Skip to main content

Masalah

Masalah...semua orang ada masalah..hatta budak kecil pun ada masalah. Masalah tak makan, masalah nak berteman bila bermain, masalah ke sekolah,masalah tak dapat minum susu dan segala macam masalah. Malah, Patrick, kawan baik Sponge Bob dalam siri kartun Sponge Bob Squarepants juga kadangkala ada masalah...masalah peribadi.


Masalah ini pelbagai jalan penyelesaiannya. Ada yang boleh diselesaikan dengan mudah, ada yang hanya setakat masalah., ada yang hanya dikongsi dan bercerita , masalah bukan lagi masalah. Namun, dalam memilih jalan penyelesaian yang terbaik untuk menyelesaikan masalah juga adalah salah satu masalah. Masalah itu hadir umpama air terjun, melimpah ruah, tetapi tidak pada penyelesaiannya.



Kerna itu, segala masalah semuanya dari Tuhan yang Esa,maka kita perlu kembali Nya. Mengadu dan memohon ..dan di situ juga adalah usaha. Masalah takkan selesai jika tiada usaha untuk menyelesaikannya.

Kebelakangan ini, saya mengalami masalah tertentu..masalah perasaan, ingin berkongsi dengan teman, bercerita dan bertukar fikiran itu pun dengan orang tertentu. Namun, saya pendam untuk meluah kerana memikirkan teman saya mungkin lebih bermasalah dari saya.

saya berusaha mencari memotivasikan diri saya dengan menyibukkan diri saya dengan pelbagai aktiviti..tetapi saya tak mampu menanggung bebanan ini. Hanya ingin bercerita tapi saya takut ditolak kebersediaan si pendengar untuk berkongsi bersama saya.

Namun, Tuhan yang satu tidak saya lupakan, setiap malam, tunduk menangis seorang diri, koreksi diri dan mencari motivasi di situ. Tapi, sungguh saya tak mampu...

Saya dapat rasa, saya kurang ceria semenjak dua ni, gelak tawa yang cukup hambar dan kurang ikhlas, menjadi serius dan kadangkala memandang remeh pada perkara yang penting. Teruknya rasa. Mungkin hati saya bermasalah... tidak dapat memproses jiwa dan perasaan dengan baik. Lebih-lebih lagi, hatilah tempat utama segala perasaan dan jiwa berkumpul, yang baik dan tidak baik. Mungkin benar kata si tua yang bijaksana ... hati mencerminkan diri manusia.



Tapi, saya akan terus berusaha menceriakan diri dan mencari penyelesaian masalah yang saya alami. ruang blog ini juga menjadi tempat saya meluah, sekurang-kurang nya untuk seketika , dapatlah saya mengurangkan beban yang ada. Doakan saya agar dapat meneruskan kehidupan ini dengan penuh ketabahan, keceriaan dan kenikmatan iman.

Saya juga mendoakan kesejahteraan kalian. Terima kasih atas sokongan.

Comments

Popular posts from this blog

Rendang Ayam Terengganu

Assalamualaikum & salam sejahtera, 
Lagi dua minggu nak ke penghujung Ramadhan...perasaan rindu pada Ramadhan yang belum pergi ni sudah mula membuak buak. Wajib manfaatkan Ramadhan sepenuhnya agar rindu itu tidak sia sia. 
En suami telefon ayah mertua, memaklumkan rancangan raya kami tahun ni. "kami malam raya di rumah ayah. Ayam nanti saya bawak balik. Rendang biar Sarah yang masak. " .... Balas ayah, "Ayah nak makan rendang mak. Rempah semua cukup." 
Sayu rasa hati. Tahun ini tahun pertama  beraya tanpa ibu mertua. Al Fatihah buat mak. Bila en Suami memaklumkan tentang rendang itu, saya terus mencari resepi rendang terengganu. Mesti usahakan rendang terengganu. Tahun lepas, sewaktu raya haji,saya masak cara saya. Rendang Minang. Komen ayah, dah lama ayah tak makan rendang minang. Ayah orang Melaka. Masakannya pun ala minang. Apabila ayah menyatakan hasratnya mahu makan rendang mak, fahamlah saya...ayah rindukan mak. 
Setelah mencari cari resepi, akhirnya saya ber…

Resepi pantang @ pantang ada resepi! : Spaghetti lada hitam bersamakiub ayam

Assalamualaikum & salam sejahtera,

Alhamdulillah...dah hampir ke penghujung waktu berpantang. Tapi takda lah pula rasa kebebasan menelan/ makan apa saja bila tamat berpantang memikirkan Insyirah ( baby comel) kembung bila aku "silap" makan. 
Sepanjang berpantang, sudah dikenal pasti bahan makanan yang berangin yang boleh menyebabkan Insyirah kembung lepas menyusu. Lain orang lain badannya, tak semua kita sama. Yang ketara angin macam pulut tu memang aku tak makanlah. Terseksa wooo anak kembung ... Dia tentu lah tapi aku tak cukup tidur jadinya..dan tak boleh buat kerja. 
Antara yang telah dikenal pasti oleh aku sebagai bahan yang perlu berjaga jaga ialah Bawang Besar,  Lada/Cili dan Santan. Tiga ni pula fevret aku ..aduhai. Tapi bila dah habis berpantang nanti, sikit sikit aku makan, latih perut anak aku untuk terima tiga fevret aku ni. Mak aku ajar makan sikit sikit. 


Masa berpantang, pening gak kepala ...asyik makan nasi je. Nak juga makan spaghetti ke macaroni ke ...a…

Bebola daging masak sos hitam. Yummy!

Hobi terbaru saya sekarang ialah menggunting resepi dari majalah. Hahahaha. Hobi tambahan. Oh ye, mug saya dari Vietnam yang ori punya sudah sampai...mug vietnam yang hari tu,kata pakcik saya bukan ori...diimport dari negara lain dan dijual di Vietnam. Senyum lebar saya macam ni (^______________^ )bila dapat mug. Hahaha...terima kasih..terima kasih buat yang sudi menghadiahkan kepada saya. Nak makan apa? cakap je..nanti saya masakkan. hehehe.


Bebola daging sos hitam

Berbalik kepada hobi terbaru saya, sebelum resepi-resepi tu digunting, saya belek dulu dan kaji bahan-bahannya..boleh agak kesedapan dan keharumannya berdasarkan bahan yang digunakan. mmmm, aromanya...harum! Jadi, resepi yang digunting hanya resepi tertentu yang saya jumpa dari majalah-majalah yang kami beli. Tak banyak sangat pun majalah yang saya beli...sekarang baru mula koleksi mengumpul resepi dari majalah ni.

Hari ini, Isnin, 4 Julai...2011, saya masak bebola daging masak sos hitam. Rujukan utama saya berdasarkan salah …