Friday, March 19, 2010

Terima Kasih Mas, mekasih ya Mbak (siri 1)

Perjalanan ke Surabaya bersama rombongan pengembara Muslim IKIMfm bersempena Kembara Ukhuwwah merupakan antara pengalaman yang terindah dan manis untuk dikongsi bersama teman-teman.

Penerbangan ke Surabaya mengambil masa 2 jam 30 minit dari Kuala Lumpur. Sebaik tiba di Surabaya, kami disambut oleh urusetia , Ust Romly, yang sememangnya orang Surabaya. Juga disambut oleh seorang peserta kembara yang telah berada awal sehari di Surabaya iaitu Mejar Ahmad Shahabuddin, mejar pencen katanya.

Perjalanan diteruskan dengan mandaftar masuk di hotel Mesir, tempat kami menginap. Di sana, kami solat jamak Takdim dan juga makan tengah hari. Usai solat dan makan, maka bermulalah pengembaraan menyusuri perjuangan Wali Songo.

Makam Sunan Ampel, destinasi pertama kami. Untuk ke Makam Sunan Ampel, kami menyusuri kedai-kedai di bahu jalan... waduh, sudah rambang mata deh. Tiba di Makam Sunan Ampel, penziarah diminta membuka kasut. Beberapa adab menziarahi makam diingatkan oleh penjaga makam yang ada di situ. Di makam ini, kami tidak dibenarkan mengambil gambar. Sewatu saya melangkah masuk ke kawasan makam, satu perkara yang menarik perhatian saya , BERSIHNYA kawasan makam ni. Malah, terasa sangat damai dalam keadaan angin sepoi sepoi bertiup. Makam Sunan Ampel dan ahli keluarganya dipagarkan untuk mengasingkan dengan kubur -kubur yang lain. Suasana di situ dapat dilihat, pengunjung duduk mengelilingi makan, sambil berzikir dan bertafakur.Namun, kami hanya melihat dan menyedekahkan Al-Fatihah.

Beberapa acara di situ , dapat dilihat dari segi tuntutan Syariah atau luar daripadanya. Secara peribadi, saya tidak berani komen apa-apa. Ilmu yang ada sangat sikit. hanya melihat dan mengambil iktibar perjuangan Sunan Ampel dalam meluaskan dakwah Islam di Nusantara. Yang menariknya, di kawasan Masjid Agung Sunan Ampel ini, pelbagai aktiviti perniagaan dijalankan malah ada pasar di setiap lorong ke Masjid Agung Sunan Ampel.

Antara toko yang boleh disinggah yang terletak di sepnajang bahu jalan ke Masjid Sunan Ampel.

Selepas menziarahi makam Sunan Ampel , kami bergerak ke Makam Sunan Giri . Perjalanan dari Makam Sunan Ampel ke Makam Sunan Giri lebih kurang 1 jam. Untuk menziarahi Makam Sunan giri, kami perlu menaiki kenderaan lain yang disediakan ( kena bayar) ..tapi pada hari berkenaan hanya ada motor aja. seperti Motor Dop di Kemboja, dua pembonceng dan pemandu di atas satu motor. Kenderaan van dan kereta kuda tidak dapat disediakan kerana, hari itu ada Majlis mengenang kematian Sunan Giri ( tak silap saya) dan memang lah sangat ramai manusia. Hampir segenap rakyat dari seluruh pelusuk Jawa timur, hadir ke majlis tersebut.

Tiba di Masjid Agung Sunan Giri, kami perlu mendaki beberapa anak tangga untuk ke makam Sunan Giri. Tangganya tinggi dan lebar..mengah mendakinya..macam mendaki Gua Batu Caves. memang mengah...beria-ia memesan para peserta mengumpul stamina memandangkan program memang padat, tetapi saya? hehe.. tak kumpul pun...tu yg sangat mengah.

Tiba di atas puncak , makam Sunan Giri... melihat sekumpulan anak muda sedang duduk berzikir beramai -ramai. Makam Sunan Giri terletak di dalam satu btempat khas..dan ramai juga orang di dalam bilik tersebut, sedang berzikir. saya tak masuk ke bilik tersebut sebab bersesak..dan panas. Badan ni dahlah tak berapa muat nak menyelit, jadi tengok dari jauh cukuplah. Sekurang-kurangnya, dapat saya ziarah makam pejuang Islam nusantara.
Sementara menanti , teman - teman pengembara lain menziarahi maam tersebut, sempat menghayati suasana di sekitar makam itu, Semakin senja, semakin ramai orang datang ke Makam tersebut dan bersilih ganti.

Tangga yang perlu didaki untuk ke Makam Sunan Giri



Kami dimaklumkan , kehadiran para penziarah tidak pernah putus dan 24 jam dibuka. Sungguh memang ramai yang datang...

capek ya Mbak Lina? sabar Mbak..sikit lagi kita sampe.

Perjalanan diteruskan lagi ke ...sambunagn siri 2. mata sudah mengantuk, esok hari yang panjang.

No comments: