Skip to main content

Posts

Showing posts from December, 2009

rancang hidup, rancang masa depan...dgn wang yg ciput...

Assalamualaikum...
28 hb Disember..kelas sarjana saya akan bermula..buat masa ini saya memenuhkan masa saya dengan menjahit baju adik-beradik perempuan saya, mak dan juga saya punya. Raya lepas kami tak sempat nak bergaya kerna tak sempat juga nak membeli atau membuat baju raya... tak de masalah pun...bar-baru ni saya dapat duit lebih sikit..maka saya telah mengajak ahli keluarga saya bershopping kain ela meraikan mereka. walau akhirnya mak dan saya yg menyiapkan semuanya.hehe,, biasalah tu.. Mengadap mesin jahit sepanjang masa memerlukan motivasi yang tinggi. lebih lebih lagi..dalam keadaan agak terkejar -kejar masa. Bagi meringankan sedikit bebanan mata dan minda..saya telah membeli satu buku yang saya rasa penulisannya sangat sempoi dan sgt membuka minda.. tp yelah..bagi mereka yang hendak membuka minda... buku ini sgt bagus utk dibaca dan dihayati.

Rancang hidup, rancang wang
Boleh didapati di MPH bookstore.
hmmm..bnyk perkara yang dikongsi dan banyak juga perkara yang menyebabkan sa…

kembali...

assalamualaikum...
sudah bersawang blog ni..dah lama tak berkongsi cerita....
Baru sahaja berjaya duduk di rumah kerna akan sambung belajar utk satu semester lagi..sem akhir sarjana.
kalau nk cerita memang banyak..dari kembara korban anjuran ikim.fm dan ezqurban...bersambung dengan kem smart quran..jalan-jalan bawa famili makan2 ... dan akhirnya kursus asas alBaghdadi di Perak.. setiapnya penuh dengan perkongsian....tapi tak sempat nak cerita di sini... belum lagi kenduri kahwin sahabat2, buat teman-teman yg mendirikan masjid..selamat pengantin baru.. alam seterusnya penuh dengan cabaran..tempuhilah dengan kesabaran dan kemanisan iman.
Nak sambung jahit baju..huhu..banyak baju sedang menanti utk dijahit... huhu.
jumpa lagi... salam sayang

kembara qurban 2

Air mata mengalir dalam diam...dan lidah kelu untuk berkata-kata melihat saudara islam tinggal di rumah yang serba kekurangan. Itulah yang dialami oleh para peserta kembara qurban kali ini yang dapat saya tafsirkan dari raut wajah mereka.

Menyambut hari raya di Koh Thom, Negeri Kandall, Kemboja terasa cukup sayu. Sarapan kami pagi itu roti perancis dan susu. Atas permintaan urusetia kerana nak merasa kehidupan masyarakat di kampung tersebut. Untung pagi itu kerana peserta diingatkan untuk membawa kuih raya sebagai makanan raya. alhamdulillah, semuanya dapat dinikmati dengan penuh kesyukuran.

Usai sarapan, solat hari raya...adat masyarakat Islam kemboja, Muslimah nya tidak solat di masjid tidak kira apa sahaja solat yang dilakukan termasuklah solat fardhu. namun, kami diberi peluang untuk solat raya bersama- sama dan mendengar khutbah raya versi bahasa Cham.Bacaan khutbahnya mendayu-dayu dan dibacanya dalam keadaan bersyair.. terlelap mata dibuatnya yang pasti sebab tak faham. hehe.

Selep…