Skip to main content

Belanjalah saya takpun mereka


"Adlin, awak rindu tak adik awak? dah 4 tahun tak berjumpa, sekarang dia bersama dengan awak, mesti awak rindu kan?", tanya saya pada teman saya ...

respon si Adlin, " tak tahulah, sebab setiap hari saya telefon ahli keluarga saya,jadi rindu tu taklah terasa sangat cuma saya perasan dia terlalu kurus .... nasi yang saya makan , lagi banyak dari yang dia makan. Selalu lelaki makan banyak, tetapi, perempuan pula yang makan banyak, malu saya . Hehehe"

"Mungkin adik awak suka makan roti , cubalah awak belikan roti, tengok lah reaksinya.", saya membalas. Komen Adlin, " saya pun tak pasti, susah nak tahu dia suka makan apa, sebab dia sangat pendiam. Kalau nak belikan makanan pun , dia suruh saya yang pilih..dia terima sahaja."

Perbualan sewaktu kami sedang menunggu makanan yang dipesan di sebuah kedai makan di Batu Caves, Gombak.

Dari pengamatan saya, sebenarnya, dalam hal makan -makan ni juga memerlukan motivasi dalam memperoleh kebahagiaan. Isu makanan ini bunyinya macam remeh, tetapi memainkan peranan yang besar dalam kehidupan setiap individu.

Kita gembira apabila mendapat makanan yang kita inginkan, kita meraikan seseorang dengan menyediakan makanan, kita mengisi kesedihan juga dengan makanan, kita berkongsi cerita sambil kita makan, si anak tidak sabar pulang ke rumah untuk menikmati masakan ibunya, si suami juga tidak sabar pulang tengah hari atau pulang kerja untuk menikmati makanan yang disediakan oleh isterinya , tuntasnya, makanan ini menceriakan.

Kembali pada Adlin, saya memberi cadangan, " Adlin, apa kata awak belanja adik awak ? Awak katakan padanya, hari ini awak nak makan apa, akak belanja..tapi Adlin, awak kena bersedia dalam keadaan berduit lah..dibuatnya adik awak minta Chicken Chop Delifrance , jenuh jugak dibuatnya kalau waktu tu poket tengah kering ."

" Tapi kan Sarah, selama ini pun, saya yang menanggung makan minum dia, kenapa pula nak belanja dia..kalau ikutkan, hari-hari saya belanja dia makan",balas adlin.

" hehehe, inilah hikmah nya belanja..sama seperti memberi hadiah. belanja tak perlukan sebab sangat bahagia, apatah lagi memberi hadiah, akan membuatkan teman kita atau keluarga kita gembira. Bukankah Islam menuntut umatnya membahagiakan ahli keluarga dan sahabat-sahabat? . Tanggungjawab tu lain, belanja ni lain, walaupun keluar dari poket yang sama. Cuba awak lihat ye, sebuah keluarga, Ayah sememangnya memberikan duit kepada ibu untuk belanja dapur setiap bulan..itu tanggungjawab ayah. namun, kadangkala, dia akan memberitahu kepada isterinya, hari ini saya nak belanja semua, minta lah nak makan apa atau nak barang apa... suasana rumah itu menjadi sangat berbeza iaitu lebih meriah dan lebih bahagia. Belanja lah kata.Malah, adik beradik pun belanja sesama dia, dan itu menerbitkan kegembiraan di hati masing-masing, tak ubah seperti menerima hadiah."

Kembali kepada masalah adik Adlin, apabila awak belanja adik awak nanti, awak boleh tahu apa yang dia minat atau suka makan...lepas tu boleh lah awak masak untuk dia untuk masa-masa akan datang. Kalaupun dia menolak untuk membuat keputusan iaitu untuk memilih apa yang hendak dimakan... tapi awak kena paksa dengan LEMAH LEMBUT..sebab mungkin dia seorang yang sukar membuat keputusan dan memerlukan masa.

Justeru, siapa nak belanja saya? =)

Comments

Popular posts from this blog

Rendang Ayam Terengganu

Assalamualaikum & salam sejahtera, 
Lagi dua minggu nak ke penghujung Ramadhan...perasaan rindu pada Ramadhan yang belum pergi ni sudah mula membuak buak. Wajib manfaatkan Ramadhan sepenuhnya agar rindu itu tidak sia sia. 
En suami telefon ayah mertua, memaklumkan rancangan raya kami tahun ni. "kami malam raya di rumah ayah. Ayam nanti saya bawak balik. Rendang biar Sarah yang masak. " .... Balas ayah, "Ayah nak makan rendang mak. Rempah semua cukup." 
Sayu rasa hati. Tahun ini tahun pertama  beraya tanpa ibu mertua. Al Fatihah buat mak. Bila en Suami memaklumkan tentang rendang itu, saya terus mencari resepi rendang terengganu. Mesti usahakan rendang terengganu. Tahun lepas, sewaktu raya haji,saya masak cara saya. Rendang Minang. Komen ayah, dah lama ayah tak makan rendang minang. Ayah orang Melaka. Masakannya pun ala minang. Apabila ayah menyatakan hasratnya mahu makan rendang mak, fahamlah saya...ayah rindukan mak. 
Setelah mencari cari resepi, akhirnya saya ber…

Resepi pantang @ pantang ada resepi! : Spaghetti lada hitam bersamakiub ayam

Assalamualaikum & salam sejahtera,

Alhamdulillah...dah hampir ke penghujung waktu berpantang. Tapi takda lah pula rasa kebebasan menelan/ makan apa saja bila tamat berpantang memikirkan Insyirah ( baby comel) kembung bila aku "silap" makan. 
Sepanjang berpantang, sudah dikenal pasti bahan makanan yang berangin yang boleh menyebabkan Insyirah kembung lepas menyusu. Lain orang lain badannya, tak semua kita sama. Yang ketara angin macam pulut tu memang aku tak makanlah. Terseksa wooo anak kembung ... Dia tentu lah tapi aku tak cukup tidur jadinya..dan tak boleh buat kerja. 
Antara yang telah dikenal pasti oleh aku sebagai bahan yang perlu berjaga jaga ialah Bawang Besar,  Lada/Cili dan Santan. Tiga ni pula fevret aku ..aduhai. Tapi bila dah habis berpantang nanti, sikit sikit aku makan, latih perut anak aku untuk terima tiga fevret aku ni. Mak aku ajar makan sikit sikit. 


Masa berpantang, pening gak kepala ...asyik makan nasi je. Nak juga makan spaghetti ke macaroni ke ...a…

Bebola daging masak sos hitam. Yummy!

Hobi terbaru saya sekarang ialah menggunting resepi dari majalah. Hahahaha. Hobi tambahan. Oh ye, mug saya dari Vietnam yang ori punya sudah sampai...mug vietnam yang hari tu,kata pakcik saya bukan ori...diimport dari negara lain dan dijual di Vietnam. Senyum lebar saya macam ni (^______________^ )bila dapat mug. Hahaha...terima kasih..terima kasih buat yang sudi menghadiahkan kepada saya. Nak makan apa? cakap je..nanti saya masakkan. hehehe.


Bebola daging sos hitam

Berbalik kepada hobi terbaru saya, sebelum resepi-resepi tu digunting, saya belek dulu dan kaji bahan-bahannya..boleh agak kesedapan dan keharumannya berdasarkan bahan yang digunakan. mmmm, aromanya...harum! Jadi, resepi yang digunting hanya resepi tertentu yang saya jumpa dari majalah-majalah yang kami beli. Tak banyak sangat pun majalah yang saya beli...sekarang baru mula koleksi mengumpul resepi dari majalah ni.

Hari ini, Isnin, 4 Julai...2011, saya masak bebola daging masak sos hitam. Rujukan utama saya berdasarkan salah …