Tuesday, December 1, 2009

kembara qurban 2

Air mata mengalir dalam diam...dan lidah kelu untuk berkata-kata melihat saudara islam tinggal di rumah yang serba kekurangan. Itulah yang dialami oleh para peserta kembara qurban kali ini yang dapat saya tafsirkan dari raut wajah mereka.

Menyambut hari raya di Koh Thom, Negeri Kandall, Kemboja terasa cukup sayu. Sarapan kami pagi itu roti perancis dan susu. Atas permintaan urusetia kerana nak merasa kehidupan masyarakat di kampung tersebut. Untung pagi itu kerana peserta diingatkan untuk membawa kuih raya sebagai makanan raya. alhamdulillah, semuanya dapat dinikmati dengan penuh kesyukuran.

Usai sarapan, solat hari raya...adat masyarakat Islam kemboja, Muslimah nya tidak solat di masjid tidak kira apa sahaja solat yang dilakukan termasuklah solat fardhu. namun, kami diberi peluang untuk solat raya bersama- sama dan mendengar khutbah raya versi bahasa Cham.Bacaan khutbahnya mendayu-dayu dan dibacanya dalam keadaan bersyair.. terlelap mata dibuatnya yang pasti sebab tak faham. hehe.

Selepas solat raya, kami bersedia untuk berkorban. 20 ekor lembu dan semua peserta kembara berpeluang melihat pengendalian korban yang dijalankan. Dan satu pengalaman baru buat saya, menguruskan korban tahun ini .

-sambung lagi-

p/s: tak syok nye..takde gambar...tapi gambar tgh otw ke kami. huhu

2 comments:

mr cekodok said...

bnyknye lembu korban..sy x sentuh pon dgg lembu kali ni.kne berpantang

rimbunanHati said...

kenapa kena berpantang? tak sihat ye?