Monday, January 18, 2010

Pemilik suara itu

Langkah dimula dengan gagah
Tatkala mendengar suara yang merdu
Mencari suara yang mengasyikkan itu
Kaki ku terus melangkah
Agar dapat bertemu si pemilik suara itu

Dalam samar pencarian
Suara itu semakin kejauhan
Adakah kerana kurang keikhlasan
Atau kerana niat ku yang bertentangan
Kerna itu Tuhan tidak mengizinkan
Pertemuan yang diharapkan dipenuhi kebahagiaan

Ku Insafi setiap yang berlaku
Dan mencari kekurangan diri
Menyesali sikap yang pentingkan diri
Terlupa suara yang didengari itu hak milik Ilahi
Terlupa yang sepatutnya niat dihati
adalah menggapai cinta Ilahi
barulah diri dan pemilik suara itu
dapat bertemu
Kerana Ilahi

sesungguhnya pemilik suara itu bukanlah insan itu
Tetapi Tuhan kepada insan itu
Ku jatuh hati pada insan itu
kerna kurniaan yang diberikan kepadanya
Lalu Tuhan mengingatkan
Cintalah kepada Nya
Nescaya hidup mu lebih bahagia

Ku akur pada perintah Tuhan
Cintaku hanya pada Dia
Yang Maha Esa
Yang Maha Berkuasa

Harus dimanakah ku letakkan insan itu?
Tuhan mengingatkan lagi
Semuanya Dia yang tentukan
Dia lebih mengetahui apa yang terbaik untuk setiap insan

tersenyum sendiri
Cinta ini sungguh murni
Cinta kepada pemilik suara itu

4 comments:

HUDA AFIQAH HASHIM said...

Salam kembara sis... :)

Menginsafkan... kebahagiaan sebenar terletak pada cinta yang hakiki. Cinta 'itulah' yang mesti diburu, nescaya hadirlah kebahagiaan hakiki.
Syukron ya ukht.

Oh ya...layout baru yang cantek, sesuai dgn tema "Kedamaian Jiwa" ;-)

Salam sayang dr junior.

ibn_hasbi said...

salam rindu dari Johor...
Lama x baca tulisan sarah....
lama x kacar sarah,....

luahan ini sangat bermakna..'
terima kasih teman...

tulisan ini menginatkan diriku bahawa aku mempunyai tuhan yang memeliki segala-galanya.

Dia lebih berhak untuk di cintai daripada dia..

~ Sarah Azizul ~ said...

terima kasih...
luahan ni hadir dgn seikhlas hati..
harap sama-sama dapat memuhasabahkan diri
teruskan semangat...
hidup ini hanya sekali..gapailah kenikmatan iman dan kemanisan cinta hakiki

Sarah Azizul said...

saya sudah bertemu dengan insan itu..
Tuhan pemilik suara insan itu menemukan kami ...
Alhamdulillah. Tuhan maha Mengetahui