Monday, November 30, 2009

kembara muslim...kembara qurban

Alhamdulillah, 29 hb November... tiba di malaysia pada jam 7.10 ptg dengan pesawat AK 275 dari Kemboja. Selepas tunggu semua peserta kembara qurban mendapatkan beg dan bersalam-salam..maka selesai lah sudah kembara qurban kali ini.

Kembara qurban yang saya sertai kali ini cukup berbeza..pertama kerana penganjurnya adalah IKIMfm dan disertai oleh dua dj yang mempunyai ramai peminat iaitu dj Erwan dan dj Maslina.
Keduanya, saya bertindak sebgai urusetia program. Ketiga, bersama-sama dengan wartawan Anis dan jurugambarnye yang tak berhenti-henti tolong mengambil foto saya.chewah. Keempat, kenalan saya bertambah ramai tidak mengira usia dan pangkat. Malah ada abang hensem juga dalam kembara kali ini. Teeeeeeeeeeeeettttttt. Dan kelima, konsert Devotees dapat dijayakan lagi utk kali kedua dan penonton bertambah-tambah ramai.

Syukur pada Allah, setiap perjalanan yang kami tempuhi lancar dan dimudahkan urusan. Dua malam di kampung membantu memuhasabahkan diri dan menginsafi kelemhan diri yang sentiasa dilimpahi dengan kesenangan. Benar kata pujangga, jauh perjalanan, luas pandangan.

Kampung yang menjadi tempat kembara kali ini ialah Koh Thom ( Pulau Besar) dan Chroy Chong Wah. Malam Raya , kami menginap di Koh Thom..sangat sayu di hati mendengar takbir dilaungkan .teringat keluarga di Malaysia.

Koh Thom merupakan sebuah perkampungan nelayan dan antara perusahaan utamanya ialah Udang Galah yang sangat besar. hehe. tak berapa pasti apa nama udang tu tapi macam lobster.
Tiba di kampung pada petang kedua kembara, kami bersiar-siar melihat keadaan kampung. Pilu rasa hati melihat seorang saudara islam yang tinggal di sebuah rumah tak ubah seperti reban ayam. tinggal seorang dan tingkap serta pintunya tiada daun. dia juga tiada kekuatan utk menggerakkan kakinya dan terdampar di rumah kecil itu hampir sepuluh tahun.

Saya menahan air mata tapi tumpah juga apabila salah seorang peserta kembara, seorang jurutera lelaki, menangis melihat keadaan saudara kami itu.

- bersambung-

No comments: