Tuesday, February 23, 2010

muhasabah hari lahir

comel nya dia... =)

" Senang ke nak kahwin? susah sebenarnya. Ingat senang ke. Nak mendapatkan pasangan yang menepati 4 ciri yang diceritakan Nabi tercinta bukan senang. Nak memenuhi ketenangan dan kedamaian hati dalam memilih pasangan pun bukan senang. Jadi senang ke nak kahwin ni? Susah kan.

Katalah dah kahwin, lepas kahwin, orang bertanya, dah ada isi ke perutnya? senang ke nak dapat anak? satu lagi masalah. Tak kahwin susah..dah kahwin pun susah. Dah kahwin, isu anak pula naik. Senang ke nak dapat anak ni? Jarang orang bertanya begitu. Mengimbas sejarah, Nabi Zakaria menunggu berpuluh-puluh tahun ..untuk mendapatkan anak, baginda berusaha dan berdoa sentiasa, sehinngalah umurnya menjengah ke usia yang sudah tua, barulah Nabi Zakaria dikurniakan anak. Nabi yang dipelihara Allah swt juga susah untuk mendapatkan anak, apatah lagi, kita manusia biasa ini.

Jadi bukan senang nak dapat anak sebenarnya. Bergantung kepada rezeki yang ditetapkan Allah dan juga usaha. Dah dapat anak, kita perlu bersyukur. bersyukur yang bagaimana? bersyukur dengan melaksanakan aqiqah ke atas anak kita . tanda syukur kepada Allah atas kurniaan yang diberikan. Tetapi nak buat aqiqah ni pun tak ramai yang sedar kepentingannya. Allah s.w.t tak minta banyak dari hambanya, Dia meminta hambaNya bersyukur atas kurniaan yang Dia berikan. Laksanakan aqiqah itu , adalah tanda syukur kita kepada Allah. " antara mukadimah yang saya dengar di radio IKIMfm yang memfokuskan tentang Aqiqah anak. ( saya jelaskan lebih agar lebih faham tentang situasi yang dimaksudkan dan lebih jelas apa yang hendak disampaikan)

Ustaz itu mengulas lagi , " setiap tahun kita menyambut kelahiran anak kita, buat parti hari jadi, berapa banyak duit habis.sekali buat , berapa ramai kita jemput. Tetapi Aqiqah hanya sekali seumur hidup. tanggungjawab setiap ibu bapa yang tidak ramai menyedarinya bahawa Aqiqah itu lebih bermakna dari party hari jadi anak sebenarnya. "

Hari ini, 23 februari 2010, saya genap 24 tahun secara rasmi nya, di surat beranak, no kad pengenalan dan lain-lain. Dah tua rupanya...umur bertambah..masakan berkurang.Sedikit parti hari jadi saya buat hari ini di rumah, tapi hanya orang sekeliling sahaja saya jemput. Kecil-kecilan. Tapi, party itu sebenarnya bukan party, sebaliknya, niat di hati adalah untuk menjamu ahli keluarga makan. Erti kata lain, membelanja mereka makan. Nak belanja di kedai, saya tak mampu lagi, maka saya masak untuk mereka. Masak dengan penuh kasih sayang dan doa dititipkan pada setiap masakkan agar sejahtera semuanya.

Merujuk kembali kepada ulasan berkaitan hari jadi, Iya, semua orang menyambut hari jadi nya setiap tahun tanda peringatan ibu yang melahirkan , ayah yang mendidik dan keluarga yang berkorban. Namun, sambutan itu sebaiknya biarlah ada niat yang bermakna, seperti sedekah, perkongsian ilmu dan lain-lain lagi.

Duduk makan bersama, akan menerbitkan rasa bahagia, lebih - lebih lagi makanan yang dinikmati lazat.Namun, jangan lah membazir dalam setiap sambutan itu. Ada benarnya kata Ustaz, sambutan hari jadi setiap tahun, ibadah Aqiqah anak belum tentu lagi terlaksana.

Tak salah menyambut, akan tetapi, dahulukan ibadah yang utama.juga sambutannya biarlah sederhana. Yang pasti, sambutan kali ini, saya muhasabah diri dengan pengisian Aqiqah anak dan parti hari jadi yang disampaikan ustaz itu.

Apapun, terima kasih sahabat-sahabat atas doa kalian, saya juga mendoakan kesejahteraan kita bersama, agar terus bersatu umat Islam ini dalam wadah perjuangan , agar ukhuwwah yang dijalinkan berkekalan hingga di Syurga.

Selamat hari lahir Sarah yang ke 24. semoga bahagia selalu dan dimudahkan urusan.

~hubungi EZQurban umtuk melaksanakan Aqiqah anak anda ~

6 comments:

tasneem said...

selamat hari lahir kak sarah~

sy tak tau ape nk ucap dan bg, cuma sy mendoakan kesejahteraan akak bermula saat ini sehingga ke akhirat kelak. moga2 tetap dlm nikmat iman dan islam. dan semoga semua impian, azam, harapan dan cita2 akak yg akak nyatakan td, tercapai. insyaAllah...

thanx a lot kak... kasih sayang yg akak tambahkn dlm masakan akak tu, terasa mengalir dlm badan sy. rindu je rasa kt akak. hehehe~

~ Sarah Azizul ~ said...

terima kasih Tasneem.Rindu ye..akak lagilah rindu.walaupun akak sentiasa mengarut.hehe.

pelangi said...

sarah..yes! u r my motivation!!

ibn_hasbi said...

Salam ukhuwwah. Mungkin sedikit perkongsian ilmu dari hamba yang dhaif yang masih dahagakan ilmu ini.

Apa yang kita buat setiap kali kita sambut hari lahir????
Biasanya kebanyakan orang akan buat party (potong kek)dll.

tapi kadang2 jarang orang terfikir untuk bersujud menyatakan kesyukuran kepada Allah SWT kerana sudi membenarkan kita hidup di dunia ini dan bersyukur atas segala nikmat yang dikurniakan yang tidak mungkin sekali dapat kita hitung.

kalau berkesempatan, solat sunat syukur dua rakaat. moga ada keberkatan daripa apa yang kita lakukan.

SELAMAT HARI LAHIR KE-24.

CikNa mama Tah comel said...

tak kiralah apa, tapi kuah spagheti tadi memang paling wow...

~ Sarah Azizul ~ said...

cik Na mama Tah comel :

siapa yang comel? mama Tah ke atau Tah? terima kasih hadiah baju tu...so malam ni pakai baju baru dr Terengganu.tayang kat semua.semua dengki.esp Husna.