Tuesday, March 30, 2010

Terima kasih Mas, Mekasih ya Mbak ( siri 2)

Di depan Makam Maulana Malik Ibrahim


Selepas menziarahi makam Sunan Giri, kami bergerak ke Gersik untuk menziarahi makam Maulana Malik Ibrahim . Maulana Malik Ibrahim dikatakan ketua kepada wali songo. Di Masjid Agung Maulana malik Ibrahim, para peserta bersolat dan berehat seketika sebelum kami bergerak ke destinasi seterusnya.

Seterusnya kami ke Pulau Madura untuk menikmati makan Malam. Ke Pulau Madura , kami merentasi Jambatan pulau madura yang baru sahaja siap dibina sepanjang 7 kilometer. Umpama Jambatan Pulau Pinang. Sebelum jambatan tersebut dibina, penduduk Pulau Madura menggunakan bot atau feri sebagai pengangkutan utama ke darat. Orang Madura majoriti adalah Islam dan daya difahamkan orang madura merupakan antara penyumbang ekonomi terbesar kepada Surabaya.

Jambatan ke Pulau Madura

Warung Serpang - kedai makan malam pertama kami-

Tiba di Pulau Madura, kami makan di sebuah kedai tepi jalan... kedai tersebut sudah bersedia menyambut ketibaan kami. Makan Malam kami pada hari itu ialah Sup Ayam, Nasi Putih, Ayam goreng , ulam dan Teh o Ais. Ada juga yang sempat merasa Bebek Goreng.


Para peserta sedang menikmati makan malam



Teh O Ais






No comments: