Skip to main content

restoran saya ~angan-angan~

Pernah menonton drama Korea bertajuk Coffee Prince? Saya suka menonton drama itu kerana suka melihat suasana kedai nya. Malah, saya berangan-angan untuk membangunkan sebuah kedai kopi di sebelah rumah saya. Walaupun saya tak minum kopi, bukan kerana tidak minat, bau kopi itu sangat harum, tapi kerana badan saya tidak mampu menerima kafien yang ada walaupun sehirup, saya akan berdebar dengan kuat. Rupanya angan saya ini, juga diangankan oleh kedua ibu bapa saya, yang turut mengikuti drama siri Coffee Prince. Semuanya berangan untuk membuka sebuah kedai kopi yang santai.

Baru-baru ini, semasa saya menikmati makan malam di Food Court , Alamanda, saya terus membayangkan...


Andai saya mempunyai sebuah tempat, keluasan nya sama luas dengan food court Alamanda, yang pasti bumbungnya sangat tinggi, kerana sebahagian dari ruang itu, akan saya jadikan dua tingkat. Bahagian atasnya adalah pejabat yang mempunyai balkoni.Di mana balkoni tersebut akan menghadap ruang restoran bawah yang dapat dilihat suasana dari atas.

Kerana apa ye? idea saya ini dikritik oleh beberapa orang : tidak pernah orang buat begitu, pengunjung tak selesa kalau buat begitu, seolah macam diperhatikan. Itulah antara kritikan idea yang saya terima. Takpe,ada jawapannya. Pandangan dari atas bukan sahaja dapat melihat suasana yang wujud di restoran tersebut, malah dapat melihat sistem operasi restoran, Bukan itu sahaja, efisen para pekerja dapat dilihat dan peningkatan terhadap servis yang diberikan dapat ditingkatkan kerana situasi yang berlaku dapat difahami.

Lebih kurang begini pandangan dari balkoni pejabat melihat suasana restoran di bawah.

Pengunjung tak selesa? Saya membayangkan suasana restoran itu amat santai, seolah-olah terbuka kerana bumbungnya yang sangat tinggi. Selain itu,suasana kehijauan berasaskan alam diterapkan. Santai untuk bersama keluarga dan rakan -rakan..tetapi tidak untuk mereka yang berpacaran kerana restoran ini hanya dibuka untuk kumpulan sekurang-kurangnya 3 orang dan juga keluarga. Suasana yang santai diwujudkan agar pengunjung tidak perasan kehadiran pengurus yang memantau dari balkoni. Dan, ada kebarangkalian wujud keyakinan dan kepercayaan pengunjung terhadap pengurusan restoran kerana ada pemantauan bukan sahaja di peringkat ruang restoran ( Floor Manager juga dilantik) malah dari pandangan keseluruhan restoran.

Makanan bagaimana ya? Pastinya Ala Carte, Western dan juga tidak ketinggalan pelbagai jenis dessert yang lazat dan menyenangkan.

Buat masa ini, angan-angan saya sampai sini dulu... belum masuk lagi bagaimana pekerjanya,pengurusannya dan lain-lain. Nanti saya akan berangan-angan lagi. Dan akan menjadi kenyataan..sekurang-kurangnya, sebuah kedai kopi di sebelah rumah. Sambil menikmati minum kopi , menghayati kenikmatan Cheese cake atau tiramisu cake yang pastinya sedap dan halal.

Saya berangan kedai kopi itu seolah macam diatas...ruang terbuka

Mampukah angan-angan menjadi realiti seperti ini?

~ohw,saya berangan-angan lagi~

Comments

alqil said…
sarah...ohw...saya cadang awak buat 3 tingkat...bhg atas umah awak..tingkat 2 ofis..tingkat bawah skali kedai makan...kenapa tak angan-angan ni dteruskan...kite kene create sesuatu yg len dr len..tak macam kedai2 makan yg biasa kite tgk..contoh macam bakery dekat pusanika..saya rase bakery tu len sebab die ada suasana yg buat kite rase selesa...teruskan cita-cita~
saya tak berminat utk buat 3 tingkt dlm keadaan tingkat 3 adalh rumah saya. Sebab kurang privasi. cuba bayangkn, bakal anak2 saya yang menjerit2 (dlm proses pembesaran) lebih lebih lagi jika ada antara mereka yang mempunyai suara mcm speaker masjid sebab mengikut mak dia.Hehehe. Susah saya. Saya lebih prefer rumah bersebelahan dengan restoran saya, sekurang-kurangnya ada laman untuk mereka bermain. Terbayang dalam kepala saya, anak-anak meluahkan kreativiti mereka di restoran saya..pening kepala segala Chef di restoran tu..kalau yg dapat genetik rajin mengemas( saya rasa bakal suami saya genetik rajin mengemas) ..habis segala meja dan susun atur di ubah mengikut citarasa masing2.hehehe
Cik Na adik Kak Ton lawa said…
kalau kau bersih dari atas, hasil bersin tu nanti termasuk dalam makanan org yang dibawah. Kau kena tambah satu lapisan...antara ofis kau dan tempat org makan, macam lapisan Ozon. Supaya kau dan pekerja ofis boleh bersih, tapi ditapis dulu sebelum masuk dalam pinggan makanan dan gelas minuman pelanggan kau.
Anonymous said…
ehhe..part anak2 tu yg best! sy rasa elok troskan niat tuh..buat satu dinding tok anak2 awk "menabur" idea mereka sepuasnya..itu satu kreativiti;)
wah. cadngan cik na adik Kak ton Lawa ni sangat bagus. lebih meningkatkan kualiti dari sudut kebersihan makanan. boleh dapat pengiktirafan Haccp.
dafy said…
saya sokong rancangan sebegini! syabas tv1 buat program seperti ini.

Popular posts from this blog

Rendang Ayam Terengganu

Assalamualaikum & salam sejahtera, 
Lagi dua minggu nak ke penghujung Ramadhan...perasaan rindu pada Ramadhan yang belum pergi ni sudah mula membuak buak. Wajib manfaatkan Ramadhan sepenuhnya agar rindu itu tidak sia sia. 
En suami telefon ayah mertua, memaklumkan rancangan raya kami tahun ni. "kami malam raya di rumah ayah. Ayam nanti saya bawak balik. Rendang biar Sarah yang masak. " .... Balas ayah, "Ayah nak makan rendang mak. Rempah semua cukup." 
Sayu rasa hati. Tahun ini tahun pertama  beraya tanpa ibu mertua. Al Fatihah buat mak. Bila en Suami memaklumkan tentang rendang itu, saya terus mencari resepi rendang terengganu. Mesti usahakan rendang terengganu. Tahun lepas, sewaktu raya haji,saya masak cara saya. Rendang Minang. Komen ayah, dah lama ayah tak makan rendang minang. Ayah orang Melaka. Masakannya pun ala minang. Apabila ayah menyatakan hasratnya mahu makan rendang mak, fahamlah saya...ayah rindukan mak. 
Setelah mencari cari resepi, akhirnya saya ber…

Resepi pantang @ pantang ada resepi! : Spaghetti lada hitam bersamakiub ayam

Assalamualaikum & salam sejahtera,

Alhamdulillah...dah hampir ke penghujung waktu berpantang. Tapi takda lah pula rasa kebebasan menelan/ makan apa saja bila tamat berpantang memikirkan Insyirah ( baby comel) kembung bila aku "silap" makan. 
Sepanjang berpantang, sudah dikenal pasti bahan makanan yang berangin yang boleh menyebabkan Insyirah kembung lepas menyusu. Lain orang lain badannya, tak semua kita sama. Yang ketara angin macam pulut tu memang aku tak makanlah. Terseksa wooo anak kembung ... Dia tentu lah tapi aku tak cukup tidur jadinya..dan tak boleh buat kerja. 
Antara yang telah dikenal pasti oleh aku sebagai bahan yang perlu berjaga jaga ialah Bawang Besar,  Lada/Cili dan Santan. Tiga ni pula fevret aku ..aduhai. Tapi bila dah habis berpantang nanti, sikit sikit aku makan, latih perut anak aku untuk terima tiga fevret aku ni. Mak aku ajar makan sikit sikit. 


Masa berpantang, pening gak kepala ...asyik makan nasi je. Nak juga makan spaghetti ke macaroni ke ...a…

Bebola daging masak sos hitam. Yummy!

Hobi terbaru saya sekarang ialah menggunting resepi dari majalah. Hahahaha. Hobi tambahan. Oh ye, mug saya dari Vietnam yang ori punya sudah sampai...mug vietnam yang hari tu,kata pakcik saya bukan ori...diimport dari negara lain dan dijual di Vietnam. Senyum lebar saya macam ni (^______________^ )bila dapat mug. Hahaha...terima kasih..terima kasih buat yang sudi menghadiahkan kepada saya. Nak makan apa? cakap je..nanti saya masakkan. hehehe.


Bebola daging sos hitam

Berbalik kepada hobi terbaru saya, sebelum resepi-resepi tu digunting, saya belek dulu dan kaji bahan-bahannya..boleh agak kesedapan dan keharumannya berdasarkan bahan yang digunakan. mmmm, aromanya...harum! Jadi, resepi yang digunting hanya resepi tertentu yang saya jumpa dari majalah-majalah yang kami beli. Tak banyak sangat pun majalah yang saya beli...sekarang baru mula koleksi mengumpul resepi dari majalah ni.

Hari ini, Isnin, 4 Julai...2011, saya masak bebola daging masak sos hitam. Rujukan utama saya berdasarkan salah …