Saturday, January 9, 2010

coklat,Chocolate,Chocolat

9 hb Januari 2010 - tadi selepas kelas di menara UOA, saya dan jiran sebelah rumah a.k.a girlfriend saya, Myzah... bergerak ke Mid Valley bagi memenuhi keperluan idea juga jiwa iaitu ke Pesta Coklat Malaysia 2010.

Hujung minggu memang ramai orang..ikutkan hati dan keselesaan, nak pandu kereta sendiri..tapi hari ini,kereta semua digunakan..dan nak mudahkan gerakan..naik pengangkutan awam..fuh memang lah ikan sardin.padat.padat.

Pada masa itu, mula memikir semula, tajuk projek penyelidikkan sama ada kajian kes di Zaisara enterprise atau perkhidmatan kualiti pengangkutan awam... bila dah jadi macam ikan sardin tu...macam -macam kelemahan yang nampak masa itu.Buat masa ini, setia pada yang satu..hati masih belum berubah. harap nya ada orang yang sudi mengambil no 2.

Semasa di Pesta coklat tersebut, tak banyak yang boleh dirasa. Sebelum kami bertolak, saya sudah berpesan pada Myzah, berhati-hati semasa nak rasa dan beli coklat kerana khuatir ada yang tidak halal. Umumnya, coklat itu boleh dikatakan halal, namun..trend coklat sekarang adalah jenis berinti..dan intinya itu kena berhati-hati. lagipun, saya agak sensetif dengan cara pembuatan dan juga orang yang membuat coklat tersebut. dari segi penampilan, agama dan kebersihan antara perkara utama yang saya nilai. tapi, untuk mendapatkan 100 % suci dan halal adalah susah, jadi yang yakin dihati, tawakal kepada Allah, yang itulah saya beli. =)



I Love you tooo.. sangat menarik lebih-lebih lagi hadiah buat yang istimewa.
tapi..akhirnya riwayatnya tamat di perut...Myzah beli utk org istimewa dia


sering saya jumpa jenama ini setiap kali pameran berkaitan makanan halal dan juga barangan buatan Malaysia..dan akhirnya saya beli..dan rasanya ada peningkatan dan sedap untuk dinikmati.Malah, mampu untuk menjadi pesaing kepada coklat2 jenama tertentu yang biasa di jual di pasaraya.


sangat menarik.Merakamkan kenangan indah bersama yang tersayang di atas kepingan coklat.


gambar dicetak di atas coklat dan boleh dimakan. sangat menarik..juga menarik untuk dijadikan hadiah buat adik-adik kecil. dalam kepala saya sekarang, terbayang macam-macam idea tapi tak tahu nak tumpahkan dimana.ohw!


Juga, gambar dicetak di atas coklat. Menarik.


antara Coklat dari Rusia..katanya bakal masuk pasaran Malaysia bulan depan.
Halal dan sememangnya Muslim yang membuatnya.


Bersama salah seorang pemamer dari Rusia. Sempat untuk bergambar dan berkenalan dengan si manis ini. cuma tak sempat nak bergambar dengan kawan lelaki nya.hehehe.


myzah bersama coklat yang sedap. Bangga dengan pencapaian anak tempatan. Sememangnya kita mampu menghasilkan produk yang sedap dan berkualiti cuma banyak kajian perlu dijalankan bagi memenuhi kehendak rakyat tempatan. dan juga modal. yang penting, keinginan untuk menceburkan diri dalam bidang yang berisiko ini amat penting. Saya pernah mengikuti kursus membuat coklat ...dan sempat juga mengajar beberapa orang ... untuk menjadikan salah satu produk Zaisara..memang ada dalam perancangan tetapi bukan dalam masa terdekat ini. ( alamak, tangan saya dah terliuk-liuk nak buat coklat..dalam kepala pun dah terbayang hasil nya..huhu..bila lah nak buat ni....sapa nak? orang request baru saya buat)

Sebelum kami balik, sempat singgah ke Pameran kereta atau jualan kereta di bahagian pameran sebelah coklat. Saya sememangnya meminati kereta..mungkin pengaruh adik-adik lelaki saya. Pertama yang saya cari ialah Honda Civic. sempat juga menyemak harga kereta kegemaran saya tu. selepas itu bersiar-siar melihat kereta mahal yang lain. Ada satu kereta yang tak mampu saya beli dalam masa 3 tahun ni, tapi selepas 3 tahun ni, kemungkinan besar, saya mampu untuk memilikinya .=) ( angan-angan dan cita-cita yang tinggi dan materialistik.huhu)


Myzah : wah! kak Sarah..cantik tu..hebat giler...yang ni ke yang akak nak tu?

saya : ha! yang ni lah Myzah. kalau akak panjang umur, murah rezeki, kaya berdentum-dentum, duit menimbun-nimbun..dapatlah akak beli kereta ni. tak beli pun..sewa pun jadilah.hahahaha

mak saya : Test drive pun tak pe. bukan orang tau pun. ( komen nya apabila saya bersembang dengannya di rumah)

Saya : hehehe.janji dapat naik kan mak. =)


inilah keretanya. Tak ingat lah apa namanya.tapi saya amik brochure dia.


Selesai sudah aktiviti saya hari ini... teruja melihat keadaan sekeliling...teruja juga melihat produk Malaysia dan teruja juga melihat kereta idaman. penuh keterujaan.
walaupun speak mata saya hilang..tapi itu tidak menghalang. semoga hari - hari seterusnya dipenuhi dengan penuh keberkatan.

1 comment:

Tasneem laa~ said...

naakkkkk!!!!
bile nk gi chocolate house nee... huhu~