Skip to main content

cemburu

bismillah pemula kalam... tak salah kan cemburu..tapi biarlah cemburu bertempat.
Jangan kita cemburu perkara maksiat...tapi maksiat ni luas maksudnye..dan manusia yakni kita sering menidakkan maksud sebenar maksiat agar kita menikmatinya tanpa bersalah..betul ke?? Semoga kita dipayungi limpah kasih Ilahi dan dijauhkan dari kemungkaran ini...

Biarlah kita cemburu melihat teman-teman kita berjaya..berjaya yang bagaimana? pelbagai maksud di sebalik perkataan berjaya. dimudahkan di sini beberapa perkara.. berjaya kerana

1. teman kita menyambung pengajian lebih tinggi
2.teman kita mendapat kerja tetapi kita belum lagi
3.teman kita kaya raya dan bahagia menikmati rezeki yang diberi penuh kesyukuran
4.teman kita bahagia dengan dunia dan pilihan kehidupannya
5. dan segala kebaikkan yang teman kita peroleh

Perlu kita cemburu sebab di situ akan melahirkan motivasi kepada kita. kita perlu pandang pada perspektif yang positif bukan nya negatif. jangan jadikan cemburu itu dendam kesumat.. tetapi jadikan motivasi penggerak semangat untuk kita teruskan matlamat dan pencapaian kita.

Namun..bila dikatakan cemburu..tak lari dari skop percintaan.. sahabat-sahabat, teman ku sayang.. saya juga mengambil peluang ini muhasabah diri.. cemburu biarlah pada tempatnya..janganlah kita cemburu melihat teman kita sudah berpunya tapi belum terikat kerna kita tahu yang lebih baik adalah percintaan selepas perkahwinan. Juga, cemburu lah anda kepada insan yang lain yang kita tahu rezeki yang dia nikmati itu adalah hasil usaha nya, penuh dengan keberkatan dan diredhai oleh Allah. dan sememangnya kita harus cemburu tentang itu.

Saya cemburu melihat teman-teman saya yang sudah berkerjaya, berkeluarga, sedang mengumpul harta akhirat dan saya amat mencemburuinya kerana saya tidak tahu adakah saya mampu mengumpul harta akhirat seperti mereka..??? cemburunya saya.

Yang pasti..saya mencemburui teman-teman saya yang bagi saya sudah ke hadapan dalam konteks fahaman saya dan saya jadikan mereka sebagai penguat semangat dan motivasi saya untuk saya teruskan kehidupan ini. Sungguh saya menyayangi kalian kerana Allah s.w.t . Tiap hari saya sayang kalian semua.

Video klip di bawah seolah tiada kait mengena dengan entri cemburu ini tetapi kerna saya cemburu tanda saya sayang kalian..every day I love you..kerana Allah

Comments

Popular posts from this blog

Rendang Ayam Terengganu

Assalamualaikum & salam sejahtera, 
Lagi dua minggu nak ke penghujung Ramadhan...perasaan rindu pada Ramadhan yang belum pergi ni sudah mula membuak buak. Wajib manfaatkan Ramadhan sepenuhnya agar rindu itu tidak sia sia. 
En suami telefon ayah mertua, memaklumkan rancangan raya kami tahun ni. "kami malam raya di rumah ayah. Ayam nanti saya bawak balik. Rendang biar Sarah yang masak. " .... Balas ayah, "Ayah nak makan rendang mak. Rempah semua cukup." 
Sayu rasa hati. Tahun ini tahun pertama  beraya tanpa ibu mertua. Al Fatihah buat mak. Bila en Suami memaklumkan tentang rendang itu, saya terus mencari resepi rendang terengganu. Mesti usahakan rendang terengganu. Tahun lepas, sewaktu raya haji,saya masak cara saya. Rendang Minang. Komen ayah, dah lama ayah tak makan rendang minang. Ayah orang Melaka. Masakannya pun ala minang. Apabila ayah menyatakan hasratnya mahu makan rendang mak, fahamlah saya...ayah rindukan mak. 
Setelah mencari cari resepi, akhirnya saya ber…

Resepi pantang @ pantang ada resepi! : Spaghetti lada hitam bersamakiub ayam

Assalamualaikum & salam sejahtera,

Alhamdulillah...dah hampir ke penghujung waktu berpantang. Tapi takda lah pula rasa kebebasan menelan/ makan apa saja bila tamat berpantang memikirkan Insyirah ( baby comel) kembung bila aku "silap" makan. 
Sepanjang berpantang, sudah dikenal pasti bahan makanan yang berangin yang boleh menyebabkan Insyirah kembung lepas menyusu. Lain orang lain badannya, tak semua kita sama. Yang ketara angin macam pulut tu memang aku tak makanlah. Terseksa wooo anak kembung ... Dia tentu lah tapi aku tak cukup tidur jadinya..dan tak boleh buat kerja. 
Antara yang telah dikenal pasti oleh aku sebagai bahan yang perlu berjaga jaga ialah Bawang Besar,  Lada/Cili dan Santan. Tiga ni pula fevret aku ..aduhai. Tapi bila dah habis berpantang nanti, sikit sikit aku makan, latih perut anak aku untuk terima tiga fevret aku ni. Mak aku ajar makan sikit sikit. 


Masa berpantang, pening gak kepala ...asyik makan nasi je. Nak juga makan spaghetti ke macaroni ke ...a…

Bebola daging masak sos hitam. Yummy!

Hobi terbaru saya sekarang ialah menggunting resepi dari majalah. Hahahaha. Hobi tambahan. Oh ye, mug saya dari Vietnam yang ori punya sudah sampai...mug vietnam yang hari tu,kata pakcik saya bukan ori...diimport dari negara lain dan dijual di Vietnam. Senyum lebar saya macam ni (^______________^ )bila dapat mug. Hahaha...terima kasih..terima kasih buat yang sudi menghadiahkan kepada saya. Nak makan apa? cakap je..nanti saya masakkan. hehehe.


Bebola daging sos hitam

Berbalik kepada hobi terbaru saya, sebelum resepi-resepi tu digunting, saya belek dulu dan kaji bahan-bahannya..boleh agak kesedapan dan keharumannya berdasarkan bahan yang digunakan. mmmm, aromanya...harum! Jadi, resepi yang digunting hanya resepi tertentu yang saya jumpa dari majalah-majalah yang kami beli. Tak banyak sangat pun majalah yang saya beli...sekarang baru mula koleksi mengumpul resepi dari majalah ni.

Hari ini, Isnin, 4 Julai...2011, saya masak bebola daging masak sos hitam. Rujukan utama saya berdasarkan salah …