Tuesday, October 13, 2009

Open House Zaisara


Bersama sahabat SMKA Pedas yang hadir


11 hb 10, 2009 - Sg Ramal Dalam, Kajang

Alhamdulillah..'Open House' Zaisara telah selesai dengan penuh kesyukuran. Banyak hikmah di sebaliknya. Antara menu yang disediakan...banyak.. Nasi Minyak,Ayam Masak Merah, Kari kuzi Kambing,Sup kambing, Nasi Impit, Satay Samuri, Speghetti, Roti Pizza, Kuih Bakar dan Kek Coklat Moist. Rasa macam banyak..hehehe.

Tetamu yang hadir adalah 200 orang tapi tanpa sedar. Majlis bermula jam 12 tgh hari hingga 11.00 malam. Antara yang hadir saudara mara, teman rapat, jiran tetangga, pengantin baru, pengantin lama, sahabat-sahabat SMKA Pedas, Sahabat-sahabat UKM, student UKM, dan juga artis ..(ada jugak artis dtg) tp yang ni lain dari yang lain..sebab dia datang makan je.nak suh nyanyi kena bayar. jadi makan je lah. ada juga yang tidak dapat hadir..tak mengapa. Terima kasih juga.

Di sebalik mengadakan open house ini..secara tidak langsung banyak nilai murni yang dapat saya kongsikan. Antaranya:

1. Semasa persiapan..hubungan ahli keluarga menjadi rapat
2. memerlukan perancangan peringkat demi peringkat ..bermula dari penghantaran jemputan, penyediaan menu, persiapan menu dan tempat serta sambutan.
3. secara tidak langsung, mengajar berorganisasi dan bersistem.
4. Hubungan bersama tetamu yang hadir..diraikan

Maaf andai ada yang terguris sewaktu majlis ini dilaksanakan. Selamat hari raya..masih sempat lagi..tapi yang utama...kami gembira dapat berkongsi cerita dan rasa menikmati juadah yang ada. Terima kasih.

3 comments:

sourplum said...

xdpt nk pegi hari tu
laen kali eh

rimbunanHati said...

mak tanya..awak di mana?? tertunggu juga dibuat nye..tapi ramai org dtg terus lupa.hohoho.maaf ye

sourplum said...

ms tu sy kt kelana jaya..
kt umh kwn

ssh cket klu nk pegi.
bukan ade transport pon