Sunday, January 3, 2010

Dah 24 dah pun...

Eh..dah nak 24 dah umur saya.. kalian baru umur 23..sebab kalian lahir hujung tahun.
Saya pula lahir awal tahun. Namun, masuk tahun baru..meningkatlah umur. bukannya mengurang..cuma lambat atau cepat sahaja mencapai umur tersebut.

Tahun ini... sebenarnya dipengaruhi oleh perancangan dan juga aktiviti tahun lepas. Jadi , azam saya tahun ini..membuat dengan lebih baik agar tahun akan datang saya dapat menjadi yang lebih baik.

Namun, pada masa yang sama sering mengingatkan diri..umur kita tidak panjang. tak tahu bila akan bertemu kekasih yang ABADI. Sayu rasa hati...mengenangkan entah segala ibadah yang dilakukan setiap hari..mendapat tempat atau diterima oleh Allah s.w.t.

Tapi saya yakin, sesungguhnya Allah itu Maha Berkuasa.dan Dia tidak akan memungkiri janji-janji Nya. Teruskan berdoa agar setiap amalan diterima oleh Allah s.w.t

Mengimbas perkara yang telah berlaku pada tahun lepas... sangat terkesan di hati. Jujurnya, saya rasa sesuatu yang cukup berbeza tahun ini..entahlah..apa ye? saya pun tak pasti.
Tetapi ..hidup perlu diteruskan. Biar apa yang berlaku..semuanya ketentuan Ilahi. Semoga dirahmati dan diberkati.

Gangguan

ada sesuatu yang mengganggu fikiran saya..,tetapi bukanlah suatu bebanan. Cuma berasa lebih tanggungjawab. Saya sering muhasabah diri..adakah saya dapat menjejak kaki di syurga nanti...bagaimana dengan ahli keluarga saya..bagaimana pula dengan guru-guru saya..apatah lagi sahabat -sahabat saya..adakah kita dapat bersama-sama di Syurga kelak?

itulah persoalan yang sering berlegar di fikiran saya..setiap kali persoalan ni hadir..saya terus berdoa diampunkan dosa -dosa umat Islam dan ditempatkan di syurga abadi.

Tetapi..doa saya seorang tidak mencukupi...andai sahabat membaca entri ni..doakanlah kesejahteraan umat Islam seluruhnya..doakanlah sentiasa..teringat sahaja..terus doakan. Umat Islam itu bersaudara. buatlah yang terdaya untuk kesejahteraan saudara kita.

Muhammad

Muhammad..yang terpuji. Setiap kali saya mendengar nama Muhammad, terselit satu kerinduan di hati. Rindu yang amat sangat kepada baginda S.A.W. Malah, ketika bersama dengan sahabat-sahabat yang bernama Muhammad, setiap kali menyebut atau memanggil nama mereka (ketika berbual) ..rindu itu bertandang lagi.

Bila perasaan itu hadir...selawat ke atas junjungan tercinta di dalam hati. Kadang kala bergenang air mata...kerana menahan rindu. Tidak dapat saya tafsirkan bagaimana. Namun, saya sangat sedih....kerna penghayatan itu sangat kurang. tidak ramai umat baginda yang merasai perasaan itu. Malah...nama itu hanya dipandang sebagai nama.

Setiap kali, tahun baru, azam akan direnew. Maka, saya berharap dalam setiap azam kalian, selitkanlah matlamat ini iaitu meningkatkan kecintaan kepada Ilahi dan meningkatkat kerinduan kepada junjungan besar tercinta, Muhammad S.A.W.


Azam baru, nafas baru, matlamat baru, perancangan baru... hasilnya tidak tahu. dan sebaik -baik perancangan adalah daripada Allah s.w.t

1 comment:

ibn_hasbi said...

Satu entri yang cukup baik untuk dibaca. Walaupun sekadar luahan hati seorang insan kerdil. tapi mempunyai maksud yang mendalam.

susah nak cari insan sepertimu sekarang wahai sahabatku.
ramai orang yang kata sayangkan Nabinya Muhammad SAW, tapi masih tidak mahu mengikut sunnah baginda. cintakan Nabi, tapi masih tak tahu tentang nabi hatta, nama isteri nabi, anak nabi, ibu dan ayah nabi pun mereka tak tahu....

begitu juga bila sarah ungkitkan soal ibadah, kita sentiasa terfikir, adakah ibadat kita selama ini diterima atau sebaliknya...

ya Allah, tsabatkanlah hati kami dalam agamaMu dan selamatkan lah kami di dunia dan di akhirat.

kami tak layak untuk syurgaMu,
tapi kami tak sanggup untuk menahan siksa nerakaMu,
ampunkanlah segala dosa kami kerana sesungguhnya Engkau Maha Pengampun dosa-dosa besar.