Monday, April 12, 2010

Ciri - ciri bakal suami idaman ~ isu evergreen~

Sejak dari Sekolah Menengah, bagi mengelak isu couple dan seangkatan denganya, kami ( saya dan kawan2) sering bersembang apakah ciri-ciri suami idaman. Dan ciri-ciri itu sentiasa bertukar kerana mengikut arus, pengalaman dan harapan.

Tatkala berjumpa lelaki yang hensem, kami akan menetapkan..mestilah hensem ..pabila berjumpa yang berjambang..isu yang dibincang..minat yang berjambang atau tidak.. selepas terserempak dengan yang alim kerana pakaian dan tingkahnya..terus sahaja ada antara kami.." biarlah si dia seperti orang ini" .

Namun, masa berlalu, saya dan kawan -kawan sudah tidak bersama di bawah bumbung yang sama, untuk bergosip dan bersembang..tatkala itu hanya Hp penghubung antara kami..tetapi tidak semua memilikinya malah tak seronok berbincang dua hala...biarlah 3 4 hala ..lagi banyak idea dan pengalaman boleh dikongsi.

Semakin melangkah ke dunia dewasa, teman- teman bertukar dan berganti..tapi isu ciri ciri suami idaman ini adalah evergreen bagi perempuan..dan ciri-ciri isteri idaman pula, isu evergreen bagi lelaki sehinggalah ada di kalangan teman yang mendirikan rumah tangga, isu itu bukan evergreen baginya lagi. Bagi yang belum, isu ini akan sentiasa disembangkan terutama bagi yang belum berpunya.

Teringat saya satu kenangan , teman saya inginkan suami yang boleh berbahasa Mandarin kerana dia mahir berbahasa Mandarin. Saya tanyakan kenapa..alasannya mudah, kalau di dapur nnt ada barang dapur yg dah habis, kemudian tetamu datang, nak minta suami beli..gunalah bahasa cina..takdelah malu sangat ada barang dah habis. Ohhooo...itu rupanya.
* tapi kenapa tak berbisik je dengan suami..bukannye menjerit pun kan?

Apapun , dia dah selamat bernikah dan Alhamdulillah , sangat bahagia dengan pilihan yang ditetapkan oleh Allah s.w.t dan suaminya tidak tahu berbahasa mandarin.

Namun, setelah tahun demi tahun, saya terperasan sesuatu, dalam perbincangan kami... hanya ciri-ciri suami, bukan ciri-ciri keluarga suami,malah siap berangan-angan apa yang perlu dilakukan oleh bakal suami untuk menjaga hati kami..TERLUPA bahawa perlu ada give and take dan TERLUPA bahawa dia bukan robot sebaliknya manusia. Saya rasa, hal ini juga berlaku di kalangan Lelaki...

Dan saya melihat, dalam perbincangan angan-angan perkahwinan ini, kami sering bersembang , macam mana majlis kenduri akan dilaksanakan, berapa dulang hantaran dan berapa balasannya, honeymoon di mana,berapa duit hantaran yang hendak diminta dari bakal suami, pakaian yang bagaimana, kereta apa, tema apa , warna tema nya dan lain -lain dan TERLUPA nak masukkan budget belanja yang sebenarnya busuk-busuk pun habislah belanja dekat RM10 ribu.
Tapi tak PERASAN..yang perasan hanya keindahan melangsungkan Majlis Perkahwinan.

Saya sendiri tidak pasti bagaimana saya nanti..pasangan juga belum ada lagi.. tetapi sejak dari matrikulasi..apabila sudah mula bersembang dengan keluarga tentang isu ini, mereka sering tekankan, sediakan diri untuk selepas perkahwinan. Jangan beria sangat sewaktu kenduri..jangan berhutang hanya untuk kemeriahan kenduri .. yang penting, orang yang dijemput dapat berkenalan dengan pengantin dan menikmati makanan yang sedap.

Dan semakin bertambah usia, semakin banya perkara dipelajari..ciri-ciri suami idaman bukanlah hanya pada paras rupa, dan duit poketnya.. tetapi pada kematangannya melalui dan menguruskan kehidupan, keikhlasan dalam menjayakan rumah tangga dan juga keterbukaan dalam meraikan orang di sekelilingnya. Dan bukan sahaja untuk mencari suami..tetapi jadilah isteri seperti yang demikian.

Untuk menjadi cantik, Allah s.w.t sudah menganugerahkan yang tercantik utk diri kita, untuk menjadi kaya, kita kena berusaha mendapatkannya, untuk mempunyai keturunan yang baik, kita sendiri kenalah menjadi yang baik walaupun mungkin ada di kalangan kita, masa silam keluarganya tidak begitu indah..tetapi kita SENDIRI mestilah menjadi baik..maka akan lahirlah keturunan yang baik. untuk menjadi yang beragama , patuh lah pada agama ALLAH. itu sahaja tips nya..dan berusaha menjadi umat yang terbaik. Insya Allah.

inilah isu evergreen..takkan luput dek zaman, yang sering berubah adalah cara pemikiran dan itupun bergantung kepada penerimaan individu.

5 comments:

sourplum said...

=)

ibn_hasbi said...

satu entry yang baik untuk dikongsikan bersama.

hakikatnya kita mestilah sentiasa berada dalam keadaan bersedia...
bersedia untuk segalanya. terutamanya bekalan ilmu agama.

ikutilah panduan Nabi Muhammad dalam memilih jodoh untuk bersama kita mengemudi bahtera yang bernama keluarga.

pilihlah yang beragama (tak semestinya seorang ustaz @ yang belajar di FPI)tapi yang beragama.

insyaAllah akan selamat dunia dan akhirat

mr cekodok said...

salam sarahazizul.saya ingin memetik artikel yg sy baca;

"Oleh sebab itulah daripada empat pilihan itu, iaitu kecantikan, harta, keturunan dan agama, pilihlah kerana agamanya. Hal ini sangat menyelamatkan dunia dan akhirat kita. Tapi kalau mampu memperoleh keempat-empat sekaligus maka bertambah cantik dan indahnya kehidupan berumahtangga itu. Kehidupan ini bertambah ceria dan berseri namun susah hendak dicari"

:)

p/s: sy ingin belajar buat kek fondant dgn kmu.bole ajar x sarah?ingt nk buat sendiri kek fondant utk hantaran pertunangan.BERSEMANGAT!

~ Sarah Azizul ~ said...

ahmmad shukrie, nak belajar kek fondant? kena buka buku resepi semula..tapi boleh je. Yang penting, kek dalamnya itu,guna Kek buah.. sedap kek itu bergantung kepada kesedapan kek buah. then, baru story pasal fondant.
nnt saya bagi resepi fondant nya. ok?

~ Sarah Azizul ~ said...

susah juga nak cari suami yang memenuhi empat ciri itu. harap dimudahkan urusan. yeeha!