Tuesday, January 26, 2010

Nasi Goreng Kampung

Hati dan perasaan ini melonjak-lonjak ingin memasak nasi goreng kampung terutama bila bahan utama nasi goreng kampung sudah diperoleh. Bahan utama dari seberang laut saya peroleh...terima kasih kepada Cik Nisa', makcik tersayang yang membawa nya dari Miri, Sarawak. Belacan Sarawak adalah bahan utama bagi saya untuk membuat nasi goreng kampung. Bagi saya, belacan yang bersih dan sedap akan menghasilkan makanan yang sedap. Lebih -lebih lagi, belacan yang saya peroleh ini adalah belacan buatan sendiri dan tidak dijual..sebaliknya untuk makan sendiri. Keluarga Cik Nisa' amat menjaga kebersihan makanan bermula dari pembuatan bahan mentahnya.



Untuk kali ini, saya kongsikan dua resepi nasi goreng kampung sesuai untuk mereka yang bujang, berkeluarga dan lapar...hehe.mudahnya..sesuai untuk semua.

Nasi Goreng Kampung

Bahan-bahan : Untuk makan seorang

2 ulas bawang putih ( diketuk)
cili api yang telah diblender ( kalau minat yang besar-besar, ketuk je..tak perlu blender)
Belacan Sarawak ( ini bahan Utama. Power punya)
2 - 3 ketul daging ayam ( bergantung pada minat nak makan berapa banyak)
Sos Tiram
sayur kangkung ( batang dan daun diasingkan)
Nasi putih
Garam
Stok ikan bilis

Hiasan :

Ikan bilis goreng, bawang goreng, daun sup/bwg

cara memasak :

Panaskan 2 sudu makan minya masak, tumis bawang putih. kemudian masukkan secubit belacan dan tumis. Jika guna belacan yang biasa ,saya dipesan, belacan tu perlu dibakar terlebih dahulu. Belacan yang dicubit berdasarkan keinginan anda juga...cubittannya setengah saiz ibu jari anda. Jika rasa kurang umph, besarkan lagi cubitan belacan tersebut.Selepas itu, tumis pula cili api, masukkan ikut tahap pedas yang diingini. Selepas naik bau ( memang bau sangat harum hingga terbersin dan terbatuk ..itu tanda belacan memang power) , masukkan daging ayam. kacau hingga daging ayam masak, masukkan sos tiram satu sudu.

Kemudian, masukkan batang sayur kangkung, setelah layu...masukkan nasi putih semangkuk kecil atau secawan 1/2. Gaul rata. Jika dilihat masakkan kering, tambah sedikit minyak. Masukkan garam dan stok ikan bilis secukup rasa.

Akhir sekali, masukkan daun kangkung. kacau rata,daun layu, masak, tutup api.

Hiaslah nasi goreng kampung dengan ikan bilis goreng , bawang goreng dan daun hiasan.


Sos tiram yang digunakan bukan sahaja sebagai penambah rasa malah bertujuan untuk menghitamkan nasi goreng anda. jika terlebih sos nya..terlebih lah warna nasi anda.

Jika anda perasan, saya tidak memasukkan pak aji atau serbuk penambah rasa dalam resepi ini. Kerana memang saya tidak menggunakan alat-alat tersebut. Cukup stok ikan bilis sebagai perasa tambahan anda.


Nasi Kampung Sambal Belacan

Resepi ini sangat mudah ... seorang tauke kedai makan mengajar nya kepada emak. katanya...sedap sambal belacan, sedaplah nasi nya.

Bahan-bahan :

Sambal Belacan
Nasi putih

cara menyediakan :

Sambal belacan ditumis dengan api perlahan dan minyak yang sedikit, ( satu sudu makan ) tidak terlalu lama, hanya untuk menaikkan bau ..dan masukkan nasi putih, gaul rata. Masukkan sayur kangkung , gaul rata dan masak hingga daunnya layu. Hidangkan bersama ikan bilis goreng.Siaplah Nasi Goreng Kampung sambal Belacan.

Senang kan. Lagi senang tak payah goreng, gaul aje sambal belacan dengan nasi putih. gaul sekali ikin bilis yang telah digoreng. Hasilnya Nasi Kampung Sambal belacan.

No comments: