli. Tak banyak sangat pun majalah yang saya beli...sekarang baru mula koleksi mengumpul resepi dari majalah ni.

Hari ini, Isnin, 4 Julai...2011, saya masak bebola daging masak sos hitam. Rujukan utama saya berdasarkan salah …