Skip to main content

Posts

Showing posts from October, 2009

Kembara Korban 1430 H

KEMBARA KORBAN 1430H KE PHNOM PENH, KEMBOJA
Program kembara selama 5 hari 4 malam ini akan membawa anda ke Phnom Penh, Kemboja untuk merasai dan menyelami kehidupan masyarakat Islam di sana sambil melihat bagaimana proses korban dilaksanakan
Turut serta Kembara Korban kali ini ialah Ust Irwan Johari dan DJ Maslina dari ikim.fm. Untuk maklumat lanjut,layari http://www.ezqurban.org
Dengarkan juga slot Pengembara Muslim di ikim.fm setiap hari Rabu malam bermula jam 10.30 malam.


Kem Smart Quran II. Pendaftaran di buka sekarang

Pendaftaran untuk Kem Smart Quran II telah dibuka. Terhad untuk 100 orang sahaja. Maklumat lanjut Hubungi 013-6249318

( Kem Smart quran 2010, klik di sini )

Open House Zaisara

Bersama sahabat SMKA Pedas yang hadir

11 hb 10, 2009 - Sg Ramal Dalam, Kajang
Alhamdulillah..'Open House' Zaisara telah selesai dengan penuh kesyukuran. Banyak hikmah di sebaliknya. Antara menu yang disediakan...banyak.. Nasi Minyak,Ayam Masak Merah, Kari kuzi Kambing,Sup kambing, Nasi Impit, Satay Samuri, Speghetti, Roti Pizza, Kuih Bakar dan Kek Coklat Moist. Rasa macam banyak..hehehe.
Tetamu yang hadir adalah 200 orang tapi tanpa sedar. Majlis bermula jam 12 tgh hari hingga 11.00 malam. Antara yang hadir saudara mara, teman rapat, jiran tetangga, pengantin baru, pengantin lama, sahabat-sahabat SMKA Pedas, Sahabat-sahabat UKM, student UKM, dan juga artis ..(ada jugak artis dtg) tp yang ni lain dari yang lain..sebab dia datang makan je.nak suh nyanyi kena bayar. jadi makan je lah. ada juga yang tidak dapat hadir..tak mengapa. Terima kasih juga.
Di sebalik mengadakan open house ini..secara tidak langsung banyak nilai murni yang dapat saya kongsikan. Antaranya:
1. Semasa persiapan…

cemburu

bismillah pemula kalam... tak salah kan cemburu..tapi biarlah cemburu bertempat. Jangan kita cemburu perkara maksiat...tapi maksiat ni luas maksudnye..dan manusia yakni kita sering menidakkan maksud sebenar maksiat agar kita menikmatinya tanpa bersalah..betul ke?? Semoga kita dipayungi limpah kasih Ilahi dan dijauhkan dari kemungkaran ini...
Biarlah kita cemburu melihat teman-teman kita berjaya..berjaya yang bagaimana? pelbagai maksud di sebalik perkataan berjaya. dimudahkan di sini beberapa perkara.. berjaya kerana
1. teman kita menyambung pengajian lebih tinggi 2.teman kita mendapat kerja tetapi kita belum lagi 3.teman kita kaya raya dan bahagia menikmati rezeki yang diberi penuh kesyukuran 4.teman kita bahagia dengan dunia dan pilihan kehidupannya 5. dan segala kebaikkan yang teman kita peroleh
Perlu kita cemburu sebab di situ akan melahirkan motivasi kepada kita. kita perlu pandang pada perspektif yang positif bukan nya negatif. jangan jadikan cemburu itu dendam kesumat.. tetapi jadikan…

Temuduga terbuka fasilitator Kem Smart Quran

Temuduga Terbuka Fasilitator Kem Smart Quran

Sila emelkan resume kepada sarahazizul@yahoo.com dan hadir pada hari temuduga. atau bawa bersama pada hari temuduga berkenaan.
Siri 1
Tempat : Bilik Mesyuarat PMFST, FST, UKM (bawah DAM) Tarikh : 12 hb Oktober 2009 (12/10/09) Masa : 2.00 petang - 4.30 petang
Siri 2
Tempat : Bilik SR4.3, level 4, Kuliyah Ekonomi, UIA Tarikh : 14 hb Oktober 2009 (14/10/09) Masa : 9.00 malam - 11.00 malam
Sebarang maklumat lanjut , sila hubungi 013-6249318