Skip to main content

Posts

Showing posts from November, 2009

kembara muslim...kembara qurban

Alhamdulillah, 29 hb November... tiba di malaysia pada jam 7.10 ptg dengan pesawat AK 275 dari Kemboja. Selepas tunggu semua peserta kembara qurban mendapatkan beg dan bersalam-salam..maka selesai lah sudah kembara qurban kali ini.
Kembara qurban yang saya sertai kali ini cukup berbeza..pertama kerana penganjurnya adalah IKIMfm dan disertai oleh dua dj yang mempunyai ramai peminat iaitu dj Erwan dan dj Maslina. Keduanya, saya bertindak sebgai urusetia program. Ketiga, bersama-sama dengan wartawan Anis dan jurugambarnye yang tak berhenti-henti tolong mengambil foto saya.chewah. Keempat, kenalan saya bertambah ramai tidak mengira usia dan pangkat. Malah ada abang hensem juga dalam kembara kali ini. Teeeeeeeeeeeeettttttt. Dan kelima, konsert Devotees dapat dijayakan lagi utk kali kedua dan penonton bertambah-tambah ramai.
Syukur pada Allah, setiap perjalanan yang kami tempuhi lancar dan dimudahkan urusan. Dua malam di kampung membantu memuhasabahkan diri dan menginsafi kelemhan diri yan…

Kembara Qurban ~ pengembaraan bakal bermula~

Urusetia Kembara Qurban

" Menyusuri Sejarah, Mengukuhkan Ukhuwah "

Tema Kembara Qurban tahun ini. Anjuran IKIMfm di bawah program Siri Pengembara Muslim terbitan Ust Erwan...urusetia EZ Qurban Sdn Bhd, dengan kerjasama majalah ANIS, Syihab Resources dan Devotees. Destinasi pengembaraan kali ini ke Negara Kemboja .

Insya Allah, kami akan bertolak pada 25 hb Nobember nanti. Sementara masih ada kelapangan untuk mengemaskini blog ini, saya ceritakan dulu perkembangan kami.

Bilangan peserta dan urusetia seramai hampir 50 orang akan memulakan satu pengemabraan yang diharapakn mengukuhkan ukhuwah antara dua negara.

Saya teruja kerana tahun ini saya masih berkesempatan untuk ke sana malah dapat tidur di kampung selama dua malam. setiap kali ke Kemboja, saya memang nak masuk kampung kerana suaana yang cukup berbeza dan mendamaikan. Penuh dengan keinsafan dan penuh kesyukuran menghirup udara segar kampung yang masih belum diusik pembangunan.

Pengembaraan bakal bermula dan doakan agar kami s…

Makanan laut di Pwtc. 3-6 november 2009

Usai peperiksaan hari ini, mak ajak saya pergi ke PWTC. Ada pameran makanan laut katanya. Bab makan-makan ni memang favourite.. bukan tang makan..tapi tang makan free..pastu makanan laut pulak tu. huhu. Dr dah pesan kurangkan makan makanan laut.. sensitif. hehe.
Produk Yong Tau Fu.. cantik disusun atas bot. Nyum Nyum

Sambal bilis ni boleh dimakan begitu sahaja. Sedap bila dimakan bersama nasi panas atau bubur. Hanya boleh didapati di pasaraya Giant.

Setiap kali saya hadir ke pameran pertanian... Udang karang antara yang utama di cari. Dan setiap kali itu..tidak pernah berjaya membelinya..katanya hanya untuk pameran... lagipun mahal sekilo RM 120.00. Duit bukan isu..boleh dicari..isunya..tolonglah jual. Takpe lah..nanti saya ke Sabah tak pun Sibu.. saya akan sampai juga ke sana utk dapatkan benda alah ni.

Ikan sejuk beku... ada ikan susu, ikan siakap dan lain-lain. Buatan Malaysia.. tapi tak dijual di sini. Kalau berminat..boleh dapatkan di South Africa dan Australia.. untuk eksport sahaja…

Cerita Qis

" Hello, boleh saya bercakap dengan Ustazah ? ", tanya si pemanggil itu ... " ya, boleh saya bantu ? ", jawab ku dengan keyakinan.Siapa lagi ustazah dalam pejabat ni, aku pun tak berapa nak ustazah...getus hati kecil ku.
" ustazah... saya nak masuk Islam. Boleh tolong tak ?", balas si pemanggil tersebut. Seorang gadis..suaranya serak basah..antara dengar dan tak dengar. Cakapnya berbisik. Seolah dalam sebuah bilik. Bukan warganegara sini. Loghat nya jelas menunjukkan dia orang seberang.
"Dengan siapa saya bercakap ye? dari mana ye? ", jawabku dalam keadaan terkejut dengan permintaan gadis tersebut.
" Nama saya Qis. Saya ada di Selatan. Saya ini orang gaji. Tuan saya bukan Islam. Saya juga bukan Islam. Saya dah lama nak masuk Islam. Saya tengok orang Islam nampak bahagia. tapi saya terseksa. saya selalu dengar radio Islam. Tapi sorok-sorok. Kalau Tuan tahu, dia marah. Tolong lah saya. saya sangat rindu. Saya rasa kosong. " ... panjang l…

salam sayang

Assalamualaikum..salam sayang... rindu hendak bercerita di blog ni. selalunya hanya menaikkan poster aktiviti terkini. Ditegur oleh seorang sahabat..bila lagi nak tulis entri baru.. walaupun tak berapa best..tapi kat sinilah kami berhubung .Mengetahui perkembangan masing-masing juga idea dan motivasi antara satu sama lain.

Insya Allah, esok mula exam... tiga hari berturut. ISO, TQM dan DOE (Design of Experiment) subjek-subjek yang akan saya hadapi.Semoga mudah urusan dan lapang dada sewaktu menjawab.

Hari ni, sempat saya menyinggah sebentar di masjid Negara..melihat perjalanan program kursus asas Al-Baghdadi. Hampir 170 orang yang hadir. alhamdulillah. Terasa sangat gembira melihat insan-insan hadir berusaha mempelajari Al-Quran . Namun, berlaku sesuatu...

Tetapi bukan kepada program. Lebih kepada atitude individu. Bagi saya, dalam membuat kerja..lebih - lebih lagi sememangnya diamanahkan dalam melaksanakan tugas...

1. fahami status dan kerja yang diberi
2. Bantu sahabat-sahabat lain yang …