Skip to main content

Posts

Showing posts from January, 2010

study di taman ~ satu proses pemahaman~

Saya betul-betul rasa tepu. Maaflah.Bukan saya menyerah kalah dalam hal ini, tetapi saya perlu menyusun jadual saya yang tidak tersusun. Semuanya di dalam kepala saya. Tidak tahu hendak ditumpahkan kemana. Hendak ditumpahkan tetapi rasa terlalu banyak lopongnya.

Saya luahkan pada sahabat baik saya, Aqilah dan juga beberapa orang sahabat baik saya. Mengharapkan ada idea atau cadangan untuk mengurangkan rasa tepu ini. Sebelum ini, saya sering berkongsi cerita dengan teman, tetapi untuk kali ini, segan rasanya..takut tak dilayan. Hehe.boleh pula fikir macam tu. Tapi bagi saya, saya kena fikir begitu sebab kita perlu memahami keadaan teman kita yang mungkin dalam ketepuan atau kelapangan.

Seorang sahabat mencadangkan agar bercuti di sebuah pulau yang terletak di utara,hmm, cadangan yang baik tapi ongkos tak berapa baik...budget saya sangat sikit. Belum ada pendapatan yang tetap untuk awal tahun ni...masih tunggang terbalik lagi.Hehehe.

Akhirnya, " Sarah, ahad ni kita pergi mana-mana te…

Masalah

Masalah...semua orang ada masalah..hatta budak kecil pun ada masalah. Masalah tak makan, masalah nak berteman bila bermain, masalah ke sekolah,masalah tak dapat minum susu dan segala macam masalah. Malah, Patrick, kawan baik Sponge Bob dalam siri kartun Sponge Bob Squarepants juga kadangkala ada masalah...masalah peribadi.


Masalah ini pelbagai jalan penyelesaiannya. Ada yang boleh diselesaikan dengan mudah, ada yang hanya setakat masalah., ada yang hanya dikongsi dan bercerita , masalah bukan lagi masalah. Namun, dalam memilih jalan penyelesaian yang terbaik untuk menyelesaikan masalah juga adalah salah satu masalah. Masalah itu hadir umpama air terjun, melimpah ruah, tetapi tidak pada penyelesaiannya.



Kerna itu, segala masalah semuanya dari Tuhan yang Esa,maka kita perlu kembali Nya. Mengadu dan memohon ..dan di situ juga adalah usaha. Masalah takkan selesai jika tiada usaha untuk menyelesaikannya.

Kebelakangan ini, saya mengalami masalah tertentu..masalah perasaan, ingin berkongsi deng…

Nasi Goreng Kampung

Hati dan perasaan ini melonjak-lonjak ingin memasak nasi goreng kampung terutama bila bahan utama nasi goreng kampung sudah diperoleh. Bahan utama dari seberang laut saya peroleh...terima kasih kepada Cik Nisa', makcik tersayang yang membawa nya dari Miri, Sarawak. Belacan Sarawak adalah bahan utama bagi saya untuk membuat nasi goreng kampung. Bagi saya, belacan yang bersih dan sedap akan menghasilkan makanan yang sedap. Lebih -lebih lagi, belacan yang saya peroleh ini adalah belacan buatan sendiri dan tidak dijual..sebaliknya untuk makan sendiri. Keluarga Cik Nisa' amat menjaga kebersihan makanan bermula dari pembuatan bahan mentahnya.



Untuk kali ini, saya kongsikan dua resepi nasi goreng kampung sesuai untuk mereka yang bujang, berkeluarga dan lapar...hehe.mudahnya..sesuai untuk semua.

Nasi Goreng Kampung

Bahan-bahan : Untuk makan seorang

2 ulas bawang putih ( diketuk)
cili api yang telah diblender ( kalau minat yang besar-besar, ketuk je..tak perlu blender)
Belacan Sarawak ( ini …

PhD angan - angan

Kad nama baru saya. Tapi yang PhD kat belakang tu saya tak letak yang betul punya sebab masih dalam proses permohonan lagi. Master pun dalam beberapa bulan lagi tamatlah pengajian saya. Harap nya, dapatlah saya letak PhD tersebut di kad nama saya ini. Tapi bukan PhD angan -angan , sebaliknya PhD dalam Kualiti ( Pengukuran Prestasi) .

Semoga angan -angan ini dapat saya capai. Selagi ada ruang dan peluang, Ya Allah, mudahanlah urusan hamba Mu ini.

Pemilik suara itu

Langkah dimula dengan gagah
Tatkala mendengar suara yang merdu
Mencari suara yang mengasyikkan itu
Kaki ku terus melangkah
Agar dapat bertemu si pemilik suara itu

Dalam samar pencarian
Suara itu semakin kejauhan
Adakah kerana kurang keikhlasan
Atau kerana niat ku yang bertentangan
Kerna itu Tuhan tidak mengizinkan
Pertemuan yang diharapkan dipenuhi kebahagiaan

Ku Insafi setiap yang berlaku
Dan mencari kekurangan diri
Menyesali sikap yang pentingkan diri
Terlupa suara yang didengari itu hak milik Ilahi
Terlupa yang sepatutnya niat dihati
adalah menggapai cinta Ilahi
barulah diri dan pemilik suara itu
dapat bertemu
Kerana Ilahi

sesungguhnya pemilik suara itu bukanlah insan itu
Tetapi Tuhan kepada insan itu
Ku jatuh hati pada insan itu
kerna kurniaan yang diberikan kepadanya
Lalu Tuhan mengingatkan
Cintalah kepada Nya
Nescaya hidup mu lebih bahagia

Ku akur pada perintah Tuhan
Cintaku hanya pada Dia
Yang Maha Esa
Yang Maha Berkuasa

Harus dimanakah ku letakkan insan itu?
Tuhan mengingatkan lagi
Semuanya Dia yang tentuka…

Kembara Ukhuwah ~ Surabaya~

Alhamdulillah, masih diberi peluang untuk menghirup nafas dan menjalani kehidupan yang penuh cabaran.

Insya Allah, bulan 3 nanti iaitu pada 13 - 15 hb Mac ini, Siri pengembara muslim anjuran IKIMfm diteruskan lagi dengan Kembara Ukhuwah ke Surabaya dengan kerjasama EZ Qurban Sdn Bhd.

Dan saya sekali lagi berpeluang menyertainya dan menguruskan kembara ini.

Bagi yang berminat , boleh hubungi EZ Qurban di talian 014-2104865 ... tempat terhad kepada 25 orang sahaja. Yuran Program adalah sebanyak RM 375 sahaja untuk makan minum, penginapan dan pengangkutan di Surabaya tidak termasuk tiket kapal terbang, pasport dan aiport tax di Surabaya

Insya Allah, antara pengisian ialah program Aqiqah bersama pelajar pesanteran dan menjejaki sejarah Wali Songo.

coklat,Chocolate,Chocolat

9 hb Januari 2010 - tadi selepas kelas di menara UOA, saya dan jiran sebelah rumah a.k.a girlfriend saya, Myzah... bergerak ke Mid Valley bagi memenuhi keperluan idea juga jiwa iaitu ke Pesta Coklat Malaysia 2010.

Hujung minggu memang ramai orang..ikutkan hati dan keselesaan, nak pandu kereta sendiri..tapi hari ini,kereta semua digunakan..dan nak mudahkan gerakan..naik pengangkutan awam..fuh memang lah ikan sardin.padat.padat.

Pada masa itu, mula memikir semula, tajuk projek penyelidikkan sama ada kajian kes di Zaisara enterprise atau perkhidmatan kualiti pengangkutan awam... bila dah jadi macam ikan sardin tu...macam -macam kelemahan yang nampak masa itu.Buat masa ini, setia pada yang satu..hati masih belum berubah. harap nya ada orang yang sudi mengambil no 2.

Semasa di Pesta coklat tersebut, tak banyak yang boleh dirasa. Sebelum kami bertolak, saya sudah berpesan pada Myzah, berhati-hati semasa nak rasa dan beli coklat kerana khuatir ada yang tidak halal. Umumnya, coklat itu boleh dik…

Dah 24 dah pun...

Eh..dah nak 24 dah umur saya.. kalian baru umur 23..sebab kalian lahir hujung tahun.
Saya pula lahir awal tahun. Namun, masuk tahun baru..meningkatlah umur. bukannya mengurang..cuma lambat atau cepat sahaja mencapai umur tersebut.

Tahun ini... sebenarnya dipengaruhi oleh perancangan dan juga aktiviti tahun lepas. Jadi , azam saya tahun ini..membuat dengan lebih baik agar tahun akan datang saya dapat menjadi yang lebih baik.

Namun, pada masa yang sama sering mengingatkan diri..umur kita tidak panjang. tak tahu bila akan bertemu kekasih yang ABADI. Sayu rasa hati...mengenangkan entah segala ibadah yang dilakukan setiap hari..mendapat tempat atau diterima oleh Allah s.w.t.

Tapi saya yakin, sesungguhnya Allah itu Maha Berkuasa.dan Dia tidak akan memungkiri janji-janji Nya. Teruskan berdoa agar setiap amalan diterima oleh Allah s.w.t

Mengimbas perkara yang telah berlaku pada tahun lepas... sangat terkesan di hati. Jujurnya, saya rasa sesuatu yang cukup berbeza tahun ini..entahlah..apa ye? saya…