Skip to main content

salam sayang

Assalamualaikum..salam sayang... rindu hendak bercerita di blog ni. selalunya hanya menaikkan poster aktiviti terkini. Ditegur oleh seorang sahabat..bila lagi nak tulis entri baru.. walaupun tak berapa best..tapi kat sinilah kami berhubung .Mengetahui perkembangan masing-masing juga idea dan motivasi antara satu sama lain.

Insya Allah, esok mula exam... tiga hari berturut. ISO, TQM dan DOE (Design of Experiment) subjek-subjek yang akan saya hadapi.Semoga mudah urusan dan lapang dada sewaktu menjawab.

Hari ni, sempat saya menyinggah sebentar di masjid Negara..melihat perjalanan program kursus asas Al-Baghdadi. Hampir 170 orang yang hadir. alhamdulillah. Terasa sangat gembira melihat insan-insan hadir berusaha mempelajari Al-Quran . Namun, berlaku sesuatu...

Tetapi bukan kepada program. Lebih kepada atitude individu. Bagi saya, dalam membuat kerja..lebih - lebih lagi sememangnya diamanahkan dalam melaksanakan tugas...

1. fahami status dan kerja yang diberi
2. Bantu sahabat-sahabat lain yang dalam kesibukkan
3. Meraikan para pelanggan dengan senyuman dan sopan santun
4. Berlapang dada dalam menerima nasihat dan teguran
5.Berusaha menjadi yang terbaik di kalangan yang terbaik
6. wujudkan perasaan gembira dan sayangi kerja

Namun..kita tak mampu menjadi sempurna..tetapi kita kena berusaha memberi yang terbaik dan menjadi yang terbaik. Kadangkala kita rasa kita cukup hebat... tetapi kita hendaklah bertanya kepada kwn dan rakan sekerja adakah kita membebankan atau memudahkan perjalanan kerja? kerna itu..di industri wujudnya penilaian kepada setiap pekerja sama ada dengan Balancescorecard atau yang digembar gemburkan sekarang KPI. Semuanya adalah berkaitan prestasi kerja dan individu. Bertujuan yang baik..bukan yang buruk.. hurmmmm

Entahlah...saya akan mula masuk kerja di sebuah pejabat yang akan sgt sibuk setiap kali raya haji. Masuk pada waktu yg memang sgt sesak. dalam keadaan kwn sekerja yang lain masih dlm proses latihan..dan saya yang akan melatih mereka. Satu tarbiyah diri. Chaiyok!

Comments

Popular posts from this blog

Rendang Ayam Terengganu

Assalamualaikum & salam sejahtera, 
Lagi dua minggu nak ke penghujung Ramadhan...perasaan rindu pada Ramadhan yang belum pergi ni sudah mula membuak buak. Wajib manfaatkan Ramadhan sepenuhnya agar rindu itu tidak sia sia. 
En suami telefon ayah mertua, memaklumkan rancangan raya kami tahun ni. "kami malam raya di rumah ayah. Ayam nanti saya bawak balik. Rendang biar Sarah yang masak. " .... Balas ayah, "Ayah nak makan rendang mak. Rempah semua cukup." 
Sayu rasa hati. Tahun ini tahun pertama  beraya tanpa ibu mertua. Al Fatihah buat mak. Bila en Suami memaklumkan tentang rendang itu, saya terus mencari resepi rendang terengganu. Mesti usahakan rendang terengganu. Tahun lepas, sewaktu raya haji,saya masak cara saya. Rendang Minang. Komen ayah, dah lama ayah tak makan rendang minang. Ayah orang Melaka. Masakannya pun ala minang. Apabila ayah menyatakan hasratnya mahu makan rendang mak, fahamlah saya...ayah rindukan mak. 
Setelah mencari cari resepi, akhirnya saya ber…

Resepi pantang @ pantang ada resepi! : Spaghetti lada hitam bersamakiub ayam

Assalamualaikum & salam sejahtera,

Alhamdulillah...dah hampir ke penghujung waktu berpantang. Tapi takda lah pula rasa kebebasan menelan/ makan apa saja bila tamat berpantang memikirkan Insyirah ( baby comel) kembung bila aku "silap" makan. 
Sepanjang berpantang, sudah dikenal pasti bahan makanan yang berangin yang boleh menyebabkan Insyirah kembung lepas menyusu. Lain orang lain badannya, tak semua kita sama. Yang ketara angin macam pulut tu memang aku tak makanlah. Terseksa wooo anak kembung ... Dia tentu lah tapi aku tak cukup tidur jadinya..dan tak boleh buat kerja. 
Antara yang telah dikenal pasti oleh aku sebagai bahan yang perlu berjaga jaga ialah Bawang Besar,  Lada/Cili dan Santan. Tiga ni pula fevret aku ..aduhai. Tapi bila dah habis berpantang nanti, sikit sikit aku makan, latih perut anak aku untuk terima tiga fevret aku ni. Mak aku ajar makan sikit sikit. 


Masa berpantang, pening gak kepala ...asyik makan nasi je. Nak juga makan spaghetti ke macaroni ke ...a…

Bebola daging masak sos hitam. Yummy!

Hobi terbaru saya sekarang ialah menggunting resepi dari majalah. Hahahaha. Hobi tambahan. Oh ye, mug saya dari Vietnam yang ori punya sudah sampai...mug vietnam yang hari tu,kata pakcik saya bukan ori...diimport dari negara lain dan dijual di Vietnam. Senyum lebar saya macam ni (^______________^ )bila dapat mug. Hahaha...terima kasih..terima kasih buat yang sudi menghadiahkan kepada saya. Nak makan apa? cakap je..nanti saya masakkan. hehehe.


Bebola daging sos hitam

Berbalik kepada hobi terbaru saya, sebelum resepi-resepi tu digunting, saya belek dulu dan kaji bahan-bahannya..boleh agak kesedapan dan keharumannya berdasarkan bahan yang digunakan. mmmm, aromanya...harum! Jadi, resepi yang digunting hanya resepi tertentu yang saya jumpa dari majalah-majalah yang kami beli. Tak banyak sangat pun majalah yang saya beli...sekarang baru mula koleksi mengumpul resepi dari majalah ni.

Hari ini, Isnin, 4 Julai...2011, saya masak bebola daging masak sos hitam. Rujukan utama saya berdasarkan salah …