Skip to main content

khusus untuk para ibu (lelaki juga boleh baca)

entri ini saya tujukan untuk ibu - ibu sekalian.

Ini versi saya. Saya ceritakan dan luahkan dengan cara saya. Saya sayang Mak saya. Bila saya pening - pening, saya cari mak saya, minta dia urutkan. Bila saya mengamuk tak tentu hala terutama bila cari barang hilang, dia akan tolong carikan dan kerahkan sekalian askar yang ada
(adik-adik saya) untuk mencari bersama. Tapi waktu saya rajin mengamuk, waktu saya belum matang lagi...sekarang , saya mencari barang yang hilang dengan pening sorang-sorang. Bila ada perkara yang saya tak faham, saya tanya pada mak saya. Walaupun sangat remeh, tapi mak saya tetap menjawab dan melayani saya. Kadang -kadang, saya selalu melalak tak tentu hala terutama bila saya nak exam atau saya tengah memahamkan pelajaran saya. Kadang -kadang melalak tu sebab tertekan. Tetapi, mak saya dengan selambe melayan saya sambil bersembang tentang masalah yang saya hadapi.Siap terangkan lagi subjek saya tu..sedangkan dia tak masuk kelas pun. Sungguh saya ini banyak songehnya. Tetapi setiap anak mak mempunyai rentak dan cara masing-masing . Mak saya ada 8 orang anak. saya paling sulung. Jarak kami adik beradik, sangat rapat, selang setahun. Dan setiap kami, mak melayani kami dengan cara mak yang tersendiri. Dan setiap kami juga, mempunyai kenangan masing-masing dengan mak.

Suatu hari, sewaktu saya di klinik, mak temankan saya...masuk satu keluarga, ada ibunya dan anak-anaknya. Ayah nya sedang memakir kereta. Ibu itu ada 6 orang anak..semuanya kecil -kecil dari darjah satu hingga yang sedang disusukan. Seorang berlari, mengejar mainan yang ada di klinik itu, seorang lagi mengejar abangnya... lama saya perhati. Saya tanya pada mak , " Mak, masa kitaorang kecik -kecik dulu, macam ni ke kita orang mak? macam mana mak uruskan kami? takde bibik lagi" .Keluarga tu siap ada bibik dan Mak saya jawab , " cubalah ngko bayangkan. " dan mak saya sangat hebat. Dia memandu sambil menyusukan adik saya . Tapi bukan memandu jarak dekat, dari Negeri Sembilan ke Kuala Lumpur. Kadang -kadang ke Petaling Jaya, melawat saudara. Setiap kali, adik saya menangis, saya pasti mencadangkan, " adik nak susu mak". dan mak saya jawab, "tunggu...ada polis.nnt kena saman". Orang tak tau ...adik menyusu sebab dalam tudung. Hebat kan.

Itulah mak saya. dan setiap kita ada cerita tersendiri tentang kehebatan ibu masing-masing. Hebatnya menjadi ibu dan bapa, perkara pertama yang sentiasa berlegar di fikiran anak-anak nya, adalah perasaan yang melonjak-lonjak balik ke kampung . Masakan tidak, setiap kali tiba lebaran, antara yang ditengkarkan di kalangan suami dan isteri adalah pulang ke kampung. Maka, situ, jelas sekali... ibu bapa sentiasa di hati. Tak sabar pula saya untuk menjadi seorang ibu....

Apa pun, buat semua mereka yang bergelar ibu, saya sayang anda. walaupun anda adalah teman yang sebaya dengan saya tapi sudah mempunyai anak. Hehe. Sayang saya pada kalian, tak dapat saya ungkapkan. Buat semua ibu -ibu di luar sana, seikhlas hati,saya mendoakan

" Ya Allah,Yang Maha Pengasih, Yang Maha Penyayang ., Kau ampunkanlah dosa para ibu yang telah melahirkan kami, kasihanilah mereka sebagaimana mereka mengasihi kami. Senyuman menreka yang sering mereka ukirkan untuk kami tatkala kami sedih, gembira juga bahagia, Kau balaslah dengan sebaik-baik pembalasan denga kurniaan nikmat dan kasih sayang Mu. Ya Allah, ku mohon, Kau tempatkanlah ibu-ibu kami di kalangan orang yang bertakwa juga Kau naungilah mereka dengan limpah rahmat dan kasih sayang Mu. "

Selamat Hari Ibu.

Comments

alqil said…
=) mengalir air mata saya bace...huhuhu...walopon part menyusu tu kelaka...
ibn_hasbi said…
Selamat hari ibu buat semua ibu dan juga bakal ibu...
terima kasih kerana sudi melakukan apa sahaja utuk kami

Popular posts from this blog

Rendang Ayam Terengganu

Assalamualaikum & salam sejahtera, 
Lagi dua minggu nak ke penghujung Ramadhan...perasaan rindu pada Ramadhan yang belum pergi ni sudah mula membuak buak. Wajib manfaatkan Ramadhan sepenuhnya agar rindu itu tidak sia sia. 
En suami telefon ayah mertua, memaklumkan rancangan raya kami tahun ni. "kami malam raya di rumah ayah. Ayam nanti saya bawak balik. Rendang biar Sarah yang masak. " .... Balas ayah, "Ayah nak makan rendang mak. Rempah semua cukup." 
Sayu rasa hati. Tahun ini tahun pertama  beraya tanpa ibu mertua. Al Fatihah buat mak. Bila en Suami memaklumkan tentang rendang itu, saya terus mencari resepi rendang terengganu. Mesti usahakan rendang terengganu. Tahun lepas, sewaktu raya haji,saya masak cara saya. Rendang Minang. Komen ayah, dah lama ayah tak makan rendang minang. Ayah orang Melaka. Masakannya pun ala minang. Apabila ayah menyatakan hasratnya mahu makan rendang mak, fahamlah saya...ayah rindukan mak. 
Setelah mencari cari resepi, akhirnya saya ber…

Resepi pantang @ pantang ada resepi! : Spaghetti lada hitam bersamakiub ayam

Assalamualaikum & salam sejahtera,

Alhamdulillah...dah hampir ke penghujung waktu berpantang. Tapi takda lah pula rasa kebebasan menelan/ makan apa saja bila tamat berpantang memikirkan Insyirah ( baby comel) kembung bila aku "silap" makan. 
Sepanjang berpantang, sudah dikenal pasti bahan makanan yang berangin yang boleh menyebabkan Insyirah kembung lepas menyusu. Lain orang lain badannya, tak semua kita sama. Yang ketara angin macam pulut tu memang aku tak makanlah. Terseksa wooo anak kembung ... Dia tentu lah tapi aku tak cukup tidur jadinya..dan tak boleh buat kerja. 
Antara yang telah dikenal pasti oleh aku sebagai bahan yang perlu berjaga jaga ialah Bawang Besar,  Lada/Cili dan Santan. Tiga ni pula fevret aku ..aduhai. Tapi bila dah habis berpantang nanti, sikit sikit aku makan, latih perut anak aku untuk terima tiga fevret aku ni. Mak aku ajar makan sikit sikit. 


Masa berpantang, pening gak kepala ...asyik makan nasi je. Nak juga makan spaghetti ke macaroni ke ...a…

Bebola daging masak sos hitam. Yummy!

Hobi terbaru saya sekarang ialah menggunting resepi dari majalah. Hahahaha. Hobi tambahan. Oh ye, mug saya dari Vietnam yang ori punya sudah sampai...mug vietnam yang hari tu,kata pakcik saya bukan ori...diimport dari negara lain dan dijual di Vietnam. Senyum lebar saya macam ni (^______________^ )bila dapat mug. Hahaha...terima kasih..terima kasih buat yang sudi menghadiahkan kepada saya. Nak makan apa? cakap je..nanti saya masakkan. hehehe.


Bebola daging sos hitam

Berbalik kepada hobi terbaru saya, sebelum resepi-resepi tu digunting, saya belek dulu dan kaji bahan-bahannya..boleh agak kesedapan dan keharumannya berdasarkan bahan yang digunakan. mmmm, aromanya...harum! Jadi, resepi yang digunting hanya resepi tertentu yang saya jumpa dari majalah-majalah yang kami beli. Tak banyak sangat pun majalah yang saya beli...sekarang baru mula koleksi mengumpul resepi dari majalah ni.

Hari ini, Isnin, 4 Julai...2011, saya masak bebola daging masak sos hitam. Rujukan utama saya berdasarkan salah …