Skip to main content

Posts

Showing posts from March, 2010

Terima kasih Mas, Mekasih ya Mbak ( siri 2)

Di depan Makam Maulana Malik Ibrahim


Selepas menziarahi makam Sunan Giri, kami bergerak ke Gersik untuk menziarahi makam Maulana Malik Ibrahim . Maulana Malik Ibrahim dikatakan ketua kepada wali songo. Di Masjid Agung Maulana malik Ibrahim, para peserta bersolat dan berehat seketika sebelum kami bergerak ke destinasi seterusnya.

Seterusnya kami ke Pulau Madura untuk menikmati makan Malam. Ke Pulau Madura , kami merentasi Jambatan pulau madura yang baru sahaja siap dibina sepanjang 7 kilometer. Umpama Jambatan Pulau Pinang. Sebelum jambatan tersebut dibina, penduduk Pulau Madura menggunakan bot atau feri sebagai pengangkutan utama ke darat. Orang Madura majoriti adalah Islam dan daya difahamkan orang madura merupakan antara penyumbang ekonomi terbesar kepada Surabaya.

Jambatan ke Pulau Madura

Warung Serpang - kedai makan malam pertama kami-

Tiba di Pulau Madura, kami makan di sebuah kedai tepi jalan... kedai tersebut sudah bersedia menyambut ketibaan kami. Makan Malam kami pada hari itu i…

Pelanggan yang emosi

entri kali ini rasanya penuh beremosi. Apa pun , saya rasa baik untuk dikongsikan bersama kerana saya yakin kita semua adalah pelanggan dan kita juga memberikan pelbagai perkhidmatan kepada para pelanggan sama ada menjual biskut, memberikan nasihat pembelian insuran, mengajar, menyelesaikan masalah rakyat dan pelbagai lagi masalah dan urusan lagi.

Kebiasaanya , setiap perkhidmatan yang kita gunakan akan mempunyai servis pelanggan dalam menyelesaikan masalah pelanggan tak kisahlah Astro, Telekom, Celcom, Maxis, Air Asia , MAS, TV3 dan pelbagai lagi jenis perkhidmatan yang biasa kita gunakan.

Pengalaman saya hari ini, saya cukup terkilan dengan sikap pekerja sebuah syarikat besar bertaraf antarabangsa yang dimiliki oleh Malaysia, saya mempunyai masalah dalam pembeliaan produknya. Saya diminta untuk menghubungi Customer Service .. dan Alhamdulillah, panggilan saya dilayan, kerana sebelum ini, panggilan saya tak dilayan..perkara biasa. kerana mereka sangat sibuk.Terima seadanya.

Selepas say…

Terima Kasih Mas, mekasih ya Mbak (siri 1)

Perjalanan ke Surabaya bersama rombongan pengembara Muslim IKIMfm bersempena Kembara Ukhuwwah merupakan antara pengalaman yang terindah dan manis untuk dikongsi bersama teman-teman.

Penerbangan ke Surabaya mengambil masa 2 jam 30 minit dari Kuala Lumpur. Sebaik tiba di Surabaya, kami disambut oleh urusetia , Ust Romly, yang sememangnya orang Surabaya. Juga disambut oleh seorang peserta kembara yang telah berada awal sehari di Surabaya iaitu Mejar Ahmad Shahabuddin, mejar pencen katanya.

Perjalanan diteruskan dengan mandaftar masuk di hotel Mesir, tempat kami menginap. Di sana, kami solat jamak Takdim dan juga makan tengah hari. Usai solat dan makan, maka bermulalah pengembaraan menyusuri perjuangan Wali Songo.

Makam Sunan Ampel, destinasi pertama kami. Untuk ke Makam Sunan Ampel, kami menyusuri kedai-kedai di bahu jalan... waduh, sudah rambang mata deh. Tiba di Makam Sunan Ampel, penziarah diminta membuka kasut. Beberapa adab menziarahi makam diingatkan oleh penjaga makam yang ada di …

Belanjalah saya takpun mereka

"Adlin, awak rindu tak adik awak? dah 4 tahun tak berjumpa, sekarang dia bersama dengan awak, mesti awak rindu kan?", tanya saya pada teman saya ...

respon si Adlin, " tak tahulah, sebab setiap hari saya telefon ahli keluarga saya,jadi rindu tu taklah terasa sangat cuma saya perasan dia terlalu kurus .... nasi yang saya makan , lagi banyak dari yang dia makan. Selalu lelaki makan banyak, tetapi, perempuan pula yang makan banyak, malu saya . Hehehe"

"Mungkin adik awak suka makan roti , cubalah awak belikan roti, tengok lah reaksinya.", saya membalas. Komen Adlin, " saya pun tak pasti, susah nak tahu dia suka makan apa, sebab dia sangat pendiam. Kalau nak belikan makanan pun , dia suruh saya yang pilih..dia terima sahaja."

Perbualan sewaktu kami sedang menunggu makanan yang dipesan di sebuah kedai makan di Batu Caves, Gombak.

Dari pengamatan saya, sebenarnya, dalam hal makan -makan ni juga memerlukan motivasi dalam memperoleh kebahagiaan. Isu makanan …

Berusaha!

Agak lama masa yang saya ambil untuk menyediakan diri bagi menyiapkan projek penyelidikkan saya. Kata emak saya, banyak sangat buat kerja orang lain sampai kerja sendiri tak siap-siap. Berminggu- minggu juga saya cuba mencari ruang untuk saya mendapatkan semangat dan diri saya di dalam menyiapkan projek penyelidikkan saya. Seolah -olah anak kecil yang sedang belajar bertatih dan berjalan..tetapi anak-anak kecil ini lebih bersemangat dari saya.

Bukanlah mudah sebenarnya,mungkin bagi sesetengah orang, dilihat mudah. Kata seoarang guru, setiap pelajaran dan pendidikan serta kaedah penerimaan sesuatu pelajaran bagi setiap orang berbeza malah juga bergantung pada minatnya. Bukan saya tidak minat, tetapi kelemahan yang ada pada diri ini yang sememangnya saya akui, saya tidak mampu memegang dua amanah yang besar pada hemat saya dalam satu masa. Sungguh saya tak mampu, fokus saya akan sentiasa berlari ke hulu dan ke hilir.

Lewat malam tadi, saya bersembang dan mendengar luahan penyejuk hati s…