Saturday, November 14, 2009

Kembara Qurban ~ pengembaraan bakal bermula~


Urusetia Kembara Qurban

" Menyusuri Sejarah, Mengukuhkan Ukhuwah "

Tema Kembara Qurban tahun ini. Anjuran IKIMfm di bawah program Siri Pengembara Muslim terbitan Ust Erwan...urusetia EZ Qurban Sdn Bhd, dengan kerjasama majalah ANIS, Syihab Resources dan Devotees. Destinasi pengembaraan kali ini ke Negara Kemboja .

Insya Allah, kami akan bertolak pada 25 hb Nobember nanti. Sementara masih ada kelapangan untuk mengemaskini blog ini, saya ceritakan dulu perkembangan kami.

Bilangan peserta dan urusetia seramai hampir 50 orang akan memulakan satu pengemabraan yang diharapakn mengukuhkan ukhuwah antara dua negara.

Saya teruja kerana tahun ini saya masih berkesempatan untuk ke sana malah dapat tidur di kampung selama dua malam. setiap kali ke Kemboja, saya memang nak masuk kampung kerana suaana yang cukup berbeza dan mendamaikan. Penuh dengan keinsafan dan penuh kesyukuran menghirup udara segar kampung yang masih belum diusik pembangunan.

Pengembaraan bakal bermula dan doakan agar kami selamat pergi dan selamat pulang.

1 comment:

Syah Segalanya Ada said...

salam..syah telah memulakan bisnes kecil2an...utk tau ape yg ade dlm bisnes,leh ar visit blog syah.. www.syahmanz.blogspot.com.... utk wanita pun ade..