Skip to main content

Posts

Showing posts from April, 2010

Selamat Ulangtahun Kelahiran Mak

Mak saya dan saya

Selamat Ulangtahun kelahiran Mak. Sayang Mak dan Abah. nanti Sarah dapat gaji BESAR, Sarah bawak mak abah gi jalan-jalan ke mana-mana je Mak dan Abah nak g. janji duit den cukup. hehehe

Semoga dimurahkan rezeki, dipanjangkan umur agar dapat Sarah tunaikan tanggungjawab Sarah sebagai anak sepenuhnya, diberkati dunia dan akhirat serta dimudahkan urusan dunia dan akhirat.

Ya Allah, Kau kurniakanlah kesihatan yang terbaik untuk ibu dan ayah ku dan ampunkanlah dosa-dosa mereka dan kasihanilah kedua ibubapaku sepertimana mereka mengasihi ku sejak aku dari kecil sehingga aku dewasa.

satu hari dan sekarang

satu hari, saya masih berkira -kira dalam menentukan masa depan saya...paling mudah, ikut sahaja arus...tapi seolah tiada matlamat dan hala tuju. Juga, seolah tiada usaha untuk berjaya. Dalam hati, bercita-cita ingin menjadi umat Muhammad s.a.w yang terbaik, tapi luarannya, malas tak terkata. Itulah dugaan besar. Mendidik diri sendiri menjadi yg terbaik sebelum mendidik yang lain. Akhirnya, saya mengikut nasihat kedua ibu bapa saya, juga harapan mereka malah harapan saya sebenarnya.

Sekarang, saya sudah hampir ke hujung pengajian, ke mana harus saya tujukan selepas ini ? berminggu minggu saya dalam dilema.. bukan senang nak hidup sebenarnya. Susah. percaya tak? saya serahkan pada anda untuk menguji kebenarannya. masing-masing ada ulasan tersendiri.

Maka, sekarang juga, saya sedang mengatur ke peringkat seterusnya....meneruskan pengajian lagi jika masih diterima . Harapnya diterima..semoga dimudahkan.

Kem Smart Quran

KEM SMART QURAN kini kembali. Untuk kali ini, akan diadakan di Lembah Klang dan Kedah .
Artis jemputan untuk kali ini ialah MU'ADZ dan UST MANIS. juga bersama motivator , MUHAMMAD M.TAWIL dan ILIAS.

"bersama menyuburkan pohon Cinta Al-Quran dalam diri anda"

Maklumat lanjut : 013-6249318, Cik Puan Sarah.

Ciri - ciri bakal suami idaman ~ isu evergreen~

Sejak dari Sekolah Menengah, bagi mengelak isu couple dan seangkatan denganya, kami ( saya dan kawan2) sering bersembang apakah ciri-ciri suami idaman. Dan ciri-ciri itu sentiasa bertukar kerana mengikut arus, pengalaman dan harapan.

Tatkala berjumpa lelaki yang hensem, kami akan menetapkan..mestilah hensem ..pabila berjumpa yang berjambang..isu yang dibincang..minat yang berjambang atau tidak.. selepas terserempak dengan yang alim kerana pakaian dan tingkahnya..terus sahaja ada antara kami.." biarlah si dia seperti orang ini" .

Namun, masa berlalu, saya dan kawan -kawan sudah tidak bersama di bawah bumbung yang sama, untuk bergosip dan bersembang..tatkala itu hanya Hp penghubung antara kami..tetapi tidak semua memilikinya malah tak seronok berbincang dua hala...biarlah 3 4 hala ..lagi banyak idea dan pengalaman boleh dikongsi.

Semakin melangkah ke dunia dewasa, teman- teman bertukar dan berganti..tapi isu ciri ciri suami idaman ini adalah evergreen bagi perempuan..dan ciri-cir…

Jalan

dalam perjalanan ke suatu tempat, tetapi saya tak pasti, bagaimana penampilan saya setibanya di tempat tersebut. Sungguh saya dalam dilema, di hadapan saya ada banyak simpang jalan yang perlu saya lalui. dan saya melihat ada dua jalan utama yang perlu saya pilih.

sebelum ini, persiapan perjalanan saya , dibantu oleh teman dan keluarga dan sememangnya atas nasihat dan dorongan itulah menjadikan saya yakin dengan pilihan saya..yang pasti semuanya atas izin Allah s.w.t juga. kali ini, saya sudah mula berfikir, bagaimanakan corak langkah seterusnya, terus ke hadapan, tapi latar belakangnya bagaimana ?. Namun, semunya ada hikmah..dan kembali kepada saya..kerna saya yang akan memilih jalan itu.