Skip to main content

Posts

Showing posts from May, 2010

Terlupa Doa itu perlu

Bulan Jun ini, banyak perkara yang meresahkan saya. Semuanya berkaitan kerjaya dan keluarga saya juga. Tapi, saya terlupa untuk berdoa. Doa itu senjata orang mukmin. Doa itu kekuatan. Doa itu tanda kita sentiasa ingat dan kasih pada Tuhan. Saya tak nak jadi orang yang lupa diri apatah lagi lupa pada kekasih hati. Maka, saya sering mengingatkan diri saya agar sentiasa berdoa dan berhati-hati menuturkan doa.

Selain doa, niat juga perlu sentiasa dibetulkan. Kadangkala, doa nya sungguh bermakna, tetapi niatnya pada perkara yang lain pula. Itulah yang sedang saya usahakan, sentiasa berniat yang membawa kepada keberkatan juga diiringi usaha dan doa.

Saya luahkan pada mak saya, tentang kerisauan saya berkaitan kerjaya saya. Risaunya tak terkata. Perlu usaha lagi, ada lagi yang belum saya buat. Mak saya bertanya, sudut mana lagi yang belum diusahakan, semuanya dah dibuat, cuma tunggu respon sahaja. Ada satu mak, yang Sarah tertinggal iaitu Doa. Ya, saya kekurangan berdoa semenjak dua ini, ker…

tanggungjawab

Bercerita tentang tanggungjawab, umumnya ramai yang memahami. Cuma, melaksanakannya atau tidak bererti menjadi seorang yang bertanggungjawab atau tidak. Masa semakin pantas kehadapan, kehidupan sekeliling juga semakin baik dari segi keselesaan dan keperluan. Tetapi, tingkahlaku dan budi bahasa semakin payah untuk dicari di dalam kemajuan teknologi yang semakin membangun ini.

Saya sering berfikir, macam mana hendak mendidik seseorang bertanggungjawab ? selain daripada jawatan yang berlambak juga memahami amanah yang diberikan, kita terlupa doa ibu bapa juga memainkan peranan. Bagi saya, setiap apa yang ibu bapa tuturkan adalah doa.

Anda pernah mendengar ini , " Mak berdoa biarlah awak dapat pasangan yang bertanggungjawab. Jaga makan minum awak, pakaian dan keluarga awak." selalu kan dan itu adalah doa yang sering dan amat kita harapkan dan juga itulah impian setiap insan mendapat ahli keluarga yang bertanggung jawab.

Apa kata , kalau anda baca yang ini pula , " Mak berdo…

khusus untuk para ibu (lelaki juga boleh baca)

entri ini saya tujukan untuk ibu - ibu sekalian.

Ini versi saya. Saya ceritakan dan luahkan dengan cara saya. Saya sayang Mak saya. Bila saya pening - pening, saya cari mak saya, minta dia urutkan. Bila saya mengamuk tak tentu hala terutama bila cari barang hilang, dia akan tolong carikan dan kerahkan sekalian askar yang ada
(adik-adik saya) untuk mencari bersama. Tapi waktu saya rajin mengamuk, waktu saya belum matang lagi...sekarang , saya mencari barang yang hilang dengan pening sorang-sorang. Bila ada perkara yang saya tak faham, saya tanya pada mak saya. Walaupun sangat remeh, tapi mak saya tetap menjawab dan melayani saya. Kadang -kadang, saya selalu melalak tak tentu hala terutama bila saya nak exam atau saya tengah memahamkan pelajaran saya. Kadang -kadang melalak tu sebab tertekan. Tetapi, mak saya dengan selambe melayan saya sambil bersembang tentang masalah yang saya hadapi.Siap terangkan lagi subjek saya tu..sedangkan dia tak masuk kelas pun. Sungguh saya ini banyak songehn…