Monday, February 15, 2010

Rugi jika terlepas menonton Adik-adikku


Cuti tahun baru cina tahun ni bagi saya, sangat bermakna. Pagi Selasa ( masih lagi cuti umum) , sementara nak menanti waktu untuk BBQ family, leka menonton Tv sambil mencari siaran yang dapat mengisi masa lapang yang ada. Sempat saya menonton rancangan program realiti Adik-adikku di TV 1. Terbitan JAKIM.

Program realiti TV Adik-adikku ini merupakan sebuarh rancangan realiti tv kanak-kanak dimana skopnya tertumpu kepada agama yang berkonsepkan hiburan dan ilmiah. Para peserta akan diajar dan dilatih untuk berpidato,bertaranum, azan dan juga nasyid.

Sebelum ini, sahabat-sahabat saya sering menonton tayangan gambar bertajuk Si Bunga ( kalau tak silap saya) dimana anak-anak kecil dari Indonesia yang petah berkata-kata, bercerita kisah nabi malah menyampaikan nasihat dan tazkirahnya dengan penuh penghayatan. Dan setiap kali mereka menonton tayangan ini, mereka pasti berbincang, kenapa tidak ada program atau rancangan seperti Si Bunga ini di Malaysia.

Sahabat-sahabat, tontonlah Adik-adikku ini, dan berilah sokongan kepada program ini. Kita sudah mengorak langkah kehadapan dalam membentuk anak-anak kita seperti Si Bunga dari Indonesia itu.

"Rancangan realiti TV kanak- kanak ini merupakan satu aktiviti yang akan mengumpulkan 20 kanak- kanak berbakat, berkarisma kepimpinan yang terpilih di kalangan yang terbaik. Para peserta ini telah dididik selama sebulan di Institut Latihan Islam Malaysia (ILIM), Bangi dengan mendapat bimbingan dari Rais (Pengetua) iaitu Encik Farihin Abdul Fattah dan 5 orang Murabbi (pembimbing) iaitu Ustaz Mohd Farid Ravi bin Abdullah, Dr. Mohd Ridhuan Tee bin Abdullah, Ustaz Zamri bin Zainuldin, Ustaz Badrul Sani bin Baharudin dan Ustazah Asni binti Abu Mansor. Sesi bimbingan telah diadakan mulai 29 November 2009 hingga 23 Disember 2009.

Pada peringkat permulaan, seramai lebih daripada 400 orang peserta yang berumur antara 9 hingga 14 tahun telah menghadiri sesi uji bakat yang diadakan pada penghujung tahun yang lalu. Daripada jumlah tersebut, hanya 20 orang kanak- kanak sahaja yang terpilih. Tambah beliau lagi, seramai 6 orang peserta akan dipilih untuk mara ke peringkat akhir yang akan berlangsung pada 18 Mac 2010 ini di Dewan Serbaguna, Masjid Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Jalan Duta jam 9.00 malam disiarkan secara lansung menerusi TV1.

Rancangan realiti TV kanak- kanak ini akan disiarkan sebanyak 25 episod melalui TV1 dengan tempoh siaran bagi setiap episod adalah selama 30 minit. Pertandingan akan diadakan secara 5 pusingan iaitu Pusingan Pertama, Peringkat Suku Akhir, Peringkat Separuh Akhir 1, Peringkat Separuh Akhir 2 dan Peringkat Akhir.

Untuk ke peringkat akhir, seramai 20 orang peserta ADIK-ADIKKU akan berkampung semula untuk sesi latihan di Institut Latihan Islam Malaysia (ILIM), Bangi pada 13 - 16 Mac 2010 sebelum berpindah ke Masjid Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur bermula 16 - 19 Mac 2010. Walau bagaimanapun, hanya 6 orang peserta sahaja yang layak dan akan terpilih ke peringkat akhir.

Siaran Program Adik-adikku ini boleh ditonton setiap hari kecuali hujung minggu di TV1 bermula pada 15 Februari jam 6.30 hingga 7.00 petang, manakala siaran ulangannya pada keesokkan hari pada jam 9.30 hingga 10.00 pagi." - dipetik dari berita JAKIM.

Jangan Terlepas menonton Adik-adikku ya.Setiap hari jam 6.30 ptg di TV 1 kecuali hujung minggu. Saya nak masuk dalam jadual pertandingan akhir Adik-adikku supaya saya dapat hadir untuk memberi sokongan dan bangga dengan usaha yang dilakukan.

' Ikhlaskan diri mu di medan juang dakwah ini, pasti diri mu lebih menghargai dan dihargai'


8 comments:

ibn_hasbi said...

Salam ikhuwwah... Lama tak komen apa yang Sarah tulis nie... hehehe.. asyik komen orang aje... nak tulis sendiri malas... apa nak jadi dengan budak Fadhil nie? kan??/

saya baru aje tertengok iklan pasal prog nie kat RTM... Alhamdulilah satu langkah yang baik dan murni sudah dilakukan. Rancangan yang selama ni kita tunggu2kan... Akhirnya Allah memberi peluang kepada kita semua untuk bersama menghayatinya...

Semoga usaha yang baik dan murni ini mendapat sokongan dan dokongan yang baik dari semua pihak dan kita semua juga patut doakan agar lebih banyak program2 yang baik dan manfaat akan diwujudkan untuk menggantikan rancangan yang jelas melalaikan kita semua...

**p/s:- kalau tak silap saya, rancangan pidato kecil yang kat Indonesia tu namanya PILDACIL... dan Bunga adalah nama salah seorang pesertanya... Kalau saya salah tolong betulkan ya...

Anonymous said...

akak nak sangat tgok adik quyyum di episod satu tapi tak berkesempatan. tahu tak macammana akak boleh dapatkan slot tu?

~ Sarah Azizul ~ said...

saya tak pasti lah kak,kena tanya pihak RTM. takpun JAKIM. kalau ada peluang nanti saya cuba tanyakan. mana tau mungkin ada ulangan atau dalam internet kan.

ramaramaungu said...

salam alaik buat kak sarah.

sy berkesempatan mengikuti prog adik2ku sepanjang bercuti di Malaysia bulan februari lalu. tercari2 juga di youtube dan internet kalau2 ada video rakaman. dekat web page JAKIM pon tak diupload. macam yg akak ckp kat atas ni, kalau akak dapat bertanya pada pihak JAKIM atau RTM1,
jazikillahu khairan katsir. boleh saya panjang2kan pada akhawat yang ada kat bumi sakura ni. Selama ni hanya menonton Pencarian Daie Kecil dari tanah seberang.

Dari kami yang dahaga tarbiyyah di bumi asing ni, prog2 macam ni kat mesia amat bermakna supaya kami yakin kami tidak akan hilang tarbiyah bila pulang ke mesia nanti;)

~ Sarah Azizul ~ said...

Alhamdulillah, saya sudah menghubungi pihak Jakim. program ini merupakan yang pertama dan mereka amat mengharapakn cadangan dan komen daripada penonton atau orang ramai bagi meningkatan mutu kualiti dan juga siaran program ini.

Saya juga telah mengutarakan cadangan agar setiap episod yg telah ditayangkan dimuatnaikkan ke internet agar dapat ditonton oleh mereka yang tidak sempat mengikutinya di TV.

namun, respon dari seorang tidak cukup kuat untuk menggalakkan atau merealisasikan idea itu, maka saya berharap sahabat2 dan kwn2 sekalian agar dapat memebrikan komen dan harapan kepada pihak penerbit untuk kesejahteraan kita bersama. Sila ke
http://www.islam.gov.my/adik2ku/index.html
dan tinggalkan komen ada kepada webmaster bagi membantu rancangan ini.

Anonymous said...

Assalamualaikum...
Sy bg pihak penerbitan JAKIM mengucapkan tahniah di atas sokongan anda semua terhadap program baru terbitan kami ini Adik-Adikku.Bagi pengetahuan semua, pihak kami dalam usaha untuk meng"uploadkan" rancangan ini di youtube.Sebarang cadangan atau komen bolehlah dihantar terus kepada sy di suria4696@yahoo.com

Nur Suriawaty Abdul Nasir
JAKIM, Putrajaya

jumatrashid said...

Assalammualaikum...sangat terharu dan teruja jiwa ini bila menonton rancangan Adik-adikku terbitan RTM.Untuk pengetahuan anda,racangan ini telah mendapat sambutan yg amat meluas di Singapura.Sabas pada JAKIM.

Anonymous said...

salam.... adik-adikku memg best... tul2 mnusuk qalbu... alhamdulillah..., hrp2 ade lg terbitan jakim y sbgini akn dtg... amiinn..