Skip to main content

study di taman ~ satu proses pemahaman~

Saya betul-betul rasa tepu. Maaflah.Bukan saya menyerah kalah dalam hal ini, tetapi saya perlu menyusun jadual saya yang tidak tersusun. Semuanya di dalam kepala saya. Tidak tahu hendak ditumpahkan kemana. Hendak ditumpahkan tetapi rasa terlalu banyak lopongnya.

Saya luahkan pada sahabat baik saya, Aqilah dan juga beberapa orang sahabat baik saya. Mengharapkan ada idea atau cadangan untuk mengurangkan rasa tepu ini. Sebelum ini, saya sering berkongsi cerita dengan teman, tetapi untuk kali ini, segan rasanya..takut tak dilayan. Hehe.boleh pula fikir macam tu. Tapi bagi saya, saya kena fikir begitu sebab kita perlu memahami keadaan teman kita yang mungkin dalam ketepuan atau kelapangan.

Seorang sahabat mencadangkan agar bercuti di sebuah pulau yang terletak di utara,hmm, cadangan yang baik tapi ongkos tak berapa baik...budget saya sangat sikit. Belum ada pendapatan yang tetap untuk awal tahun ni...masih tunggang terbalik lagi.Hehehe.

Akhirnya, " Sarah, ahad ni kita pergi mana-mana tempat yang ada meja kerusi , yang suasana dia redup, yang damai, kita study kat situ. sekurang-kurangnya, kita kena habiskan baca artikel kita yang bertimbun-timbun ni. (saya tambah sikit ekspresinya untuk menyampaikan maksud yang kami benar-benar perlu keluar dari B.B.B untuk seketika) " , cadang Aqilah.

Hari ini, ahad, 31 hb Januari 2010, sebelum bertolak, saya sediakan bekalan makanan untuk berkelah santai ~ mee goreng tomyam~ . Sambil-sambil tu, dalam kepala ligat berfikir, kemana lah nak berehat ni??

Bersiap-siap, saya jemput Aqilah di UKM, bersama adik saya, Asif, kami bertolak ke Putrajaya. Satu je tempat yang terlintas dalam kepala saya, keputusan perlu dibuat segera, kita ke Taman Botani.

Di taman botani, hampir 3 jam , kami menghabiskan masa di sini. Sekurang-kurangnya satu artikel yang wajib saya baca dan fahami, dapat saya telaah dalam keadaan yang sangat damai. Angin bertiup sekali sekala, burung berkicau mengikut rentaknya, bagaikan melodi yang mengiringi penghayatan saya malah otak saya ligat membaca. Tiada paksaan dalam memahami artikel tersebut. Sekurang-kurangnya, satu nikmat yang Allah s.w.t kurniakan, kami hayati bersama.

Khusyuknya membaca

Asif main air...

Masuk waktu Zohor, kami berhenti rehat. Bergerak ke Masjid Besi @ Masjid Sultan Mizan. Menunaikan solat Zohor di sana. Sekali lagi bersyukur pada Allah, atas nikmat kecerdikan yang dikurniaan kepada para pembangun yang membangunkan masjid tersebut. Syukur kami dapat menikmati ketenangan yang kami harapkan. Terima kasih Ya Allah, atas nikmat Mu.

Aqilah sangat gembira..di Masjid Besi




Satu kedamaian ~pemandangan dari dalam Masjid Besi~

Alhamdulillah, study di taman sangat memberangsangkan. Sekurang-kurangnya dapat saya kurangkan tahap tepu dalam kepala ini. Andai ada cadangan untuk mengurangkan ketepuan, maklumkan lah pada saya..janji sempoi sambil menelaah. =)

Comments

Popular posts from this blog

Resepi pantang @ pantang ada resepi! : Spaghetti lada hitam bersamakiub ayam

Assalamualaikum & salam sejahtera,

Alhamdulillah...dah hampir ke penghujung waktu berpantang. Tapi takda lah pula rasa kebebasan menelan/ makan apa saja bila tamat berpantang memikirkan Insyirah ( baby comel) kembung bila aku "silap" makan. 
Sepanjang berpantang, sudah dikenal pasti bahan makanan yang berangin yang boleh menyebabkan Insyirah kembung lepas menyusu. Lain orang lain badannya, tak semua kita sama. Yang ketara angin macam pulut tu memang aku tak makanlah. Terseksa wooo anak kembung ... Dia tentu lah tapi aku tak cukup tidur jadinya..dan tak boleh buat kerja. 
Antara yang telah dikenal pasti oleh aku sebagai bahan yang perlu berjaga jaga ialah Bawang Besar,  Lada/Cili dan Santan. Tiga ni pula fevret aku ..aduhai. Tapi bila dah habis berpantang nanti, sikit sikit aku makan, latih perut anak aku untuk terima tiga fevret aku ni. Mak aku ajar makan sikit sikit. 


Masa berpantang, pening gak kepala ...asyik makan nasi je. Nak juga makan spaghetti ke macaroni ke ...a…

Rendang Ayam Terengganu

Assalamualaikum & salam sejahtera, 
Lagi dua minggu nak ke penghujung Ramadhan...perasaan rindu pada Ramadhan yang belum pergi ni sudah mula membuak buak. Wajib manfaatkan Ramadhan sepenuhnya agar rindu itu tidak sia sia. 
En suami telefon ayah mertua, memaklumkan rancangan raya kami tahun ni. "kami malam raya di rumah ayah. Ayam nanti saya bawak balik. Rendang biar Sarah yang masak. " .... Balas ayah, "Ayah nak makan rendang mak. Rempah semua cukup." 
Sayu rasa hati. Tahun ini tahun pertama  beraya tanpa ibu mertua. Al Fatihah buat mak. Bila en Suami memaklumkan tentang rendang itu, saya terus mencari resepi rendang terengganu. Mesti usahakan rendang terengganu. Tahun lepas, sewaktu raya haji,saya masak cara saya. Rendang Minang. Komen ayah, dah lama ayah tak makan rendang minang. Ayah orang Melaka. Masakannya pun ala minang. Apabila ayah menyatakan hasratnya mahu makan rendang mak, fahamlah saya...ayah rindukan mak. 
Setelah mencari cari resepi, akhirnya saya ber…

Bubur Lambuk

Entri kali ini saya coretkan atas permintaan beberapa orang sahabat. Rasa baru je update blog sebelum ni..tapi takde masalah pun. Perkongsian adalah satu mahabbah.

Resepi bubur lambuk ni, mula-mula mohon maaf lah ye..anda perlu membuat kira-kira sendiri. Sebab saya tak bagi nisbah atau jumlah tertentu yang jelas. Pertama, kerana membuat bubur lambuk setahun sekali..kadangkala dua kali setahun. Kedua, setiap kali membuatnya memang masak untuk jumlah yang banyak. Jadi banyak guna nisbah untuk memasak bubur lambuk ni.

fuh! macam payah je..tapi jangan risau, rasanya SIOK sekali. =)

Resepi bubur lambuk

1 beras : 8 air
5 kg beras : 1 kg santan : 1 kg daging : 20 biji bawang besar
rempah sup + rempah kurma = 250 g
Stok ayam
garam
lada hitam ( jika minat)
bawang goreng
daun sup

Cara-caranya : masak beras dengan air dulu. Masak sehingga nasi menjadi hancur. jika menggunakan daging lembu sebagai rencah, masakkan daging lembu sekali bersama beras. Setelah nasi menjadi hancur, barulah masukkan santan, bawa…