Friday, April 23, 2010

satu hari dan sekarang

satu hari, saya masih berkira -kira dalam menentukan masa depan saya...paling mudah, ikut sahaja arus...tapi seolah tiada matlamat dan hala tuju. Juga, seolah tiada usaha untuk berjaya. Dalam hati, bercita-cita ingin menjadi umat Muhammad s.a.w yang terbaik, tapi luarannya, malas tak terkata. Itulah dugaan besar. Mendidik diri sendiri menjadi yg terbaik sebelum mendidik yang lain. Akhirnya, saya mengikut nasihat kedua ibu bapa saya, juga harapan mereka malah harapan saya sebenarnya.

Sekarang, saya sudah hampir ke hujung pengajian, ke mana harus saya tujukan selepas ini ? berminggu minggu saya dalam dilema.. bukan senang nak hidup sebenarnya. Susah. percaya tak? saya serahkan pada anda untuk menguji kebenarannya. masing-masing ada ulasan tersendiri.

Maka, sekarang juga, saya sedang mengatur ke peringkat seterusnya....meneruskan pengajian lagi jika masih diterima . Harapnya diterima..semoga dimudahkan.

1 comment:

ibn_hasbi said...

Di mana ada kemahuan. di situ ada jalan.

Allah akan memudahkan jalan orang yang suka memudahkan jalan orang lain (untuk buat kebaikan).

doaku untuk mu moga berjaya