Skip to main content

Makanan laut di Pwtc. 3-6 november 2009

Usai peperiksaan hari ini, mak ajak saya pergi ke PWTC. Ada pameran makanan laut katanya. Bab makan-makan ni memang favourite.. bukan tang makan..tapi tang makan free..pastu makanan laut pulak tu. huhu. Dr dah pesan kurangkan makan makanan laut.. sensitif. hehe.

Produk Yong Tau Fu.. cantik disusun atas bot. Nyum Nyum


Sambal bilis ni boleh dimakan begitu sahaja. Sedap bila dimakan bersama nasi panas atau bubur. Hanya boleh didapati di pasaraya Giant.


Setiap kali saya hadir ke pameran pertanian... Udang karang antara yang utama di cari. Dan setiap kali itu..tidak pernah berjaya membelinya..katanya hanya untuk pameran... lagipun mahal sekilo RM 120.00. Duit bukan isu..boleh dicari..isunya..tolonglah jual. Takpe lah..nanti saya ke Sabah tak pun Sibu.. saya akan sampai juga ke sana utk dapatkan benda alah ni.


Ikan sejuk beku... ada ikan susu, ikan siakap dan lain-lain. Buatan Malaysia.. tapi tak dijual di sini. Kalau berminat..boleh dapatkan di South Africa dan Australia.. untuk eksport sahaja. Wah! bumiputera yang berjaya.


Pemamer dari Thailand. Produk jualan ialah makanan yong tau fu. Halal tak? tanya seorang kawan yang baru dikenal di pameran tersebut.. Halal. Besar lagi logo dia. Promoternye orang Malaysia. Senang nak berkomunikasi.


Ini pula pemamer dari Aceh, Indonesia. Ada dendeng ikan, keropok tiram dll.


Sedang menikmati Otak-Otak segera. Sangat best. Dan kami adalah pembeli produk tersebut yg terakhir. Sedih pakcik tu sebab barang nya habis dijual. tak boleh nak tayang kat orang. Maaflah pakcik.


Kupang dari Johor. Antara yang dicari juga. Saya dah memang berangan-angan dengan kawan baik saya, Aqilah untuk ke Johor nak dapatkan Kupang, Kepah dan Kerang Besar di Johor bahru. Balik hari lagi tu. Tapi dah jumpa kat sini..kita tangguhkan dulu rancangan ni..Kena tidur sana jugak lah.penat.


Como Asli..logo produk. Como tu sempena nama Sungai Como di Tasik kenyir.Produknye ini ikan Patin. Hmm. tolong komen logonya. Bersama membantu bumiputra meningkatkan ekonomi negara.





Ini Ikan keli dalam tin. Ada tiga rasa..Tomato, Kari dan Cili. Produk ni boleh didapati di Mydin dan Giant. rasanya sama macam sardin. tapi dia ikan keli.


Banyak juga maklumat yang diperoleh untuk pameran kali ini. Duit juga banyak keluar. hehehe. untuk kajian di rumah. mengkaji pasaran hasil ternakan ikan. yang akhirnya ditamatkan riwayat di perut. hehehe. apa pun.. yang berkesempatan jangan lupa ke PWTC . hari jumaat.. 6 hb 11/09, dibuka untuk orang awam.



Comments

aqilah comey said…
sarah..nanti kite kene plan tow...kite plan g jb...p cr lokan..kerang...balik ari..or tdo...hehe...sy dah lame tak buke blog..update..
rimbunanHati said…
baik qilah comey. hahaha. banyak tak story saya update??? kali ni pergi kena ada duit banyak sebab nak tido sana... alang2 kita g singapore nak???
aqilah comey said…
hehehe..byk jugak post awak yang saya tak bace...sebab saya dah lame tak update blog...teruskan update post2 baru sebab saya pembaca setia...hahahaha...boleh..selagi pasport tak mati...(^0^)
Anonymous said…
Who knows where to download XRumer 5.0 Palladium?
Help, please. All recommend this program to effectively advertise on the Internet, this is the best program!

Popular posts from this blog

Rendang Ayam Terengganu

Assalamualaikum & salam sejahtera, 
Lagi dua minggu nak ke penghujung Ramadhan...perasaan rindu pada Ramadhan yang belum pergi ni sudah mula membuak buak. Wajib manfaatkan Ramadhan sepenuhnya agar rindu itu tidak sia sia. 
En suami telefon ayah mertua, memaklumkan rancangan raya kami tahun ni. "kami malam raya di rumah ayah. Ayam nanti saya bawak balik. Rendang biar Sarah yang masak. " .... Balas ayah, "Ayah nak makan rendang mak. Rempah semua cukup." 
Sayu rasa hati. Tahun ini tahun pertama  beraya tanpa ibu mertua. Al Fatihah buat mak. Bila en Suami memaklumkan tentang rendang itu, saya terus mencari resepi rendang terengganu. Mesti usahakan rendang terengganu. Tahun lepas, sewaktu raya haji,saya masak cara saya. Rendang Minang. Komen ayah, dah lama ayah tak makan rendang minang. Ayah orang Melaka. Masakannya pun ala minang. Apabila ayah menyatakan hasratnya mahu makan rendang mak, fahamlah saya...ayah rindukan mak. 
Setelah mencari cari resepi, akhirnya saya ber…

Resepi pantang @ pantang ada resepi! : Spaghetti lada hitam bersamakiub ayam

Assalamualaikum & salam sejahtera,

Alhamdulillah...dah hampir ke penghujung waktu berpantang. Tapi takda lah pula rasa kebebasan menelan/ makan apa saja bila tamat berpantang memikirkan Insyirah ( baby comel) kembung bila aku "silap" makan. 
Sepanjang berpantang, sudah dikenal pasti bahan makanan yang berangin yang boleh menyebabkan Insyirah kembung lepas menyusu. Lain orang lain badannya, tak semua kita sama. Yang ketara angin macam pulut tu memang aku tak makanlah. Terseksa wooo anak kembung ... Dia tentu lah tapi aku tak cukup tidur jadinya..dan tak boleh buat kerja. 
Antara yang telah dikenal pasti oleh aku sebagai bahan yang perlu berjaga jaga ialah Bawang Besar,  Lada/Cili dan Santan. Tiga ni pula fevret aku ..aduhai. Tapi bila dah habis berpantang nanti, sikit sikit aku makan, latih perut anak aku untuk terima tiga fevret aku ni. Mak aku ajar makan sikit sikit. 


Masa berpantang, pening gak kepala ...asyik makan nasi je. Nak juga makan spaghetti ke macaroni ke ...a…

Bebola daging masak sos hitam. Yummy!

Hobi terbaru saya sekarang ialah menggunting resepi dari majalah. Hahahaha. Hobi tambahan. Oh ye, mug saya dari Vietnam yang ori punya sudah sampai...mug vietnam yang hari tu,kata pakcik saya bukan ori...diimport dari negara lain dan dijual di Vietnam. Senyum lebar saya macam ni (^______________^ )bila dapat mug. Hahaha...terima kasih..terima kasih buat yang sudi menghadiahkan kepada saya. Nak makan apa? cakap je..nanti saya masakkan. hehehe.


Bebola daging sos hitam

Berbalik kepada hobi terbaru saya, sebelum resepi-resepi tu digunting, saya belek dulu dan kaji bahan-bahannya..boleh agak kesedapan dan keharumannya berdasarkan bahan yang digunakan. mmmm, aromanya...harum! Jadi, resepi yang digunting hanya resepi tertentu yang saya jumpa dari majalah-majalah yang kami beli. Tak banyak sangat pun majalah yang saya beli...sekarang baru mula koleksi mengumpul resepi dari majalah ni.

Hari ini, Isnin, 4 Julai...2011, saya masak bebola daging masak sos hitam. Rujukan utama saya berdasarkan salah …