Tuesday, November 3, 2009

Cerita Qis

" Hello, boleh saya bercakap dengan Ustazah ? ", tanya si pemanggil itu ... " ya, boleh saya bantu ? ", jawab ku dengan keyakinan.Siapa lagi ustazah dalam pejabat ni, aku pun tak berapa nak ustazah...getus hati kecil ku.

" ustazah... saya nak masuk Islam. Boleh tolong tak ?", balas si pemanggil tersebut. Seorang gadis..suaranya serak basah..antara dengar dan tak dengar. Cakapnya berbisik. Seolah dalam sebuah bilik. Bukan warganegara sini. Loghat nya jelas menunjukkan dia orang seberang.

"Dengan siapa saya bercakap ye? dari mana ye? ", jawabku dalam keadaan terkejut dengan permintaan gadis tersebut.

" Nama saya Qis. Saya ada di Selatan. Saya ini orang gaji. Tuan saya bukan Islam. Saya juga bukan Islam. Saya dah lama nak masuk Islam. Saya tengok orang Islam nampak bahagia. tapi saya terseksa. saya selalu dengar radio Islam. Tapi sorok-sorok. Kalau Tuan tahu, dia marah. Tolong lah saya. saya sangat rindu. Saya rasa kosong. " ... panjang lebar gadis itu menjawab soalan ku.

Bukan tak nak tolong..tapi aku di Utara.. dia di selatan. Takut juga kalau- kalau dia hanya setakat mengusik atau mengenakan sahaja. Sekarang ini bermacam cara untuk menjatuhkan Islam. dari sehalus- halus tindakan hingga sebesar-besar perbuatan. Bezanya.. adakah umat Islam sedar tentang hal itu.

Tapi aku sayu juga mendengar rintihan gadis tu. terselit keikhlasan dari luahannya. Malah bersungguh merayu. tumpah air mata ku tatkala mendengar ceritanya. Ya Allah..sungguh ku bersyukur dikurniakan nikmat Iman dan Islam.

" Kalau begitu, Tuan ada kat rumah tak? Minta izin keluar dari Tuan . Akak pergi ke Jabatan agama Islam Selatan. Nanti saya bagi alamat dan akak jumpa ustaz yang berkenaan. Boleh ye? saya jauh di Utara. Tapi saya akan tolong akak. Allah juga akan membantu " .. . ulas ku.

" Saya tak boleh keluar. Tuan tak bagi keluar. saya hanya boleh keluar dengan Puan kalau disuruh. Pernah rasa nak lari. Tapi saya takut. Tuan garang. Tapi saya lagi takut kalau tak sempat masuk Islam. Saya tak tahu dengan siapa saya minta tolong." kata Qis

" Kawan akak ada tak? di kawasan kejiranan tu ? Ada yang boleh tolong? " tanya aku dengan penuh harapan agar ada jalan untuknya.

" Ada tapi mereka takut. mereka bukan Islam. mereka tak bagi. " tersedu-sedu dia mengadu pada aku. Aku juga tersedu-sedu mendengar ceritanya. Tidak aku tahu cara yang bagaimana hendak ku tolong.

Namun, Allah Maha Berkuasa. Dia mengetahui hamba yang memerlukan pertolonganNya. Pada waktu itu juga, hati ku berdoa, " YA Allah, Kau bantu lah insan ini Ya Allah. Bantulah dia menuju cahaya Mu. Kau mudahkanlah urusannya . dan Kau tunjukkanlah jalan padaku..agar aku dapat membantu nya."

" Syukur , alhamdulillah..akak dikurniakan hidayah.Insya Allah ada jalan untuk kita. No telefon akak ni memang saya boleh hubungi kan? nanti saya akan maklumkan kepada pegawai Islam di Selatan untuk membantu akak. Mereka akan tolong akak. Akak jangan risau. Akak teruskan mendengar radio Islam. dan Yakin dengan bantuan Allah . Semoga akak dimudahkan urusan.", ulas ku selepas menarik nafas yang amat berat.

" Ya. Ya. ni no telefon saya. Saya hanya boleh guna bila Tuan tiada kat rumah. Saya sorok-sorok. Terima kasih ya dik. saya rasa sangat lapang bila mendengar nya. Terima kasih banyak adik. Nanti saya nak belajar mengaji. saya suka dengar lagu -lagu yang ada Allah itu di radio Islam. saya suka sangat. tapi saya lagi suka kalau saya masuk agama Allah. terima kasih ya dik. " jawab Qis. Sungguh ikhlas dia menyatakan hasratnya. Aku pula tak terkata. Syukur tiada henti. di bibir tak berhenti memuji kekuasaan Ilahi. Di hati...zikir tiada henti.

Selepas hampir sejam juga kami berbincang, dia meletakkan telefon. Tergambar satu kepuasan mungkin di pihaknya. Aku pula ada amanah yang belum selesai. Ku telefon sahabat di Selatan. ku maklumkan nama, alamat dan no telefonnya. Ku mohon dimudahkan urusan.

Kerna kesibukan di pejabat...peristiwa ini tidak ku endahkan. Selang seminggu, satu pesanan ringkas ku terima dari sahabat di Selatan . " Qasih, qis dah masuk Islam. Alhamdulillah. sangat lancar urusannya. Semua dah diuruskan oleh jabatan. Takbir! "

Takbir! tak berhenti aku bertakbir. tidak ku lupa tahmid dan tahlil. Syukur Alhamdulillah. Semoga Qis menjadi hamba yang solehah. Ya Allah, dengan nikmat Mu, Kau peliharalah dirinya agar terus di bawah naungan Mu."

3 comments:

mr cekodok said...

maha suci Allah.

kisah kamu ke sarah.tersentuh sy mendengarnya.

semakin ramai umat muhammad

rimbunanHati said...

kisah Qis .. =)

Anonymous said...

alhamdulillah.. tanpa awak sangka Allah memberi peluang kapada awak untuk menyebarkan Agamanya...Terharu akak mendengarnya :)