Monday, March 1, 2010

Berusaha!


Agak lama masa yang saya ambil untuk menyediakan diri bagi menyiapkan projek penyelidikkan saya. Kata emak saya, banyak sangat buat kerja orang lain sampai kerja sendiri tak siap-siap. Berminggu- minggu juga saya cuba mencari ruang untuk saya mendapatkan semangat dan diri saya di dalam menyiapkan projek penyelidikkan saya. Seolah -olah anak kecil yang sedang belajar bertatih dan berjalan..tetapi anak-anak kecil ini lebih bersemangat dari saya.

Bukanlah mudah sebenarnya,mungkin bagi sesetengah orang, dilihat mudah. Kata seoarang guru, setiap pelajaran dan pendidikan serta kaedah penerimaan sesuatu pelajaran bagi setiap orang berbeza malah juga bergantung pada minatnya. Bukan saya tidak minat, tetapi kelemahan yang ada pada diri ini yang sememangnya saya akui, saya tidak mampu memegang dua amanah yang besar pada hemat saya dalam satu masa. Sungguh saya tak mampu, fokus saya akan sentiasa berlari ke hulu dan ke hilir.

Lewat malam tadi, saya bersembang dan mendengar luahan penyejuk hati saya, adik yang saya sayang..." kenapa orang pandang tinggi pada kita, pada kelebihan yang kita ada tu hanya sementara, bukan selamanya, dan pastinya akan ditarik oleh Allah s.w.t. ? Kenapa mereka pandang begitu tinggi? aku tak mampu nak membawanya...aku hanya mampu bawa seadanya yang aku mampu. tetapi harapan mereka itu buat aku terduduk dan terasa lemah untuk meneruskan perjuangan ini..bukan membangkitkan semangat tetapi membebankan sebab harapan dan jangkaan mereka sangat tinggi. "


Sabarlah, saya juga pernah mengalaminya, dan sehingga sekarang sentiasa menghadapinya, dan kurangkan merungut kerana lagi kita mngeluh, lagi jauh rezeki dari kita. Terkesan dan satu kesedaran di hati saya sewaktu mendengar luahan dan nasihat Fitri ( ex UNIC) sewaktu dia membuat persembahan solonya baru-baru ini sewaktu Konsert Tour De Tahfiz Nazrey Johani, katanya , segala dugaan yang Allah berikan pada kita itu adalah satu nikmat sebenarnya. Kerana Allah s.w.t mengetahui kemampuan kita untuk mengharungi dugaan tersebut dan Dia mengetahui apa yang terbaik untuk hamba Nya.

Juga saya berpesan pada adik saya, pergilah sertai mana-mana ceramah atau aktiviti, tidak perlu sertai sebagai organisasi , tetapi sertai sebagai peserta. Di situ, segala pengalaman yang kita perolehi akan membantu kita menguruskan masalah emosi , menangani urusan sesama manusia, malah kita dapat belajar dari setiap kejayaan dan kesilapan yang dilalui mereka. Luaskan lah ruang pergaulan agar dakwah dapat disampaikan. Pelbagaikan jenis kenalan kerna di situ akan wujud keinsafan dan muhasabah diri mu.


Apa pun, hari ini, saya berusaha menyiapkan Bab 1 Pendahuluan projek penyelidikkan saya dalam keadaan adakah penyelia saya masih sudi untuk meneruskan menyelia saya dalam keadaan singkat ini. Beberapa minggu lagi, akan habis semester. Walaupun saya masih mempunyai masa untuk setahun lagi menghabiskan pengajian Sarjana (Master) saya, tetapi saya amat berharap agar dapat menghabiskannya dalam semester ini..semoga yang setahun itu dapat saya penuhi dengan pencarian ilmu yang lebih luas.

Tetapi,kita merancang dan sesungguhna sebaik-baik perancang ialah Allah s.w.t.

Doakan kemudahan kita semua demi kesejahteraan bersama.

No comments: