Skip to main content

Posts

Showing posts from February, 2010

muhasabah hari lahir

comel nya dia... =)

" Senang ke nak kahwin? susah sebenarnya. Ingat senang ke. Nak mendapatkan pasangan yang menepati 4 ciri yang diceritakan Nabi tercinta bukan senang. Nak memenuhi ketenangan dan kedamaian hati dalam memilih pasangan pun bukan senang. Jadi senang ke nak kahwin ni? Susah kan.

Katalah dah kahwin, lepas kahwin, orang bertanya, dah ada isi ke perutnya? senang ke nak dapat anak? satu lagi masalah. Tak kahwin susah..dah kahwin pun susah. Dah kahwin, isu anak pula naik. Senang ke nak dapat anak ni? Jarang orang bertanya begitu. Mengimbas sejarah, Nabi Zakaria menunggu berpuluh-puluh tahun ..untuk mendapatkan anak, baginda berusaha dan berdoa sentiasa, sehinngalah umurnya menjengah ke usia yang sudah tua, barulah Nabi Zakaria dikurniakan anak. Nabi yang dipelihara Allah swt juga susah untuk mendapatkan anak, apatah lagi, kita manusia biasa ini.

Jadi bukan senang nak dapat anak sebenarnya. Bergantung kepada rezeki yang ditetapkan Allah dan juga usaha. Dah dapat anak, kita…

tenanglah diri...

Duhai hati, tenang lah dikau
melayani semua perasaan yang berlegar,
mengharungi segala emosi yang memenhui segenap ruang hati
yang dikurniakan oleh Ilahi,
sementara hadirnya Hidayah dari Yang Maha Pemberi.


Duhai diri, bersyukurlah dikau,
kepada Tuhan yang maha Esa,
kerna kau masih bernafas,
menghirup setiap udara yang ada,
menatap setiap wajah ceria di sekeliling mu,
sementara menanti disunting Ilahi.


Oh Tuhan ,
Ku mohon kekuatan,
andai apa yang dilalui oleh diri pada waktu ini,
adalah musibah juga dugaan,
atau balasan juga peringatan,
Kau tunjukkanlah jalan,
agar aku kuat menghadapinya,
juga tahu jalan mana harus ku laluinya
Kau berikanlah petunjuk kepada diri ini,
jika tamatnya indah, teguhkanlah hati dan diri menempuhinya,
jika tamatnya suram, bimbinglah aku ke jalan yang lebih tenteram.
Ku mohon pada Mu ya Muhaimin,
segala yang Kau tentukan ini, ku mohon keberkatan dan kerahmatan dalam setiapnya.


Ampunkan aku, Maafkan aku atas setiap salah silap ku.
perkenaankan permintaan hamba Mu ini,
Ku mohon redha Mu y…

Rugi jika terlepas menonton Adik-adikku

Cuti tahun baru cina tahun ni bagi saya, sangat bermakna. Pagi Selasa ( masih lagi cuti umum) , sementara nak menanti waktu untuk BBQ family, leka menonton Tv sambil mencari siaran yang dapat mengisi masa lapang yang ada. Sempat saya menonton rancangan program realiti Adik-adikku di TV 1. Terbitan JAKIM.

Program realiti TV Adik-adikku ini merupakan sebuarh rancangan realiti tv kanak-kanak dimana skopnya tertumpu kepada agama yang berkonsepkan hiburan dan ilmiah. Para peserta akan diajar dan dilatih untuk berpidato,bertaranum, azan dan juga nasyid.

Sebelum ini, sahabat-sahabat saya sering menonton tayangan gambar bertajuk Si Bunga ( kalau tak silap saya) dimana anak-anak kecil dari Indonesia yang petah berkata-kata, bercerita kisah nabi malah menyampaikan nasihat dan tazkirahnya dengan penuh penghayatan. Dan setiap kali mereka menonton tayangan ini, mereka pasti berbincang, kenapa tidak ada program atau rancangan seperti Si Bunga ini di Malaysia.

Sahabat-sahabat, tontonlah Adik-adikku in…

restoran saya ~angan-angan~

Pernah menonton drama Korea bertajuk Coffee Prince? Saya suka menonton drama itu kerana suka melihat suasana kedai nya. Malah, saya berangan-angan untuk membangunkan sebuah kedai kopi di sebelah rumah saya. Walaupun saya tak minum kopi, bukan kerana tidak minat, bau kopi itu sangat harum, tapi kerana badan saya tidak mampu menerima kafien yang ada walaupun sehirup, saya akan berdebar dengan kuat. Rupanya angan saya ini, juga diangankan oleh kedua ibu bapa saya, yang turut mengikuti drama siri Coffee Prince. Semuanya berangan untuk membuka sebuah kedai kopi yang santai.

Baru-baru ini, semasa saya menikmati makan malam di Food Court , Alamanda, saya terus membayangkan...


Andai saya mempunyai sebuah tempat, keluasan nya sama luas dengan food court Alamanda, yang pasti bumbungnya sangat tinggi, kerana sebahagian dari ruang itu, akan saya jadikan dua tingkat. Bahagian atasnya adalah pejabat yang mempunyai balkoni.Di mana balkoni tersebut akan menghadap ruang restoran bawah yang dapat diliha…